24/08/2010

Entry # 37 : Aku pun nak jadi pelakon laa camni...


kesian betul aku tengok keadaan kau sekarang ni...

tak payah sampai begitu susah payah laa... planet bumi ini bulat jee... mana-mana pun kau pergi, kau menyorok dan kau menyamar, lama-lama, orang lain akan tau jugak... aku pun akan tau jugak... tak perlu laa kau susahkan diri sendiri sampai begitu sekali, okay?

kelakar betul laa, bila sampai kena menyamar-nyamar nih.... kenapa pun kena sampai menyamar? takut terkantoi dengan sapa? hahaha... saya biarkan anda sendiri menjawab persoalan tersebut dengan berhemah dan jayanya...



mari kita lihat nanti, siapa yang terkena... haha... :)

19/08/2010

Entry # 36 : Selepas marah, mari kita berlagu jiwa untuk ketenangan diri....

kata si charice dan iyaz ;

"earthquakes can't shake us
cyclones can't break us
hurricanes can't take away our love"

iye ke???!!!!!!! tetiba aku tertanya-tanya...

malam-malam ni, teringat-ingat dan terbayang-bayang pulak... cerianya ketika itu... cam semua-semuanya aku yang punya... gelak sahaja... sana sini tersengih-sengih, cam kerang busuk... hahaha..

ahhhh... aku mahu tidur..... aku mahu ditemani mimpi yang indah... tak kisah laa mengenai apa pun... janji yang indah-indah... besok mahu pegi sambung membeli dan membelah lagi!!! biarkan beli dan belah sampai pengsan.... hahaha...


dem!!! ini akibat melayan perasaan yang ntah pape lagi la nih!!!

Entry # 35 : Ha'ah... Aku ada masalah dengan orang yang ada masalah dengan aku.. Ada masalah ke?



Kenapa kau pulak yang lebih-lebih ni?

18/08/2010

Entry # 34 : Aku cuba untuk mencari keredhaan di bulan mulia ini, tapi.....

aku rasa, dalam sesetengah keadaan, perlu jugak untuk berasa marah dalam bulan yang mulia ni...

semalam, bila aku marah, kau kata aku ni memalukan kau aje, depan orang-orang opis dan orang-orang dari state… jadi nya, hari ini aku tak mau marah kau depan-depan orang ramai lagi, meh aku marah kau secara online pulak… fahami laa, yang aku pun telah cuba sedaya upaya untuk tak marah kau lagi hari ni, tapi aku betul-betul tak mampu, sebab kau ni pun, boleh tahan bodoh jugak, kan?

kau da tau yang kau da hilangkan lesen aku, yg kau boleh pegi buat tak tau aje tu apahal?! kan lagi bagus kalau kau pegi carik… dari kau cuma duduk bergosip je kat opis tu… da la da tak mintak maaf, tak pulak berlakon konon2 rasa bersalah… kurang-kurang, kalau kau buat-buat susah hati - boleh jugak laa hati aku yang tak redha dan sangat sakit ni berpura-pura maafkan kau… kalau tak jumpa sangat pun, pegi la buat police report.. da kau yang hilangkan, masa tengah dalam simpanan dan jagaan kau, takkan aku pulak yang nak pegi? bengap tahap ke berapa kau ni?

da la lesen aku tu entah da ada kat sapa-sapa entah sekarang ni… ada num ic dan alamat rumah aku tu, kat lesen tu…kau ingat main-main ke?

jangan sampai apa yang aku da fikirkan dan tersimpan rapi dalam minda aku ni aku terjemahkan dalam bentuk tindakan pulak, kau jugak yang susah nanti... biasa nya, aku cakap, aku buat... lebih baik kau berdoa dan berharap agar ia kekal jadi sesuatu yang aku berangan nak buat aje, bukan aku nak buat betul-betul...

lagi satu, kau jangan la pulak nak samakan aku dengan orang lain… orang lain tak kisah ic n lesen diorang hilang, diorang punya pasal laa… aku amik kisah, amik pedulik reta benda aku hilang!!!! kau memang la rilek je, da tak kena kat kau… cuba kalau kena kat kau, aku nak tengok pulak camana menggelabah dan menggelupur hidup kau tu…


cuba ada rasa tanggungjawab sikit dalam diri, okay?