27/09/2011

niat yang betul, elok juga diteruskan

akhirnya..

hari yang ditunggu-tunggu dah tiba dan dah lepas.

bukanlah hari apa sangat pun. hari konvokesyen/graduasi sahaja.

tak sangka. dapat jugak masuk 'U', walaupun dah lewat begini. lewat tak lewat sangat, lewat jugak la, sebab kawan-kawan sebaya yang lain konvo second degree, aku baru first degree. ah! janji dapat jugak belajar dan habis belajar. peduli hapa aku! ha ha ha.sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang boleh aku banggakan dengan diri aku sendiri. kan?

bila dah dapat degree nih, kena laa aku belajar mengawal kemarahan dan ketidakpuasan yang ada dalam diri. dah tak boleh nak jujur dan berterus terang sangat. ni pun tadi, belum pape, dah dengar orang kata sesia aku belajar kalau masih nak marah.

dah kalau memang salah, memanglah kena marah, takkan aku nak bagi hadiah pulak kot! eh! termarah pulak!

mungkin kalau ikut pendapat mereka, aku rasa, pasni kalau aku kena lempang tak pasal-pasal tanpa sebab pun, aku perlu diam dan biarkan sahaja serta tersenyum. aku rasa laa. tak boleh menjawab atau melawan, nanti dikatakan tidak berguna.

eh. melalut pulak. sebenarnya. apa yang aku nak katakan ialah, kalau ada niat dan perancangan yang baik untuk diri dan masa depan sendiri, dan kalau mampu dibuat - go for it, babeh! kalau berjaya, alhamdulillah, kita yang untung dan ganjarannya adalah manis untuk kita. kalau gagal sekalipun, tiada apa yang perlu dikesalkan, kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan berusaha membuat yang terbaik dalam hidup kita.

sebab, di akhir hari, kita akan merenung dan berfikir, apa yang kita dah capai dan buat dengan hidup kita sehingga setakat ini. kalaupun bukan kepada orang ramai, tetapi kepada diri sendiri dan tentulah kita mahu puaskan hati kita juga, bukan? mungkin perkara ini tidak teraplikasi kepada orang lain, tetapi, bagi aku, itulah yang aku lalui dan fikirkan.

rezeki, untung rugi nasib masing-masing siapalah yang tahu. janji teruskan langkah kepada yang telah difikir dan dirasakan lebih baik untuk diri sendiri. kita acuan dan hasil kesungguhan kita sendiri, bukan? tetapi, fikir dan buat keputusan yang tepat mengikut kemampuan sendiri sebelum ambil keputusan tersebut. membuta tuli pun bahaya jugak. silap langkah, memang sah-sah buat rugi diri jugak tu. risau pulak ada yang mati pegi bunuh diri sebab tension! ha ha ha...

aku nak ucapkan selamat berkonvo kepada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang akan berkonvo jugak beberapa minggu lagi dari sekarang, dan selamat berjaya dan selamat belajar pada lain-lain yang tengah belajar lagi. sesama kita banggakan diri kita sendiri.



okeh! sekarang nak konsentret. nak isi borang carik keje lain, yang lebih 'in', kata orang.

keh! keh! keh!

rasanya, kehidupan kita telah ditentukan jalannya

beginilah. mari kita mudahkan kehidupan kita semua.

saya sedang menjalani kehidupan saya seindah, setenang, sebaik dan sehebat mungkin; mengikut apa yang telah direncanakan olehNya untuk saya.

tidak perlulah anda yang entah siapa-siapa menentukan atau memberitahu apakah yang perlu saya lakukan dengan kehidupan saya ini.

saya akui kehidupan saya tidak sebaik dan tidak semeriah anda yang hebat, tetapi, saya syukur dan berterima kasih atas segala yang ada dan berlaku dalam kehidupan saya.

saya tidak mendapat segala yang terbaik dalam hidup saya, tetapi saya berusaha menjadikan segala yang saya ada supaya menjadi sesuatu yang terbaik, biar tidak pada orang, tetapi pada diri saya sendiri.

ah! teringat juga saya. manusia memang suka memperkatakan tentang kekurangan dan kelemahan manusia lain, sebagai menyembunyikan kelemahan mereka sendiri. mengetahui kelemahan dan kekurangan orang lain dan berkata-kata mengenainya memang mampu menjadikan diri mereka sangat superior, dan orang yang diperkatakan dan diperlekehkan, tahap inferiority mereka pula menjadi superior.

tak apa. teruskanlah berkata-kata. kerana hidup saya setakat ini, alhamdulillah, berani dan yakin saya katakan bahawa, senang saya bukan kerana anda, dan susah saya juga bukan mengganggu anda. keluarga saya banyak membantu saya. dan Pencipta saya menentukan yang terbaik dalam hidup saya.

wallahualam.



tetapi sangat herannya saya. kenapa anda begitu berminat dengan kehidupan saya?

23/09/2011

sayang blogku sayang

aku ni. memang tak paham betul. adakah tahun ini, tahun hati dan perasaan aku dipermain-mainkan oleh komputer?

aritu entah setting apa aku kacau, abis blog aku tak boleh beralih ke barisan seterusnya, abis semua jadi satu line aje.

sepanjang raya ni pulak, semua entry yang aku da type, tak boleh dipublish pulak. aku type kat dalam word, nak kopipes aje, pun sama tetap tak boleh publish.

ni, entry ni. aku cuba entah untuk yang ke berapa kalinya entah, di samping bantuan pakar, kalau tak boleh publish jugak, memang aku pau adik aku, sebab nak beli komputer baru (walaupun mungkin bukan salah komputer nih!!!). hahaha.

kalau boleh publish, maksudnya, aku (dan pakar tersebut) memang hebat dalam perkara-perkara melibatkan penyelesaian masalah, komputer bukanlah soalnya. hahaha.


teruk betul aku ni. dengan komputer pun nak ajak gaduh!

05/09/2011

kembali ke pejabat dan sekolah

hari ni dah start kerja, selepas lama bercuti menyambut aidilfitri.

dari pemerhatian yang dilakukan, secara rawak dan puratanya, masih ramai yang belum mula bekerja.

mungkin memang cuti lama. atau. mungkin dah lupa jalan ke pejabat.

hahaha.

nampak sangat aku dengki sebab aku takde kampung, jadi tak boleh cuti lama.

hahaha.

bertanya mestilah sebab mahu jawapan, kan?

aku mungkin dikatakan anak saudara yang bermulut jahat. ada sahaja jawapan aku bagi setiap kali pakcik makcik sepupu dan ntah sapa-sapa lagi bertanya.

dah tanya, tentu la jawab, kan? tapi apsal setiap kali aku jawab, orang asyik cakap aku ni menjawab je keje, ada je jawapan?

ke tujuan bertanya sebenarnya adalah sekadar betul-betul untuk bertanya je, tak perlu jawapan?


letak tepi soalan retorik, soalan perli, soalan mengata dan soalan yang berbentuk tak perlu layan. yang tu aku tau beza lagi.


haha. okeh aku tipu, aku tak pandai sangat nak kesan atau bezakan soalan. haha..


kadang-kadang, soalan yang tak perlu dilayan, aku layankan jugak, atas alasan menghormati yang bertanya, atau, sekadar sebab nak melayan dengan baik atau sekadar sebab tak nak malukan orang. walaupun orang berkenaan amat membencikan.


ish. kalau dengar, macam baik sangatnya laa pulak aku ni, kan?! haha...

yang aku tahu dan faham sejak dulu, soalan ada jawapan, jawapan ada soalan.

ke, turutan tersebut telah berubah? bila masa berubahnya? ish! tak peka dengan keadaan dan zaman betul aku ni.

dah ditanya, 'mana yang sorang lagi na?' sambil tersenyum tersengih perli, tentulah aku jawab yang sesesuai-sesuainya - 'ntah. yang sorang lagi mana satu?' aku rasa betul la jawapan aku tu. sorang sapa yang korang maksudkan? kenapa perlu sengih sampai begitu?

tapi tak semena-mena aku dikatakan memperli semula dan tidak mahu melayan makcik aku. eh? bila masa pulak aku perli? kalau tak mahu layan, buat apa aku bercakap dengan dia tadi?

habis semua balik, baru aku tau, rupanya 'sorang' yang makcik aku maksudkan tu ialah, pasangan. lain kali cakap la betul-betul, cakap bahasa simbolik-simbolik ni. memang harap maaf laa aku nak paham sangat.

tapi yang paling aku tertanya. kenapa saudara mara ni, pantang nampak yang muda-muda, mesti asyik sibuk bila diorang nak hidup berpasangan? seolah cam dah takde tujuan lain dalam hidup ni. lepas tu, akan ada soalan-soalan lain lanjutan dari soalan tadi.

malas betul aku nak layan soalan-soalan yang menguji minda camtu. kadang-kadang, sampai naik malas nak jumpa saudara mara sebab soalan-soalan camni la.



selamat hari raya, mak itam! makan elok-elok, jangan sampai terjatuh lagi gigi palsu tu. :D