24/11/2011

drama bersiri telah menjadi pembunuh bersiri

aku dah terjebak.

setiap hari cam histeria aku ngadap tibi, cerita tentang dhia.

sebab adi putra dan nora danish aje sebenarnya aku tengok cerita ni.

mula-mula ingat tak laa terjebak teruk.

tapi sangkaan aku salah.

seperti juga peminat-peminat drama bersiri yang lain, aku sangat emo dan ternanti-nanti.

mengganggu aktiviti harian aku.

rasa tak best kalau tertinggal walau sekejap.

nasib baik maghrib awal, sempat solat dulu.

ah tidak! cerita bersiri telah membunuh masa aku! huhuhu..

camane aku boleh terikut-ikut nih????!!!



kena pura-pura bizi nih! isk!!

hari ini mengenai bola

aku bukan peminat bola secara fanatik.

sekadar minat dan ambil tahu sedikit.

memang tak adil.

bila menang, diagung-agungkan.

bila kalah, dikutuk umpat keji pula.

kau ingat diorang tu robotkah?

baru abis, dah lawan balik yang lain. jauh pulak tu. tentulah penat dan tidak fokus.

superman pun tak mampu.

bersikap adillah pada mereka. mereka penat-penat main, lawan sana sini, kau suka-suka aje kutuk. bila diorang menang, tau pula kau membising mahu cuti sebab menang.

diorang yang penat, kau pulak melebih-lebih. cheh!



dah kalau kau tu yang kaki bangku, diam-diam sudah.

21/11/2011

membeli belah yang bahagia

baru pulang dari tesco.

sekali lagi perkara yang sama terjadi.

aku fokus mengira berapa aje orang yang ada di tesco.

yang lain-lain.

bermesyuarat di kedai mamak dan di front seat stadium di rumah.

hahahaha... aman bahagia aku kat tesco ni! tak yah beratur panjang-panjang!



hitam kuning! hitam kuning! go tigers!

18/11/2011

antara perkara misteri lagi

aku tak tahulah kenapa.

sejak-sejak tamat ngaji ilmu tingkahlaku ni, banyak kali jugak laa dapat soalan-soalan yang mencabar minda dan memerlukan aku umpama berceramah semasa menjawabnya.

secara lisan, mahupun bertulis, mahupun bertaip.

buka fb, ada soalan. buka email, ada soalan.
bila masa aku kerja kaunter pertanyaan! hahaha.. :D

sibuk jawab soalan, blog ni aku lupa (disamping tetiba terlupa password!! guna email lain-lain sebab ada sakit mengada-ngada masa awal-awal buat blog ini. haha), diselang-selikan pulak dengan kerja di pejabat, makin terabaikan segala yang lain. cewah! perasan hebat pulak! hahaha..

kadang-kadang rasa best, ada orang appreciate aku dan apa yang aku belajar. rasa bangga diri pulak. padahal ntah apa-apa. jawapan pun, jenis jawapan yang orang boleh tahu dan fikir sendiri sahaja pun.

tapi dalam keadaan bangga diri ni kadang-kadang buat aku rasa takut. orang-orang yang bertanya ni, yakin sangatkah dengan jawapan dan penerangan aku ni? hebat sangat pulak laa aku ni, apa aku cakap dan jawab, betul sahaja dan tidak disoal balas kembali, terima dan percaya bulat-bulat.

takut aku andai aku sudah rosakkan akhlak dan pemahaman sesiapa.

oh jangan risau. aku pun jawab hanya kepada soalan-soalan yang aku rasa mampu jawab sahaja. yang tidak, aku minta pergi tanya kepada yang lebih pakar. aku tidak tahu apa. jawapan aku pun hanyalah benda yang mudah difikirkan dan boleh kau jumpa dalam mana-mana buku. aku tak tahu apa pun. tapi aku sangat menghargai kamu-kamu yang bertanya. terasa dihargai. :)

tengok email.

dapat satu soalan. mencabar. bukan soalan sangat pun. lebih kepada bentuk pernyataan sahaja. lanjutan dari status fb aku. berkaitan dengan takdir, rahsia Allah. seram. aku tidak jawab sehingga sekarang.

mungkin sedang disumpah-sumpah oleh yang bertanya itu. dah tiga minggu, aku biarkan sahaja. aku tidak mahu menyebarkan ajaran sesat. tidak mahu menyumbang kepada statistik.

antara lelaki dan perempuan

betul atau tidak.

lelaki. bila nampak makwe atau isteri atau tunang kawan dia adalah baik, cantik, bijak, sopan, lemah lembut, tertib, pandai masak, pandai ambil hati, etc.... diorang berharap agar dapat makwe atau isteri atau tunang cam kawan diorang dapat tu.

perempuan. bila dia nampak pakwe atau suami atau tunang kawan dia adalah baik, kacak, bijak, hormat, membantu, pandai ambil hati, penyayang, bertanggungjawab etc.. diorang terus nak lelaki berkenaan!

kawan aku tanya pasal perkara ni. aku diam. tak tahu. takde pengalaman. setakat ni, aku belum pernah memerhatikan mana-mana pakwe atau suami atau tunang orang.

tunang dia, berjaya diambil oleh seorang perempuan yang pandai menggoda. katanya. aku tidak tahu detail kisah rampasan itu. takut mahu ambil tahu.

apa yang boleh aku katakan hanyalah. jodoh kau masih belum sampai la tu.

jujurnya, setakat ini.



aku hanya fokuskan perhatian aku pada makanan, dengan penuh perasaan.



oh! baju-baju yang cantik juga dapat perhatian rakus aku.

hahahaha...



come to mama.. yuummmyyyyyyyy...