29/05/2010

Entry # 21: Semuanya di tangan Tuhan...

(kebelakangan ni, banyak sangat yang email tanya pasal hati dan perasaan. Sampai bagi efek kat aku jugak... Perkara ini menyebabkan aku jadi konpius dengan diri sendiri!!!)

Aku tak pasti... Apakah yang menyebabkan banyak sangat orang yang mengemail dan mem'PM' aku, bertanyakan mengenai aktiviti berkaitan dengan hati dan perasaan. Broken heart, shattered dreams.. Patah hati, jiwa raga.. Cinta tak kesampaian... Cinta terhalang.. Rintangan dalam cinta laa, itu laa, ini laa... Sampai ada yang nak bunuh2 diri dan terjun bangunan sana sini (camane korang boleh berani nak terjun bangunan? Kan tinggi.. Korang tak gayat ke?! Aku, g umah kawan aku kat tingkat 11, Presint 9 tu, cuma berdiri kat grill balkoni, pandang ke bawah dari celah-celah grill pon da seriau takut jatuh, inikan pulak lagi nak jalan sampai ke hujung dan terjun.. Gila!!! Itu pon da pucat cam mayat muka aku!!! Rilek je kawan aku umpatkan aku... Ish!!! Terjun?! Hebat korang nih, heh!!!) Yang bertanya camana nak kuatkan hati dan perasaan yang kecewa.. Camane nak bagitau rasa cinta dan suka korang kat pihak satu lagi laa.. Ahh!!! Banyak dan macam2 macam lagi laa... Sampai jammed pulak otak aku ni dok fikir!!! Dan majoritinya, dari orang-orang yang aku tak kenal langsung... Camane ini semua boleh terjadi?! Ada kaitan dengan komen dan kata-kata aku kat fesbuk ke semua nih terjadi?! Aku hilang dalam realiti kejap... ... ... ... ... ... ...

Aku ni, bukannya seorang pendeta yang pandai berbicara, bukan seorang yang tinggi ilmu pengetahuan, bukan seorang yang ada kemahiran atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya untuk menasihati atau berkata yang baik-baik dan indah-indah buat jadi pedoman. Aku ni biasa-biasa aje... Bukan la aku tak mau tolong korang, tak kira aku kenal ke tak dengan korang, tapi dari aku tersalah cakap seterusnya membuatkan korang rasa nak lempang aku sebab aku salah cakap, dan menyebabkan korang amik keputusan yang silap berdasarkan kata-kata aku, lalu ingin memukul aku, aku rasa baik aku diam aje... Cuma, kalau ada pape yang aku mampu dan boleh tolong-aku tolong. Kalau tak pun, aku akan cuba memberi jawapan yang hampir serta agak-agak logik pada rasional aku untuk membantu dan menceriakan hidup korang.. Sekali lagi, kata-kata aku adalah dari pengalaman, pemerhatian dan logik akal aku, dimana logik aku tak semestinya sama dengan logik semua orang lain. Faham?! Jangan korang dengar dan ikut bulat2 kata2 aku nih... Yang elok, jadi pedoman, yang buruk, aku la memang buruk.. Kesian aku!!!

Okay.. meh sini aku nak cakap, bagi menjawab segala permasalahan jiwa korang yang kacau dan hati yang rapuh, tandus dan kekeringan cinta dari orang yang korang sangat sayang dan suka... Aku cakap secara general aje laa, sebab majoritinya pon pasal perkara yang sama je.. Ehem!! Ehem!! Mana suara seksi aku nih... Ehem!!

Bagi yang cinta tak kesampaian atau tak berbalas. Nasihat aku, kalau orang dah tak sudi, tak baik kita dok nak memaksa dia terima kita. Cubalah hormati keputusan di sebelah satu lagi. Tentu ada apa-apa kekurangan pada diri kita di mata dia. Belajarlah terima hakikat kegagalan. Bila kau terima, kau akan sedar betapa best dan indahnya hidup kau tu. Kau akan menjadi lebih kuat dan terlalu banyak yang kau boleh capai bila kau terima diri kau yang sebenar. Silap-silap, bila kau da jadi seorang yang sangat hebat dan berjaya, dia tau pulak kau da jadi sangat best dan superb, tetiba dia datang merayu2 agar kau terima dia balik!!! Hahahaha... Time tu, ko ludah la dia balik!! (Hoi!! Jangan buat camni!! Tak baik, berdosa.. Agama Islam tak bagi umat dia merendah-rendah dan menghina sesama manusia... Paham?! Tapi kalau kau rasa nak pegi melancong kat neraka, kau buat laa.. aku tak campo!!)

Kalau dua tangan dah bertepuk, maka berbunyilah. Tak perlu buat kerja-kerja gila dan hilang akal pon (ie. bunuh diri, bomoh, upah pukul, sepai menyepai, balas dendam, langgar mati, etc.), Kalau tepuk sebelah tangan, memang la tak berbunyi. Jadi, pastikan, pihak yang satu lagi tu memang nak bertepuk tangan dengan korang. Kalau tak, tak yah laa buang masa, carik je la lain. Ada betulnya kata orang2 tua dulu2, kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum. Mane kau tau, memang jodoh kau dengan orang lain yang lebih baik dan marvellous dari orang yang korang nak sangat nih?! Jangan terbuai sangat dengan perasaan, kau jugak yang merana nanti. Da tau tak mungkin dapat, jadi, mahu tunggu apa lagi? Move on!! Jangan seksa diri sendiri.. Kesian kat diri sendiri, okay?! Dalam hidup ni, kadang-kadang, kita kena utamakan diri sendiri dari lain-lain perkara. Betulkan aku, kalau aku salah, tapi, rasanya, kita yang kena jaga diri kita sendiri, kan, sebelum nak fikir dan jaga orang lain?

Bagi yang da suka sangat kat seseorang. Kalau hati da betul2 berkenan sangat, luahkan sejujur-jujurnya. Jangan sesekali berlaku tak adil kepada hati dan diri sendiri. Memendam rasa dalam hati tapi mulut terkunci. Bagitau kat pihak sana tu. Beranilah amik risiko. Selebihnya, biarlah pihak sana tu yang buat keputusan. Ada rezeki dan jodoh kau, maka ada laa... Kalau tak, tak laa.. Sekali lagi aku kata, mahu tunggu apa lagi? Move on!! Teruskan hidup kau.. Jangan seksa diri sendiri.. Kesian kan laa diri sendiri, okay?!

Bagi yang cinta dan hati yang sedang berbunga riang, tapi kadang-kadang dilanda badai dan tsunami. Jaga cinta dan hati sesama korang baik-baik. Sebab, tak semua orang hidup dia beruntung, bertuah dan dapat peluang macam korang. Baru nampak sekejap (kiranya, apa tu, kata orang-'Love at first sight?!), terus kekal, selamat dan berjaya hidup bersama sampai ke akhir hayat. Bergaduh, bercakar, merajuk, salah faham ke ape ke, bawak2 laa berbincang baik2.. Jangan nak main letup2 tinggi suara sana sini. Malu laa, kau nak bagitau semua orang tau kau tengah gaduh ke hape?! Settle baik2.. Kalau rasa cam da takde jalan penyelesaian, atau tak jumpa jalan penyelesaian, carilah pihak yang boleh membantu. Selamatkan selagi boleh. Kalau da tak boleh jugak, pandai-pandai la buat keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing. Berani terima risikonya. Jangan menyesal kemudian hari sudah laa.

Bagi yang cinta dan hati penuh dengan penipuan, syak wasangka dan keraguan. Kau rasa, kau sanggup ke nak teruskan perasaan dengan orang yang camni?! Jangan tipu diri sendiri. Sampai bila kau mampu bertahan. Sekadar rasa sayang dan suka je, tak cukup. Memang tak salah kau nak setia, tapi pihak satu lagi tu hargai ke? Kalau dia hargai, dia takkan buat camtu la kat kau. Biar berpada-pada sayang seseorang, jangan sampai korbankan hati dan diri sendiri. Berlaku adil pada hidup sendiri. Baru tengah bercinta dan berkawan, da nampak perangai dia camane. Okay, kau akan kata, lama2 nanti dia berubah laa. Okay, alhamdulillah, syukur, itu kalau dia berubah. Kalau tak, malah makin teruk, camane?! Jangan salahkan orang lain, itu kau sendiri yang pilih. Kan?

Bagi yang masih belum jumpa dan dapat cinta (cam aku laa.. Hahaha... :p). Sabar.. Tak perlu gopoh. Kan agama pon ada cakap, setiap manusia itu, Allah da sediakan dia pasangan setiap umat masing2.. Ada jodoh untuk kau, tinggal lagi, cepat atau lambat, itu sahaja. Jangan la kau terlalu nak menstress kan diri kau dengan perkara ni. Ada sebabnya jodoh kau lambat. Allah nak bagi kau jodoh yang hebat dan superb serta amazing ke, mane kau tau. Orang cakap kau andartu? Tak laku? Memilih? Persetankan!!! Kau suruh diorang compare life diorang ngan life kau, sape lagi beruntung sebenarnye?! Hahaha.. Sure yang da kawen dan ngutuk kau tak laku tu nangis guling2 nanti. Baru sedar betapa banyaknye yang dia tertinggal berbanding dengan kau. Tapi jangan la sampai kau tak mau kawin pulak!! Tak ikut tuntutan agama tu. Kita kan kena meramaikan umat Allah dimukabumi ni. Apa la kau ni. Itu pon tak tau. Leceh!!!

Bagi yang cinta atas dasar kesian, bersalah, tak sampai hati, etc. Sudah2 laa berpura2. Berterus terang dan jujur lebih baik. Jangan terus2 menipu semua pihak. Kalau dapat bertahan dan berkekalan dengan aman bahagia dan berbaloi, alhamdulillah, teruskan dan jaga baik-baik. Bukan ape.. Biasanya yang camni, mesti akan ada pihak yang terluka, malah boleh jadi lebih parah lagi. tak salah melepaskan dia demi kebahagiaan masing2. Jangan pentingkan diri sendiri, okay? Mula2, memang la kau akan rasa okay, takde ape. Tapi lambat laun, bila kau dah tak tahan dan tak sanggup lagi?! Camane?! Tentu lebih teruk, kan, melukakan hati sesama kita hanya kerana perasaan yang kau tersalah nilai sejak awal?! Sedangkan kau tau kau boleh elakkan sebenar nya.
------------------------------------------
Ada satu ayat dalam Al-Quran-Surah Al-An'am, ayat 125 (kalau tak silap aku laa, aku pun tak berapa ingat, bukannya tinggi ilmu agama sangat pun), "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkannya". Qada' dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Jangan la kita persoalkan apasal laa life kita ni tak indah cam life orang lain. Silap2 boleh jadi fasik woo (ke munafik?!). Wallahualam.
------------------------------------------
Sebagai rumusannya, jangan la terlalu memikirkan perkara-perkara yang membebankan sedangkan ada perkara-perkara lain yang lebih penting dan lebih memerlukan perhatian kau. Soal hati dan perasaan ni, subjektif. Kau kena fikir baik2, betul2. Jangan tersilap langkah. Orang luar (cam aku ni laa) hanya mampu berkata, kau sendiri yang tanggung. Tak salah nak fikir, tapi jangan la sampai terlalu obses sangat sampai buat kau jadi stress dan tak boleh buat benda lain. Tak ke rugi hidup kau kalau jadi camtu?

Aku percaya, hidup kita ni sebenarnya akan lebih indah, meriah dan bermakna kalau kita bertepuk dua belah tangan.

Sudah tu. Jangan tanya aku banyak sangat. Aku tak tau nak jawab apa.

Entry # 20 : Lost in time... Lost in you..

24/05/2010

Entry # 19 : Perkara yang buat aku backing staff aku...


Sila jangan :

i. mempersoalkan, mempertikaikan kredibiliti, kemampuan dan keupayaan kakitangan bawahan aku membuat tugas mereka. Aku dah hantar diorang pegi kursus cukup2. Sampai habis duit pejabat aku guna. Dan kakitangan bawahan aku mendapat penilaian yang baik dan cemerlang dari pihak atasan termasuk dari pihak atasan bahagian lain. Kakitangan bawahan korang?!

ii. mengutuk, menjatuhkan dan melekehkan tugas kakitangan bawahan aku. Kakitangan aku buat kerja berdasarkan arahan, tugas diorang dipantau dan diperiksa setiap masa, samada mencapai scale ditetapkan atau tidak. Dan diorang sentiasa capai scale ditetapkan. Tapi korang tak pernah ambik tau pun, kan?!

iii. menuduh dan melempar tuduhan yang bukan2 terhadap kakitangan aku. Diorang da buat kerja diorang berdasarkan arahan yang dah diberi dan dijelaskan sejak awal2 diorang masuk kerja dan dah rujuk kat aku sebelum diorang amik pape tindakan. So, semua tugas diorang adalah dalam pengetahuan dan kebenaran aku.

Dulu, ada sorang ex-boss aku cakap, "Kakitangan saya.. Jangan kacau la kakitangan saya!!" Masa tu, aku tak paham, maksud dia. Tapi, sejak-sejak aku jadi kerek, diberi sedikit kuasa dan gila kuasa ni, aku faham maksud dia. Staff aku, bai.. Aku tau la camane nak handle. Aku da train gila2 da staff aku. Dan diorang sentiasa perform. Don't deny it!!! Aku rasa, kalu staff aku takde kat opis tu, korang lebih dari separa lumpuh, kan?! Dan aku tak penah pon dengar korang ucap pape kat staff aku bila diorang da tolong korang buat kerja korang. Owh lupa, staff aku, gred bawah je, mana layak nak dapat penghargaan dari korang, kan?! Korang tu darjat tinggi. Mana sesuai nak appreciate staff aku. Hebat korang..

Aku bukannya mahu memenangkan kakitangan aku. Tapi, adakah korang tahu apa yang berlaku sehingga kakitangan bawahan aku terpaksa bertindak demikian?! Yaa.. pastinya tidak tahu, kerana korang sendiri tidak mahu berbuat apa-apa dan tidak mahu membantu walau sedikit. Dan tidak bertanya kedudukan serta perkara sebenarnya yang terjadi. Aku rasa, kalau korang tau apa yang jadi sebenarnye, baru korang reti nak diam, kan?! Tapi takpe, tak payah susah payah bertanya, sakit pulak korang nanti bila bertanya keadaan staff aku..

Camni laa, kalau korang ada masalah dengan orang lain, jangan nak babitkan orang lain. Jangan tuduh orang lain terbabit sama. Aku tau, mungkin niat korang cuma main2 jee.. Tapi, da kalau korang asyik cakap benda sama, aku da tak rasa itu satu perkara yang kelakar lagi. Korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan perkataan "had, batasan, sempadan, beza, limit, sabar, maruah, airmuka, perasaan"?! Korang tau tak, bila masa yang sesuai untuk berhenti bercakap sebelum kata2 korang tu buat orang lain kecik hati kerana kata2 korang tu takde satu pun yang betul?! Preconceive 24 hours!!!

Apa yang korang rasa bila orang lain membuat perkara yang sama terhadap korang?! Sakit hati bukan?! Begitu juga dengan diorang.. My staff, hell ya, they have their own pride too, u know... Tak semua staff aku, aku defend, salah tetap salah. Aku pun berangin dan rasa cam nak tumbuk je staff aku yang buat hal. Buat susah aku je. Aku memang takkan tolong kalau korang memang salah.

Aku tau, aku dan staff2 aku tak sempurna, tak bagus, tak cemerlang cam gaban atau apa-apa superhero penyelamat manusia yang korang harap-harapkan. Tapi tau tak, kalau staff aku takde, korang susah nak buat kerja?! Staff aku, diorang pun tak harap pape dari korang, cuma harap agar korang bukak sikit minda korang yang da tertutup dan beku tu, dan berfikir sikit.

Kepada staff aku, aku mintak maaf, sebab aku tak setiap masa dapat defend korang. Dan kadang2 aku pun terpengaruh dan dengar cakap orang luar walaupun aku tau korang tak macam yang diorang cakap tu. Aku akui kekhilafan aku. Aku tak nafi, kadang2 aku alpa dengan sekeliling aku. Tapi, mana2 yang aku dapat, aku akan pertahankan korang. Aku pun takkan jadi cam aku sekarang ni tanpa korang semua. I do really appreciate you guys.. Teruskan kerja cemerlang korang. Ingat!! Korang staff aku, arahan aku, aku je boleh susah kan hidup korang. Tandatangan pun, tandatangan aku. So dengar aku aje, paham?! Tak salah bantu orang lain, tapi jangan sampai orang down kan korang balik, paham?! Orang luar takkan tolong kita, buat lagi jahanam ada laa... Orang luar, huh!!!


Bagus ke jatuhkan airmuka orang?!

13/05/2010

Entry # 18 : Terlihat sesuatu itu...

Sakit hati....
Bila melihat.. Sesuatu yang biasanya dahulu kau yang buat...
Dengan baik, bagus dan sempurna...
Secara tiba-tiba sahaja... Dibuat oleh orang lain...
Tanpa amaran.. Tanpa sebarang tanda...

Sedih.. Pedih..


Ke mana lagi mahu memandang?

09/05/2010

Entry # 17 : Akibat terlalu melayan perasaan....


Malam.... semakin larut... Masa... semakin berlalu pergi... Hari... silih berganti...
Sekarang... sudah pukul 11 malam....
Masih belum tidur...
Terlalu memikirkan....
Segala yang dibuat serba tak kena... Ntah mengapa?!
Satu isu yang tidak akan habis?!
Habis... bagaimana?!

Saya letakkan semula buku sekolah ditepi... Dengan pandangan yang kosong dan tidak bererti buat masa ini. Tiada semangat mahu melayan buku-buku dan nota-nota yang terbentang didepan mata. Sepatutnya, saya menyiapkan tugasan yang masih berlambak-lambak tidak dibuat (bukan saya tak buat, buat, cuma semakin lama, semakin bertambah... atau adakah memang saya seorang yang pemalas dan sedang cuba meng'cover' line agar tidak dicop yang bukan-bukan? haha... :p). Sepertinya saya ingin meluahkan sesuatu. Tapi entah apa yang hendak diluahkan. Saya memandang ke siling. Kosong. Kabur. Sunyi. Tiada apa yang menjelaskan keadaan saya ketika ini.

Cuba untuk tidur, tetapi begitu sukar melelapkan mata. Sekali lagi, entah mengapa? Rasanya, mungkin saya tahu apa yang membuat saya berperasaan begini. Cuma, sengaja tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan tersebut (lelaplah mata. tidurlah. takkan masih mahu Faizal Tahir mendendangkan lagu 'Selamat Malam' lagi kot, baru nak tidur?! Faizal Tahir pon tahu penat dan mahu tidur).

Atau, adakah saya yang terlalu melayan perasaan?! Perasaan yang bukan-bukan?! Owhh... Saya benar-benar berharap agar saya segera kembali ke dunia nyata. Saya masih ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Buku pun masih belum habis dibaca, padahal peperiksaan semakin mendekati. Aduh...

Yaaaa..... Saya yakin, benar-benar yakin, dengan kadar ketepatan sebanyak 90% kadar keyakinan, yang saya terlalu melayan perasaan dan berfikir sesuatu yang tidak pasti. Saya terlalu memikirkan harapan-harapan indah yang selalu saya mimpikan. Seakan mendengar suara yang menyokong saya mencari, mendapatkan dan menjadikan mimpi indah itu satu kenyataan.. Wah!! Wah!! Wah!! Apakah perasaannya ini?! Halusinasi, delusi, tolonglah pergi jauh dari diri ini. Awas.. Jangan sampai ditimpa perasaan. Segeralah kembali ke alam nyata..


Saya takde sakit schizophrenia...

02/05/2010

Entry # 16 : Masa semakin suntuk...


Aku tau... bukan alasan..
Konon-konon, tiada masa.. tiada ruang dan peluang...
Padahal, bukan sangat pon...
Mungkin memang malas sebenarnya...

Bila dah hujung masa, waktu, tarikh dan hari..
Baru nak huru hara..

Segala-galanya semakin hampir..
Semakin tamat..
Semakin hilang...
Semakin terkejar-kejar...
Berdebar aje...


Sila siapkan semua tugasan anda...