11/02/2010

Entry #7 : kognitif itu pemikiran, afektif itu perasaan!!

(waktu aku menulis ni, jiwa aku memang betul2 tengah terganggu… macam2 aku nak cakap, tapi… tapi… aku… hhmmmm….)

aku tak tau, samada isi kandungan bebelan aku kali nih, ade kaitan atau tak dengan tajuk die… tapi, aku memang da jammed nak pikir daa.. so, aku belasah saja.. hhmmm… meh sini aku nak tanye korang...

ape yg korang tau pasal pemikiran dan perasaan… aku… memang tak tau… aku rasa aku tau.. tapi, ape yg aku tau… adalah berdasarkan pemahaman aku… aku senang untuk berfikir guna logik akal aku… tapi, biasa ar, logik kita, tak semestinya sama ngan logik orang lain, kan…

bagi aku.. manusia kena ade 2-2 perkara ni, disamping lain2 unsur yang membentuk korang jadi manusia laa (tak kira la korang berjaya jadi manusia berguna atau tak!!) kalau perkara asas sebagai manusia ni pon korang takde.. agak2 nye, boleh jadi nnt asyik terbabas je la jalan hidup korang.. sebab, kalau tak penting, takkan Allah SWT bagi kau akal dan perasaan siap2 built-in dalam diri kau sejak masa lahir dulu… so, bile dah didatangkan sekali satu package, penting la tu, kan…

bile kau berkeputusan untuk bercakap, adalah lebih baik kau berfikir dulu… bila berfikir… gunakan akal yang Allah SWT dah bagi… bukan guna lantai simen tempat kau tengah berdiri tu… setakat ni, cuma Kevin dalam Ben 10 aje yg ade superpower boleh serap diri jadi simen dan besi serta kayu.. belum ade lagi kejadian manusia hidup dan normal boleh jadi simen, besi dan kayu..

ada sebabnya, kenapa manusia tidak digalakkan bercakap dalam keadaan marah.. bila marah, kau memang akan cenderung untuk bercakap tentang perkara2 yang tidak masuk akal dan diluar rasional akal.. sehebat dan se’rasional’ mane pon engkau, kalau kau da marah, tak mustahil yang pelik2 pun kau boleh cakap.. tapi, itu kalau kau tengah marah.. kalau tengah tak marah?! huh!! seram dowh, aku nak cakap!! sebab tu, orang tua2 selalu berpesan, cakap siang pandang2, cakap malam hati2 (err…. apesal aku rasa cam pelik je peribahasa aku ni… hmmmm… belasah!!)

kawan… semua manusia ade hati perasaan… kalau kau tak suka orang cakap dan pinpoint engkau yang bukan2…. ape pulak yang menyebabkan kau fikir orang lain akan suka bila kau buat camtu kat diorang?! sudah la kau tak kenal pun diorang tu, tetibe je, korang boleh pulak dengan selambanya cakap ikot sedap rasa korang… fuuhhhh… tak hengat punya kutuk, macam la korang memang da kenal lama sejak lahir, duduk pun dalam incubator sebelah-sebelah aje masa da lahir tu.. padahal sorang lahir kat Selangor, sorang lahir kat Perak, sorang lahir kat Kolumpo, sorang lahir kat Kedah dan lain2 negeri lagi.. jauh beza tuuu, baaaiiiiii!!

cuba kau letakkan diri kau dalam keadaan orang yang kau sedang celuparkan tu… tentu tak best langsung perasaannya, bukan?! sama la jugak dengan dia!! kau ada nampak dia gelak ketawa sampai berguling2, menangis terharu atau memberikan kau sejambak bunga atau apa2 sahaja perlakuan luar kawalan kategori lain sebagai tanda penghargaan setelah semua apa yang sudah kau cakap itu?! alahai.. tak perlu belajar tinggi2 atau hebat2 laa untuk memahami perkara semudah ini… common sense, daa… aku tak rasa yang kau punya IQ yang terlalu rendah sehingga kau gagal nak paham semua2 ini, bukan?! eh, ya.. baru aku teringat… kau selalu claim yang seorang yang sangat hebat, so, mungkin laa, kot.. kau sedang berpura2 seolah2 kau sangat bengap, supaya tidak menerima kutukan balas pulak dari orang2 di sekeliling… begitukah?! itukah yang kau sedang buat?! kesiannya aku tengok kau ni!!!

pastu… dengan takde hujung pangkal… takde usul periksa dan tujuan yang normal mahupun suci murni.. kau boleh pulak dengan suka2 nye dok judge orang sesuka hati… ape hal kau?! kau sangat baguskah?! sangat hebat?! besar dan bangga sangatkah diri kau tu?! selalu bercakap seolah2 kau yang sangat sempurna kejadiannya.. semua yang lain, adalah hampas dan tak berguna serta menyedihkan sahaja.. fuuuhhh!!! teruk betul semua orang lain pada pandangan mata kau, kan?! hanya kau dan kaum kerabat kau sahaja laa yang bagus… Perfecto!!

dan, ya…. aku tau… aku tau, mungkin, kau juga berkawan baik dan mengenali orang yang kau sedang cuba umpatkan dengan meriah itu… tapi, kau betul2 kenalkah dengan dia yang kau boleh nak cakap2 pasal dia… dan, kalau kau betul2 kenal dia dan claim urself as him/her friend, sudah tentu kau takkan berbuat perkara bodoh dengan mengata dia yang bukan2, bukan?! malah, kau sepatutnye defend dia dari tuduhan2 melampau dan tak berasas!! bukan jadi ‘penambah perisa’..

aduuhhhh…. kawan… cuba la belajar jaga hati perasaan orang lain… dalam hidup kita ni, tak setiap masa semua perkara adalah pasal diri kau sendiri.. life is not always about you, so don’t be so damn self-centered, ya?! apa dia?! owhh… kau cuba membandingkan diri kau dengan orang lain yang berbuat perkara yang sama, ya? alahai.. kau ni pon.. orang lain, biar laa amende pon yang dia nak buat dengan hidup dia… kau tu, yang berakal dan bijak, ngape sibuk2 dan susah payah nak jadi cam diorang?! hidup kita ni, kena la pandai buat pertimbangan, memang manusia juga kadang2 dikenali sebagai satu kejadian yang suka membuat keputusan2 yang tidak menarik dan menyusahkan diri.. tapi, kau kena la pandai fikir, agar bukan setiap masa kau buat kerja2 hampas yang menyusahkan diri dan menyakitkan orang lain.. tak best laa, buat camtu… mental ke hape kau nih?!!

huh!! aperdaa!!

09/02/2010

Entry # 6 : Aduuuhhhhh... Siapakah itu.... Owwwhhh....

(lepas je aku ternampak die, tetibe turun ujan lebat!!! :o)

Owwhhh....

Sapekah itu... di basement parking opis ku itu tadi...

Sapekah itu... memandu honda city zaman aku sekolah dulu2...

Sapekah itu... bikin hatiku gundah gulana..

Owhh...

Sapekah... sapekah... sapekah...

Aduhhh....

Hatiku tertanye2......

Aduhai honda... hatiku telah ko langgar...

Adeehhhhh.... sabar la hati....

Itu semua dugaan belaka... jangan laa dikenang sangat.. kelak merana, payah laa jawab nye...



Adoiiiii laaa.....

03/02/2010

Entry # 5 : Awak…. :)

(hari ni... tetiba aje aku rasa aku jadi ekstra ‘jiwang’ dari biasa...)

Hai awak….

Hari ni, saya nampak awak lagi…
Rasa berbunga2 dalam hati..
Sengih sampai nampak gusi dan gigi….
Rasa nak jerit sekuat hati..

E’ehhh….

Awak nampak lain hari ni
Tak habis2 orang puji
Saya pun ikot sama puji
Tapi cuma dalam hati

Awak…

Nape tadi awak ejek saya
Saya rasa nak marah aje kat awak
Kalau diikutkan, eeeiiiiiii, marah betul hati saya
Tapi saya senyum aje anggap lawak

Sebenarnye…

Saya rasa rindu sangat kat awak
Setiap masa pun awak aje yang saya ingat
Kekadang, asyik curi pandang tengok awak
Cuma setakat itu je la saya mampu buat

Tapi…

Awak tak perasankan saya..
Dalam hidup awak, sikitpun saya wujud
Takpe laa, bukan nasib saya
Takkan saya nak paksa awak pulak kot!!

Jujurnye.…

Saya rasa nak sangat cakap dengan awak..
Nak bagitau betapa saya ambik berat..
Tapi saya hanya mampu pandang dari jauh
Demi awak, sikitpun saya tak rasa penat..
Nak mendekati, saya tak mampu dan tak layak
Semoga awak gembira dan bahagia dunia akhirat..
Doa saya sentiasa untuk awak, walaupun kita jauh..
Dan awak, akan tetap saya ingat..

Terima kasih, awak….. :)

Entry #4 : Sahabat… boleh minta tolong?!

Tadi… aku berbual dengan kawan aku.. aku ceritakan betapa sedih dan sayu serta syahdunye hati aku dengan satu daripada beberapa kejadian menyayat hati yang berlaku terhadap aku baru2 nii.. errmmm… bila2 aku rasa down, kekadang memang aku bercerita dengan manusia sorang ni…

Aku tak harap pun untuk kau bagi pandangan, pendapat, cadangan, ulasan, komen atau ape2 aje yang semakna dan semaksud dengannye.. aku sekadar bercerita, hanya dengan niat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang aku alami.. aku tak harap pape pun dari ko..

Beb!! Aku dalam kesedihan yang amat sangat ni…

Tapi… boleh pulak manusia ni, gelakkan aku dan jadikan kisah sedih aku tu sebagai satu bahan lawak jenaka yang mengasyikkan!! Aduhai… Kawan!! Kalau pun kau tak tau nak cakap ape.. takpe… kalau kau tak tau ape nak fikirkan, takpe.. kalau kau betul2 tak tau ape harus kau buat masa aku bercerita tu, pun memang takpe… sebab.. aku pun sekadar bercerita.. aku tau, kau bukan seorang kaunselor atau pakar jiwa atau ahli psikologi atau ustaz mahupun bomoh yang perlu mengambil tindakan sewajarnye bila berhadapan dengan orang2 yang sedang low esteem dirinye…

But seriously, do you think that make a fun out of it is a good things to do????!!!!

Come on, laaa…. I’m soooo damn down now… and I don’t need you or anybody else to add it up!! Seperti biasa, aku hanya meluahkan dan bercerita, ape yang terbuku di benak aku ini sahaja!! takde sebarang maksud lain… kalaupun kau tak tahu sangat2 ape yang kau harus buat… takpe… kau cakap saja awal2, ‘alahai, aku ade kerja nak buat laa…’ atau ‘entah laa’ atau pun ‘tak tau nak cakap pe laa’ atau jugak ‘kalau kau nak sedih2 aku tak mau tau’ atau.. kau terus bangun dan berlalu pergi… atau.. atau.. arrgghhhh!!!!! banyak alasan dowh, kau boleh bagi kat aku!!! lebih baik kau tipu dari kau buat aku jadi bahan lawak jenaka!!!

Dulu2… masa aku sekolah… cikgu aku selalu pesan… kalau ada orang dalam kesusahan, dan kita ada kemampuan untuk tolong… kita tolong… kalau kita tak mampu, kita cakap awal2 kita tak mampu… tidak kira seremeh mana pun masalah itu… kalau kita ada masa, untuk orang lain, luangkan masa itu, kalau takde, tolak la dengan baik.. sebab, kita tidak pernah akan tahu bila kita pulak akan memerlukan bantuan dan masa dari orang lain… itu laa antara bergelen-gelen ilmu yang aku praktikkan dalam hidup aku selama aku hidup atas mukabumi ni, disamping lain2 pelajaran dan pengajaran yang aku dapat dari semua orang di sekeliling aku.. Walaupun aku tahu, aku bukan la seorang superhuman yang dapat menyelesaikan segala perkara yang berlaku atas planet ni, aku sedar aku hanya mampu jadi pendengar semua luahan hati korang sahaja.. tapi.. tak pulak aku jadikan segala perkara yang korang ceritakan tu sebagai ‘lawak hari ini’… Dan aku sihat dan selamat jee, sampai la ke saat ini….

jumpa lagi, kawan!!