31/12/2011

besok dah masuk tahun baru 2012

seperti biasa dan seperti tahun-tahun sebelum ini. saya tidak mempunyai dan tidak bercita-cita membuat sebarang azam. kerana saya tahu kemampuan dan keadaan diri, jadi, azam tahun baru adalah sesuatu yang crap dan tidak sesuai dengan saya.

cuma

saya hanya mengharapkan agar segala yang terbaik buat diri saya dan semua orang yang saya kenali dan ada dalam hidup saya. dan juga buat semua insan di dunia ini. semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya. dan sentiasa diiringi dengan rahmat dan kasih sayang dariNya jua.


selamat tahun baru. :)

gila betul sekali update punya la banyak yang aku merepekkan!

boleh aje buat semua entry tu dalam satu entry
tapi oleh kerana skt yang telah aku tetapkan pada diri aku sendiri
saja nak bercakap dan menaip banyak-banyak entry
biar bagi nampak macam banyak jee,kan, meriah jee,kan. konon aktif berblog
aku sengaja seksa kamu baca entry-entry ini begini

errr...

sebenarnya, aku ada masalah tahap kerajinan dan kemalasan nak mempublish semua yang aku dah type kat dalam ms word ni.
dah laa internet opis time rehat sekarang ni, banyak sangat yang dihalang-halang
internet kat rumah pulak buat jadi merana jiwa buang masa je tunggu tapi seh-low yaa amaaattt!!
tengah sibuk dan buat buat sibuk jangan dilupa.
tu yang malas sangat tu.

pengaruh umur, barangkali.

hahahahaha.


=> ini tragedi hari ini. hahahahahaha.

pegi rumah kakak, kena tahan dengan pakcik guard

pakcik guard : nak pegi mana?
saya : rumah kakak.
pakcik guard : nak buat apa?
saya : haaaahh?? *muka terkejut tak tau nakcakap apa* saja nak melawat kakak.


nak aje aku jawab, 'takde papa. saje je nak usha line, nak merompak mana-mana patut malam ni!!!'.


takkan laa aku nak datang nak basuh kereta kot!


nasib baik dah nama pun keje dia. sabar aje laa..


=> ini tragedi 25.12.2011

kau ni, kau yang tanya salah orang

sedar-sedar aje dah kena marah
bila masa aku jaga claim????


=> ini tragedi 28.12.2011

setahun ni, mak duduk kat rumah kakak

dah dua minggu dah

balik rumah, takde orang
nak ajak berborak, gaduh gaduh manja, nak menjawab

bosan.

rindu mak sangat!

oh!

aku setiap hari pun asyik lapar.

itulah point yang sebenarnya.


=> ini tragedi 27.12.2011

macam tak sesuai aku pencen umur 60

rasa cam dah tua sangat
beribadah la pulak

err...

sempat ke pun nak sampai umur 60???
hhhmmmmm!!!!


=> ini tragedi 27.12.2011

tersalah sebut perkataan

eleeyyhhhhh!!!!
cam laa kau tak pernah!

cissss!!!!


=> ini tragedi 23.12.2011

betullah kata orang, sekarang aku dah gemuk

tetiba terasa nak pakai baju berpesen-pesen, nak melaram
baju kebaya. woOOooWw.
eeehhh!!!!
tak boleh pulak nak butang baju kebaya nih
tiba-tiba pulak butang tu tercabut yang macam meletup sendiri!
nasib baik kat rumah
kalau laaa kat opis.
ishhh!!!

malu betul aku tadi!


kena diet cepat-cepat dah ni.


=> ini tragedi 22.12.2011

benda yang sama tak semestinya kesan sama

Kena faham, walaupun belajar benda sama, tapi, sorang wahyu sampai, tu sihat alhamdulillah. sorang lagi wahyu tak sampai-sampai, tu yang jadi camtu tu.

meh sambung makan kacang!

(puan f, 2011)


*tepukdahiramairamai*


=> ini tragedi 19.12.2011

aku buat eksperimen, hidup dengan rm500 aje sebulan

gagal

hasil keputusan dan kesimpulan yang aku dapat simpul-simpulkan :

kawan-kawan, sila bayar hutang anda!

aku pun lapar jugak..


=> ini tragedi 19.12.2011

sila jangan permainkan hati aku

aku rasa cam dah nak terjatuh cinta.

terapung-apung aje.

ishhh!!!


=> ini tragedi 18.12.2011

lain kali, sila beritahu nama kamu

terkejut terharu dan terbangga sekejap aku
tetiba dapat message ‘saya tunggu awak laa’ dari number yang tidak dikenali

aaUUuuWwwW..

sekali!!!

kakak kedai photostate daaa.....

ish!

aku ingat sekret admire mana tadi


=> ini tragedi 15.12.2011

ya! ya! aku tahu kamu pemandu dan penunggang yang hebat

tapi tolonglah tengok dan fokus pemanduan dan penunggangan kamu
bukannya bermessage dan bercakap dan berbual dan bergelak ketawa di henpon mahal kamu
aku tahu kamu orang yang bizi dan penting

tapi.
tolonglah.

janganlah sampai aku pula yang kena masuk penjara sebab terlanggar mati kamu angkara kecuaian kamu memandu dan menunggang

ikhlas dari jiwa ni. harap ambil perhatian.


=> ini tragedi 14.12.2011

aku tahu aku tak pandai belajar, malah asyik fail ekzem jugak

tapi aku tetap berjaya masuk universiti jugak
seperti kamu

dan berkonvo
seperti kamu

dan, ya.. banyak lagi pekerja bawahan kamu yang berpendidikan tinggi.
bukan kamu sahaja.

janganlah berlagak dan merendah-rendahkan sangat staff kamu, ya?

oh yaa... setakat 2.48 tu, kelas berapalah sangat, kan? yang bangga sangat, kan?

eh! lupa!

pointer saya 3.00, okay!


eat that, baby!!!


=> ini tragedi 07.12.2011

aku ni kuat sangat merepek bukan-bukan

semua akibat aku banyak sangat makan kerepek
kata seorang kawan

katanya lah. aku repeat aje.

tapi bila aku diam, dah dia kata aku sakit nak mati pulak.

dasar lelaki betul laa.. cakap tah pape...


=> ini tragedi 04.12.2011

soalan kamu ini dah selalu sangat laa

iyeee... saya akan menikah pada 31 disember nanti
tapi tahun tak fikir lagi

calon pun tengah cari. ondaway.

tapi

31 disember itu pasti.

sekian terima kasih


=> ini tragedi 03.12.2011

perkara yang hanya khabar angin

tidak semestinya benar dan pastilah boleh diragui kebenarannya

kata-kata aku pula

boleh saja abaikan kata-kata aku kalau kau ragu-ragu

tak pernah pulak orang memang ambil serius kata-kata aku
walaupun aku cakap perkara yang memang benar dan berfakta

maafkan aku kau kena marah dengan pegawai kaunter sebab kau tak percaya cakap aku yang kau kena siap-siap isi borang dulu sebelum kau main redah aje pegi kaunter tu!

maaf!


=> ini tragedi 30.11.2011

dah dapat gambar suka-suka lepas konvo hari tu

tak puas hati. sebenarnya. terasa rugi. tak berbaloi. sangat.
apa boleh buat, bukan boleh undur dan capture semula pun.
tapi baru tahu. budak yang ambil gambar tu.
masih tengah belajar ambil gambar.
ingatkan dah habis.

patutlah.

camane laa nak harap gambar cantik, kan???

mentang-mentang laa aku pun dah memang sedia tak cantik.
kecik hati aku ni.


=> ini tragedi 30.11.2011

lain kali, silalah flush

seksa betul aku
asal masuk toilet je
nampak yang tak patut

spoil aku nak buang!


=> ini tragedi 28.11.2011

24/11/2011

drama bersiri telah menjadi pembunuh bersiri

aku dah terjebak.

setiap hari cam histeria aku ngadap tibi, cerita tentang dhia.

sebab adi putra dan nora danish aje sebenarnya aku tengok cerita ni.

mula-mula ingat tak laa terjebak teruk.

tapi sangkaan aku salah.

seperti juga peminat-peminat drama bersiri yang lain, aku sangat emo dan ternanti-nanti.

mengganggu aktiviti harian aku.

rasa tak best kalau tertinggal walau sekejap.

nasib baik maghrib awal, sempat solat dulu.

ah tidak! cerita bersiri telah membunuh masa aku! huhuhu..

camane aku boleh terikut-ikut nih????!!!



kena pura-pura bizi nih! isk!!

hari ini mengenai bola

aku bukan peminat bola secara fanatik.

sekadar minat dan ambil tahu sedikit.

memang tak adil.

bila menang, diagung-agungkan.

bila kalah, dikutuk umpat keji pula.

kau ingat diorang tu robotkah?

baru abis, dah lawan balik yang lain. jauh pulak tu. tentulah penat dan tidak fokus.

superman pun tak mampu.

bersikap adillah pada mereka. mereka penat-penat main, lawan sana sini, kau suka-suka aje kutuk. bila diorang menang, tau pula kau membising mahu cuti sebab menang.

diorang yang penat, kau pulak melebih-lebih. cheh!



dah kalau kau tu yang kaki bangku, diam-diam sudah.

21/11/2011

membeli belah yang bahagia

baru pulang dari tesco.

sekali lagi perkara yang sama terjadi.

aku fokus mengira berapa aje orang yang ada di tesco.

yang lain-lain.

bermesyuarat di kedai mamak dan di front seat stadium di rumah.

hahahaha... aman bahagia aku kat tesco ni! tak yah beratur panjang-panjang!



hitam kuning! hitam kuning! go tigers!

18/11/2011

antara perkara misteri lagi

aku tak tahulah kenapa.

sejak-sejak tamat ngaji ilmu tingkahlaku ni, banyak kali jugak laa dapat soalan-soalan yang mencabar minda dan memerlukan aku umpama berceramah semasa menjawabnya.

secara lisan, mahupun bertulis, mahupun bertaip.

buka fb, ada soalan. buka email, ada soalan.
bila masa aku kerja kaunter pertanyaan! hahaha.. :D

sibuk jawab soalan, blog ni aku lupa (disamping tetiba terlupa password!! guna email lain-lain sebab ada sakit mengada-ngada masa awal-awal buat blog ini. haha), diselang-selikan pulak dengan kerja di pejabat, makin terabaikan segala yang lain. cewah! perasan hebat pulak! hahaha..

kadang-kadang rasa best, ada orang appreciate aku dan apa yang aku belajar. rasa bangga diri pulak. padahal ntah apa-apa. jawapan pun, jenis jawapan yang orang boleh tahu dan fikir sendiri sahaja pun.

tapi dalam keadaan bangga diri ni kadang-kadang buat aku rasa takut. orang-orang yang bertanya ni, yakin sangatkah dengan jawapan dan penerangan aku ni? hebat sangat pulak laa aku ni, apa aku cakap dan jawab, betul sahaja dan tidak disoal balas kembali, terima dan percaya bulat-bulat.

takut aku andai aku sudah rosakkan akhlak dan pemahaman sesiapa.

oh jangan risau. aku pun jawab hanya kepada soalan-soalan yang aku rasa mampu jawab sahaja. yang tidak, aku minta pergi tanya kepada yang lebih pakar. aku tidak tahu apa. jawapan aku pun hanyalah benda yang mudah difikirkan dan boleh kau jumpa dalam mana-mana buku. aku tak tahu apa pun. tapi aku sangat menghargai kamu-kamu yang bertanya. terasa dihargai. :)

tengok email.

dapat satu soalan. mencabar. bukan soalan sangat pun. lebih kepada bentuk pernyataan sahaja. lanjutan dari status fb aku. berkaitan dengan takdir, rahsia Allah. seram. aku tidak jawab sehingga sekarang.

mungkin sedang disumpah-sumpah oleh yang bertanya itu. dah tiga minggu, aku biarkan sahaja. aku tidak mahu menyebarkan ajaran sesat. tidak mahu menyumbang kepada statistik.

antara lelaki dan perempuan

betul atau tidak.

lelaki. bila nampak makwe atau isteri atau tunang kawan dia adalah baik, cantik, bijak, sopan, lemah lembut, tertib, pandai masak, pandai ambil hati, etc.... diorang berharap agar dapat makwe atau isteri atau tunang cam kawan diorang dapat tu.

perempuan. bila dia nampak pakwe atau suami atau tunang kawan dia adalah baik, kacak, bijak, hormat, membantu, pandai ambil hati, penyayang, bertanggungjawab etc.. diorang terus nak lelaki berkenaan!

kawan aku tanya pasal perkara ni. aku diam. tak tahu. takde pengalaman. setakat ni, aku belum pernah memerhatikan mana-mana pakwe atau suami atau tunang orang.

tunang dia, berjaya diambil oleh seorang perempuan yang pandai menggoda. katanya. aku tidak tahu detail kisah rampasan itu. takut mahu ambil tahu.

apa yang boleh aku katakan hanyalah. jodoh kau masih belum sampai la tu.

jujurnya, setakat ini.



aku hanya fokuskan perhatian aku pada makanan, dengan penuh perasaan.



oh! baju-baju yang cantik juga dapat perhatian rakus aku.

hahahaha...



come to mama.. yuummmyyyyyyyy...

14/10/2011

menerima lebih baik dari terlalu banyak sangka

baru teringat untuk menampal sebaris ayat kat blog nih. ayat yang sangat aku suka. ayat yang buat aku berfikir. yang membuatkan sesiapa pun kembali berfikir. ayat terjemahan dari Surah Al-An'am.

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkannya"

ye laa... kadang-kadang, asyik terfikir dan terbawa-bawa sangat, kenapa semua benda nih jadi kat diri. macam-macam sangat! sampai kadang-kadang rasa dah lost sangat. dah takde harapan sangat dah. kenapa aku yang kena tempuhi semua-semua ni.

bila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita terima ia sebagai salah satu ketentuan dariNya. sebagai umat, sebagai hambanya, tidak baik kita mempersoal dan mempertikaikannya. qada' dan qadar dari Allah, itu adalah kehendaknya.



sebaiknya, itulah cara saya memujuk hati saya.

12/10/2011

hidup orang, jangan dipaksa

aku. sedaya upaya ingin lupakan segala pengalaman yang tidak best semasa zaman sekolah. aku elakkan diri dari mereka yang menjadikan zaman sekolah aku sangat menekan sehingga aku tak sabar-sabar nak habis sekolah. tak sabar-sabar tak mau nampak mereka lagi.

semakin zaman bertambah dan berubah, seiring usia aku, aku berubah. aku tidak terlalu memikirkan lagi hal-hal tersebut. perkara yang lalu, biarkanlah. teruskan sahaja langkah kaki aku ke depan.

tapi, dah namanya pun kawan-kawan, walaupun bukanlah kawan-kawan yang memang kawan aku, entah macamana, aku masih bercakap juga lagi dengan mereka, walaupun hati aku pernah sakit, hidup aku pernah suram kerana mereka.

bila mereka menegur dan merequest friend dengan aku di fesbuk, aku kembali berkawan dengan mereka-mereka itu. takkanlah aku nak memaki hamun mereka pula, iye dak?

aku terima permintaan mereka, aku kembali berkawan dengan mereka. dengan anggapan, yang mereka lupakan dan takkan buat lagi, apa yang telah mereka lakukan pada aku, betapa sakit dan malu dan tertekannya aku akibat perbuatan mereka.

tapi. tanggapan aku salah. mereka tidak lupa, malah masih membuat perangai dengan meninggalkan komen-komen yang memalukan di wall aku atau wall kawan-kawan lain.

aku tertanya-tanya. tidak terfikirkah mereka itu, kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup aku, sehingga mereka ulang lagi kini? kalau dahulu, bolehlah nak cakap, tengah zaman budak-budak, apa sangatlah yang faham. tapi sekarang ni, yang mana ada antaranya yang telah menjadi bapak budak pulak? nak cakap apa pula?

dengan kawan-kawan ini. susah. kalau salah, tak boleh marah, kalau betul, tak boleh nak ditumpang. bila ditegur, mula laa dengar cerita-cerita karut yang entah apa-apa, yang pelik-pelik dan entah dari mana datangnya.

serius aku tertanya-tanya. apa laa yang susah sangat mereka nak biarkan aku hidup dengan cara aku. takkanlah selamanya kau orang nak memerhatikan kehidupan aku ni. percayalah. walau apa pun yang kau orang buat, cakap dan lakukan, aku tetap takkan terima kawan korang yang sorang tu dalam hidup aku. bila orang dah tak mahu, janganlah kau paksa-paksa.

biarpun aku hidup sorang sehingga sekarang, aku okay je. kalau tetiba aku dah terasa nak hidup berkeluarga sendiri sangat, jangan risau, family aku masih ada untuk tolong carikan jodoh untuk aku. tak perlulah kau orang memaksa aku terima sapa-sapa pun. andai kata jodoh aku dengan kawan kau itu, biarkan ia berlaku sendiri, bukan kerana kau orang yang memalukan dan memaksa aku menerima dia pula.

dahlah kerana kau orang juga, aku pula yang tak pasal-pasal kena hukum berdiri di tengah panas, dituduh menggatal masa sekolah. yang aku tetiba kena rotan? kena ejek? sekarang kau orang nak ulang lagi? tertanya-tanya aku, mana laa perginya otak dan akal fikiran korang. menyesal betul aku.

teringat-ingat aku, betapa aku menangis kat aruah abah, minta tukarkan aku ke sekolah lain, tapi tak dapat. sampai ke sudah aku bersekolah dengan perasaan yang sungguh teruk. huh!

memang laa tak baik mendoakan yang bukan-bukan, tapi, tetiba aku berharap, agar anak kau orang pulak lalui apa yang kau orang buat pada aku, biar kau orang tahu tinggi rendahnya langit!



astaghfirullahalazim...

misteri nusantara

bagus jugak entry aku pasal kucing hari tu.

tetibe aku dapat email dari budak junior masa sekolah.

email meminta maaf kerana menuduh aku yang bukan-bukan akibat dari kejadian kucing itu.

dia kata, lepas baca entry kucing aku tu, baru dia tau bukan aku sengaja nak baling kucing tu, dia tak tau kucing tu yang dah cakar aku dulu.

sekarang sebab dia dah tau, jadi dia minta maaf.

haha.. lama aku tunggu dia minta maaf, tahun ni baru aku dengar. haha..

tapi.

yang aku paling heran, mana dia tau pasal blog murahan aku ni? kat fesbuk sah-sah aku tak letak. nak kata kawan-kawan bagitau, takde sapa pun tau aku ada blog. takkan dia rajin sangat datang tanya orang opis aku, kot.

kalau main teka-teka je, sangat magik dan sungguh hebat dia dapat meneka dengan tepat blog ini blog aku.

sekarang.

aku rasa cam di alam misteri.

ini hanyalah salah satu dari banyak-banyak perkara misteri yang berlaku kat aku dalam tahun ini.



aku nak jual cerita misteri ni kat majalah mastika, agak-agak, laku tak? hihihihii...

27/09/2011

niat yang betul, elok juga diteruskan

akhirnya..

hari yang ditunggu-tunggu dah tiba dan dah lepas.

bukanlah hari apa sangat pun. hari konvokesyen/graduasi sahaja.

tak sangka. dapat jugak masuk 'U', walaupun dah lewat begini. lewat tak lewat sangat, lewat jugak la, sebab kawan-kawan sebaya yang lain konvo second degree, aku baru first degree. ah! janji dapat jugak belajar dan habis belajar. peduli hapa aku! ha ha ha.sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang boleh aku banggakan dengan diri aku sendiri. kan?

bila dah dapat degree nih, kena laa aku belajar mengawal kemarahan dan ketidakpuasan yang ada dalam diri. dah tak boleh nak jujur dan berterus terang sangat. ni pun tadi, belum pape, dah dengar orang kata sesia aku belajar kalau masih nak marah.

dah kalau memang salah, memanglah kena marah, takkan aku nak bagi hadiah pulak kot! eh! termarah pulak!

mungkin kalau ikut pendapat mereka, aku rasa, pasni kalau aku kena lempang tak pasal-pasal tanpa sebab pun, aku perlu diam dan biarkan sahaja serta tersenyum. aku rasa laa. tak boleh menjawab atau melawan, nanti dikatakan tidak berguna.

eh. melalut pulak. sebenarnya. apa yang aku nak katakan ialah, kalau ada niat dan perancangan yang baik untuk diri dan masa depan sendiri, dan kalau mampu dibuat - go for it, babeh! kalau berjaya, alhamdulillah, kita yang untung dan ganjarannya adalah manis untuk kita. kalau gagal sekalipun, tiada apa yang perlu dikesalkan, kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan berusaha membuat yang terbaik dalam hidup kita.

sebab, di akhir hari, kita akan merenung dan berfikir, apa yang kita dah capai dan buat dengan hidup kita sehingga setakat ini. kalaupun bukan kepada orang ramai, tetapi kepada diri sendiri dan tentulah kita mahu puaskan hati kita juga, bukan? mungkin perkara ini tidak teraplikasi kepada orang lain, tetapi, bagi aku, itulah yang aku lalui dan fikirkan.

rezeki, untung rugi nasib masing-masing siapalah yang tahu. janji teruskan langkah kepada yang telah difikir dan dirasakan lebih baik untuk diri sendiri. kita acuan dan hasil kesungguhan kita sendiri, bukan? tetapi, fikir dan buat keputusan yang tepat mengikut kemampuan sendiri sebelum ambil keputusan tersebut. membuta tuli pun bahaya jugak. silap langkah, memang sah-sah buat rugi diri jugak tu. risau pulak ada yang mati pegi bunuh diri sebab tension! ha ha ha...

aku nak ucapkan selamat berkonvo kepada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang akan berkonvo jugak beberapa minggu lagi dari sekarang, dan selamat berjaya dan selamat belajar pada lain-lain yang tengah belajar lagi. sesama kita banggakan diri kita sendiri.



okeh! sekarang nak konsentret. nak isi borang carik keje lain, yang lebih 'in', kata orang.

keh! keh! keh!

rasanya, kehidupan kita telah ditentukan jalannya

beginilah. mari kita mudahkan kehidupan kita semua.

saya sedang menjalani kehidupan saya seindah, setenang, sebaik dan sehebat mungkin; mengikut apa yang telah direncanakan olehNya untuk saya.

tidak perlulah anda yang entah siapa-siapa menentukan atau memberitahu apakah yang perlu saya lakukan dengan kehidupan saya ini.

saya akui kehidupan saya tidak sebaik dan tidak semeriah anda yang hebat, tetapi, saya syukur dan berterima kasih atas segala yang ada dan berlaku dalam kehidupan saya.

saya tidak mendapat segala yang terbaik dalam hidup saya, tetapi saya berusaha menjadikan segala yang saya ada supaya menjadi sesuatu yang terbaik, biar tidak pada orang, tetapi pada diri saya sendiri.

ah! teringat juga saya. manusia memang suka memperkatakan tentang kekurangan dan kelemahan manusia lain, sebagai menyembunyikan kelemahan mereka sendiri. mengetahui kelemahan dan kekurangan orang lain dan berkata-kata mengenainya memang mampu menjadikan diri mereka sangat superior, dan orang yang diperkatakan dan diperlekehkan, tahap inferiority mereka pula menjadi superior.

tak apa. teruskanlah berkata-kata. kerana hidup saya setakat ini, alhamdulillah, berani dan yakin saya katakan bahawa, senang saya bukan kerana anda, dan susah saya juga bukan mengganggu anda. keluarga saya banyak membantu saya. dan Pencipta saya menentukan yang terbaik dalam hidup saya.

wallahualam.



tetapi sangat herannya saya. kenapa anda begitu berminat dengan kehidupan saya?

23/09/2011

sayang blogku sayang

aku ni. memang tak paham betul. adakah tahun ini, tahun hati dan perasaan aku dipermain-mainkan oleh komputer?

aritu entah setting apa aku kacau, abis blog aku tak boleh beralih ke barisan seterusnya, abis semua jadi satu line aje.

sepanjang raya ni pulak, semua entry yang aku da type, tak boleh dipublish pulak. aku type kat dalam word, nak kopipes aje, pun sama tetap tak boleh publish.

ni, entry ni. aku cuba entah untuk yang ke berapa kalinya entah, di samping bantuan pakar, kalau tak boleh publish jugak, memang aku pau adik aku, sebab nak beli komputer baru (walaupun mungkin bukan salah komputer nih!!!). hahaha.

kalau boleh publish, maksudnya, aku (dan pakar tersebut) memang hebat dalam perkara-perkara melibatkan penyelesaian masalah, komputer bukanlah soalnya. hahaha.


teruk betul aku ni. dengan komputer pun nak ajak gaduh!

05/09/2011

kembali ke pejabat dan sekolah

hari ni dah start kerja, selepas lama bercuti menyambut aidilfitri.

dari pemerhatian yang dilakukan, secara rawak dan puratanya, masih ramai yang belum mula bekerja.

mungkin memang cuti lama. atau. mungkin dah lupa jalan ke pejabat.

hahaha.

nampak sangat aku dengki sebab aku takde kampung, jadi tak boleh cuti lama.

hahaha.

bertanya mestilah sebab mahu jawapan, kan?

aku mungkin dikatakan anak saudara yang bermulut jahat. ada sahaja jawapan aku bagi setiap kali pakcik makcik sepupu dan ntah sapa-sapa lagi bertanya.

dah tanya, tentu la jawab, kan? tapi apsal setiap kali aku jawab, orang asyik cakap aku ni menjawab je keje, ada je jawapan?

ke tujuan bertanya sebenarnya adalah sekadar betul-betul untuk bertanya je, tak perlu jawapan?


letak tepi soalan retorik, soalan perli, soalan mengata dan soalan yang berbentuk tak perlu layan. yang tu aku tau beza lagi.


haha. okeh aku tipu, aku tak pandai sangat nak kesan atau bezakan soalan. haha..


kadang-kadang, soalan yang tak perlu dilayan, aku layankan jugak, atas alasan menghormati yang bertanya, atau, sekadar sebab nak melayan dengan baik atau sekadar sebab tak nak malukan orang. walaupun orang berkenaan amat membencikan.


ish. kalau dengar, macam baik sangatnya laa pulak aku ni, kan?! haha...

yang aku tahu dan faham sejak dulu, soalan ada jawapan, jawapan ada soalan.

ke, turutan tersebut telah berubah? bila masa berubahnya? ish! tak peka dengan keadaan dan zaman betul aku ni.

dah ditanya, 'mana yang sorang lagi na?' sambil tersenyum tersengih perli, tentulah aku jawab yang sesesuai-sesuainya - 'ntah. yang sorang lagi mana satu?' aku rasa betul la jawapan aku tu. sorang sapa yang korang maksudkan? kenapa perlu sengih sampai begitu?

tapi tak semena-mena aku dikatakan memperli semula dan tidak mahu melayan makcik aku. eh? bila masa pulak aku perli? kalau tak mahu layan, buat apa aku bercakap dengan dia tadi?

habis semua balik, baru aku tau, rupanya 'sorang' yang makcik aku maksudkan tu ialah, pasangan. lain kali cakap la betul-betul, cakap bahasa simbolik-simbolik ni. memang harap maaf laa aku nak paham sangat.

tapi yang paling aku tertanya. kenapa saudara mara ni, pantang nampak yang muda-muda, mesti asyik sibuk bila diorang nak hidup berpasangan? seolah cam dah takde tujuan lain dalam hidup ni. lepas tu, akan ada soalan-soalan lain lanjutan dari soalan tadi.

malas betul aku nak layan soalan-soalan yang menguji minda camtu. kadang-kadang, sampai naik malas nak jumpa saudara mara sebab soalan-soalan camni la.



selamat hari raya, mak itam! makan elok-elok, jangan sampai terjatuh lagi gigi palsu tu. :D

26/08/2011

beraya di kutub

kat opis ni. sejuk betul! dah macam kat kutub dah. semua orang yang berkampung dah habis semua balik kampung. tinggal la mereka-mereka yang tak berkampung atau kampung dekat-dekat aje lagi yang ada kat opis ni.

ada sesapa nak ajak aku raya kat kampung dia? eh! tak malu betul aku ni! huhuhu... :D

sebab dah sejuk sangat, cakap pun dah cam ada nampak hembusan nafas. dah macam kat obersi. abih stoking ngan baju sejuk aku pakai.


macam berada di perantauan pulak rasanya. keh! keh! keh!


oh! sebenarnya. aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. semoga raya tahun ni penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. tapi jangan sampai lupa lain-lain perkara dan ibadah yang perlu ditunaikan juga. makan jangan la sampai boleh jadi obes. memandu tu, berhati-hati. duit raya jangan lupa masuk dalam bank sikit. hehehe...

eh lupa. kepada yang takde kampung (cam aku), rilek. raya kat bandar pun meriah juga (pujuk hati sendiri). memang kurang meriah berbanding di kampung, tapi masih meriah. selagi masih berada dan berkumpul bersama family. mesti meriah punya la!


apa-apa pun. selamat hari raya pada semua! semoga kita masih diberi peluang untuk menyambut raya lagi tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.


jap lagi nak pegi merayap. carik baju raya. biasa la. shopping last minit baru la happening! keh! keh! keh!

duit raya penting betul!

aku dah buat keputusan nekad.

duit raya tahun ni (aku ada peluang dapat duit raya lagi ke nih?? huu..) aku dah berazam. nak guna nak buat beli Wii.

hahaha..

okeh dak?

orang lain dah muak main, aku baru nak beli.

hahaha...

okay la kan, tak yah menumpang orang lagi. boleh laa aku pulak nak 'ek' ngan orang lain.

keh! keh! keh!

19/08/2011

pagi yang hening dan sejuk. gggrrrrrrr...

aku ni bukanlah anti binatang. aku suka binatang, terutama yang boleh dan halal dimakan. aku juga suka membeli binatang yang boleh dan halal dimakan terutamanya yang telah siap disembelih dan disiang.

TAPI!!!!

aku memang tak suka kucing. bukan aku geli atau takut atau apa, cuma aku tak suka. tak tau la, tapi memang tak boleh nak suka kucing.

walaupun kucing adalah binatang yang Nabi SAW suka dan sayang (betulkan aku kalau aku silap, sebab aku memang tak pandai dan bercakap kadang-kadang berdasarkan ingatan dan fakta yang tak berapa betul), tapi aku memang tak boleh suka kucing.

sebab kucing sangat suka membuat kawasan persekitaran seperti tandas yang sangat besar dengan membuang bahan-bahan buangan sesuka hati dan dimana-mana sahaja yang mereka mahu malah membuat aktiviti tersebut walaupun dengan kehadiran orang ramai.

eh. semua binatang pun macam tu, kan? ada ke binatang yang tak macam tu?

ini adalah kerana bagi aku, kucing ni memang melecehkan. suka sangat membuang najisnya ngam-ngam depan tayar kereta aku. sudahnya, aku kena susah payah kemaskan baru boleh keluarkan kereta. kena pulak tukar baju lain pulak, baru boleh pegi kerja.

yang menyebabkan aku sampai nak buat entry ni adalah - kejadian tingkap. malam semalam, aku tido kat bilik mak. saja. mengada. pastu, pas sahur, masuk bilik, tuu diaaa... ada kencing kucing pulak kat tingkap! sudahnya, cam nak putus nyawa aku dok tahan napas sepanjang solat ngan nak bersiap pegi kerja. haduii laa...

satu hal pulak nak kena kemaskan balik kerja nanti. takkan pagi-pagi buta ni aku nak kemaskan. dengan nak pegi kerja lagi, dah la bulan puasa ni jalan sesak yang amat. tak sanggup aku dapat kaler merah kat punch card gara-gara bahan buangan kucing.

aku ingat lagi. yang menyebabkan aku paling-paling dan sangat-sangat tak suka kucing adalah tragedi masa aku form 5. aku duduk asrama. masa tu nak solat isya', aku kat tepi, ngam-ngam tepi pintu. kucing ni masuk surau, kat tempat aku berdiri nak solat dan dia berenti dan duduk kat tempat aku nak sujud. takkan aku nak biar pulak kucing tu depan aku. gila ke apa aku nak sujud kat kucing! jadi, aku amik la kucing tu nak letak kat luar. ntah apa masalah ntah, tengah aku pegang kucing tu, baru je nak membongkok nak letakkan dia, dia pegi cakar tangan aku! aku terkejut la, terus la aku tercampak dengan tanpa segan silu lagi menatang kucing tu. bukannya aku ada picit ke apa ke kucing tu. pegang elok je. apa lagi, penonton-penonton kejadian terutama pencinta kucing yang tak tau apa jadi sebenarnya, terus la marah dan mengutuk 'kekejaman dan kezaliman' yang aku dah lakukan tu. siap ada sorang ni, budak form 3, aku kenal dia dan aku ingat lagi, dia siap nangis siap cakap 'akak tau tak kucing binatang kesayangan Nabi???'

hah! tu diaa... aku pulak yang salah. cam laa aku ni bodoh sangat tak tentu hala nak main baling dan campak je binatang kesayangan majoriti penduduk dunia tu sesuka hati aku.

dah sebab aku pulak sensorang je. kena maki hamun umpat keji caci hina apa semua boleh kata dengan hampir semua penghuni asrama masa tu, aku diam aje la. cakap karang, aku jugak yang kena. beberapa bulan jugak laa, aku kena perli pasal hal kucing tu. nampak aku je, semua ke tepi, konon takut kena pukul la konon-kononnya. macam-macam lagi la. bengang betul aku. last-last, kawan aku buat announcement kat surau pasal hal cakaran tu. baru la diam sikit. tapi bagi pencinta tegar kucing, aku masih tetap lagi seorang yang sangat bedebah laa. huh!!

sejak tu. memang aku anti betul dengan kucing. sampaikan hello kitty pun aku ban! hahaha... anak sedara aku nangis nak bag hello kitty, aku buat tak tau, aku bagi dia pizza je. tak hingin aku habiskan duit demi kucing.

eh. tapi aku pun turut kecam pendera kucing dalam video yang kecoh kat pesbuk ngan yutiub tu tau. tu melampau sangat. tidak la sampai aku ni jadi tak berhati perut pulak. ish!

jadi tu la sedikit sebanyak perkara yang menjadi pencetus kepada ketensionan aku hari ni. sebab itulah juga, rehat nanti aku berazam nak keluar jalan-jalan carik baju raya. selagi tak jumpa, selagi tu tak mau balik opis! hahahaha... iye laa sangat. sapa pulak nak pegi masuk mesyuarat aset nanti, iye dak? keh! keh! keh! tak pasal kena marah ngan boss pulak.

alaa boss. bulan puasa ni. memang la tak produktif sangat. kena imbang boss. keh! keh! keh!

alamanda sale ni. moh kita reramai pegi sesakkan lagi alamanda tu. hahahaha... baru laa terserap feel raya. puasa penuh tak penuh, letak number 2 kejap, janji dapat cuci mata dulu. eh. kat kompleks pkns dan kawasan sekitar pun ada sale. nak pegi jugak.


kereta da takde, bas tak reti naik, berangan nak pegi merayap. tak guna betul! cheh!

15/08/2011

dugaan tido memang paling tak dapat lawan time posa

hari ni. mengantuk betul. tahap produktiviti memang rendah.

eh. pernah ke pun aku mencapai tahap prestasi dan produktiviti yang membanggakan pun? eh!

siap sampai da lawan menguap ngan memember sebelah.

dalam lif pun sempat lelap mata jap. padahal aras 1 ngan 3 bukan jauh sangat pun.

tengah berjalan, menguap. tengah tunggu lif, menguap. nak pegi toilet, menguap. dah masuk toilet pun menguap! kena pulak pastu toilet rosak, menapak pulak pegi aras lain. pergghh! memang mencabar.

sambil menaip ni pun aku da 3 kali menguap. gaya cam dah 6 tahun tak tido.

pusing belakang, jenguk kiri kanan, tinjau ke depan, memember lain banyak yang tengah ala-ala bertafakur kat meja. nasib takde muzik iringan. keh! keh! keh!

okeh! sekarang turn aku lak. tapi aku nak pegi menyorok dalam stor, tido jap dalam beberapa minit. stor la, baru la syyiiooookkk... keh! keh! keh!

aku rasa beberapa minit, cam tahyul. mungkin akan cecah jam jugak. ha! ha! ha!

harap-harap bos tak carik. alah! bos pun sure ngantuk punya la. kot tak, takkan pintu bilik dia bulan posa nih asyik tutup jee.

dah! dah! nak pegi ngular jap. sementara ada masa sikit nih.


1. 2. 3. ready! set! *gelap*



p/s : btw. err.. bonus da masuk, yeaa.. begitu juga dengan utilities bill. bersedia menunggu untuk dibayar. dem! tak sempat buat apa-apa dengan bonus. hhhmmpphhhh!!!!

12/08/2011

keseronokan mengenai ilmu hitam

aku tak tau la. apakah yang menyebabkan penggunaan ilmu hitam ke, sihir ke apa ke sangat menjadi pilihan utama orang-orang yang spesies dendam amarah ni. hebat dan best sangat ke dapat menganiaya orang lain dengan benda-benda macam ni?

dalam zaman dah maju penuh teknologi letup-letup sana sini, siap boleh komputer bercakap la apa semua bagai, ada jugak lagi manusia perangai camni.

eh. mestilah ada. kot tak, takkan la aku buat entry camni, kan? haa.. haa.. haa.. :D

kemon laa! kemon! grow up! kalau dah memang salah sendiri, terima aja lah. cuba belajar terima diri sendiri yang memang dah salah dan buat salah. aku buat salah, aku mengaku dan terima je. takde apa pun jadi kat aku. malah, buat aku belajar. aku memang tak sempurna, sebab tu kesilapan dan kesalahan aku, aku terima je sebab dah memang aku yang salah. nak salahkan orang lain pun buat apa. bukan boleh buat jadi aku kaya pun. buat jadi lagi tak tenteram ada.

ni. sikit-sikit nak sihir. sikit-sikit nak black magic. apa ni? apa perangai ni? dah besar, dah jadi mak bapak budak dah pun, tapi otak macam takde. susah sangat, amik otak tu, campak. buang masuk longkang. camana la hidup kau ni. cam takde pegangan.

kalau sekadar nak ugut ke apa ke, mungkin boleh terima lagi. tapi benda-benda ilmu-ilmu ni, aku memang tak boleh faham. seronok ke? kau tak fikir pulak kan yang orang tetap boleh tahu kau buat camtu pada mereka. dan tidak mustahil perkara-perkara tersebut berlaku atau berbalik pada kau semula. kalau tak jadi kat kau balik pun, jadi kat keluarga kau. bila dah jadi camtu, baru kau tahu langit tinggi rendah.

kalau betul kau guna otak kau, tentu kau sedar, apa yang kau dah buat. dan kau nilai dan renung, kesan daripada tindakan kau. ni, buat hal pandai, tanggungjawab atau kesedaran takde. orang camni la yang buat dunia ni makin sesak.

eh, tapi kalau semua orang fikir kesalahan, polis takde la keja nak buat, dah semua orang baik, takde jahat, kan? susah jugak. hee.. hee.. hee..

selalu kau cakap, jangan ikut perangai setan. abih, perangai kau ni, mulia dan terpuji sangat la. kau sendiri pun dah macam setan dah perangai. tak yah la nak cakap lebih. kedek selalu kata, 'bodoh tu biar la berpada-pada. jangan tunjukkan sangat kat orang. malu. simpan sikit bodoh tu'. aku rasa sekarang aku faham maksud kedek.

kalau kau betul, tak perlu risau, apa jadi pun, lambat laun, perkara yang betul akan diketahui juga. buat camni, apa kau dapat? lagi teruk, buat kau jadi tak percaya hukuman dan balasan dari Allah. cuba la kau jadi yang yakin dan percaya dengan hukuman dan pembalasan dariNya. nanti abis dah, semua orang dok nak black magic semua orang. apa lagi yang tinggal.



aku nak tukar kerja pasni. jadi bomoh. sure aku cepat kaya. banyak orang nak disihirkan. kau nak ikut?

11/08/2011

keranamu handbag

sebagai seorang pegawai. aku rasa, mereka perlulah tahu apakah yang perlu dimarahi atau ditegur. bukannya main herdik jerit jerkah apa semua bagai bila lihat ada sesuatu yang tak betul yang dilakukan oleh kakitangan bawahan.

kamikan kakitangan bawahan, sebab tu la selalu buat salah, kamikan tidak bijak seperti anda. andakan bijak pandai, sebab tu la sangat hebat dan jadi pegawai... kkkaaaaannnnnnn???

tapi. memarahi kakitangan hanya kerana kakitangan anda itu tidak pandai melaram, melawa dan mem'vogue'kan diri seperti anda, aku rasa kesian betul dengan kau. dahlah kau marah-marah di khalayak ramai, tak pasal-pasal diorang dah pandang kau ngan kakitangan kau tu semacam aje da! bukan berat pun salah dia, dia tak pakai handbag aje pun, tapi pakai bag sandang je.

mestilah ada sebab kenapa dia tak pakai handbag. takkan la dia suka-suka. tetiba terus marah, aku rasa kena gangguan mistik nih!

walaupun yang kena marah tu bukan aku tapi kawan aku, si diba, dan yang marah tu bukan pegawai aku tapi pegawai kawan aku. aku turut terasa kecik hati jugak.. sebab.. sebab.. aku pun pakai bag sandang gak.

nasib baik hampir semua pegawai kat pejabat aku sama spesies ngan aku, pakai bag sandang. tak laa aku kena marah. keh! keh! keh!

nasib baik kawan aku muka cun, bila dia kena marah tadi, semua orang (termasuk aku) kat tempat parking tu rasa kesian dan simpati kat dia lalu mengecam dan menggeleng kepala tengok pegawai berkenaan. terus ada brader cakap, 'menopaus la tu'. keh! keh! keh! sempat lagi tu.


kejap lagi nak ponteng jap. nak ajak si diba pegi beli handbag. jenama jurulatih ke, teka ke, apa ke. bos aku rilek je, bulan puasa ni, memang tahap produktiviti berkurangan. diorang pun asyik ngantuk je.

eleh boss. saya nampak boss tersengguk-sengguk ngantuk, tau. tak baik tipu bulan puasa ni tau. keh! keh! keh!

okay boss. gua gerak dulu! ada papa. lu kol aje gua. tengok ar, kalu rajin, gua gegas2 la balik opis, kot tak rajin, gua abiskan masa carik bag dulu.



oleh sebab aku turut terasa tadi, aku pun nak carik handbag jugak laa. baru la terserlah gaya kewanitaan sejati. haa.. haa.. haa... :D

10/08/2011

mengenai kemahuan berbuat jahat

aku tak tahulah dengan orang lain, tapi kalau aku, bila aku nak buat jahat atau salah yang terlalu melampau atau membencikan, aku selalu tetiba terfikir apa akan orang sekeliling cakap mengenai mereka-mereka yang penting dalam dalam hidup aku. contohnya. tiba-tiba aku terasa nak mencuri. sebelum aku nak mencuri, aku automatik akan tetiba terfikir, 'kesian mak aku. tak pasal-pasal malu muka ada anak mencuri'. terus membuatkan aku patah selera untuk mencuri.

tapi aku rasa mencuri hati dan perasaan mungkin perkara berbeza. keh! keh! keh!

sebab juga, aku tak mau terhasilnya skrip, 'kau tengok anak dia tu, pencuri tu! mencuri kat pasar malam. apa nak jadi ... bla.. bla.. bla.. camana jaga anak ntah.. bla.. bla.. bla..' siap lagi, tetiba ada tambahan lain-lain perkara yang mengarut sebagai perencah buat sedap rasa. kesian mak abah aku. kesian adik beradik aku. kesian cikgu geometri. tak tenang mereka-mereka semua.

bila aku berkeputusan nak buat jahat, aku lebih senang buat jahat kecil-kecilan yang senang dan segera dapat pengampunan seperti menyorok laporan kawan aku, biar dia jadi tak tenang dan kena buat laporan sekali lagi, masa dia tengah susah payah nak buat semula laporan tu, baru aku bagi balik laporan dia yang aku sorok tu. bila aku tengok kawan aku membebel akibat perbuatan aku tu, aku akan gelak dulu sebelum aku ajak dia pegi makan. hahaha. setan betul! eh! of kos laa aku yang belanja, celaka sangat laa kalau aku yang buat jahat, tapi kawan aku yang belanja pulak.


sebenarnya boleh je aku terus ajak pegi makan, tapi tak tau la, kenapa mesti nak buat camtu jugak dulu. apa masalah ntah. penyakit, kot.

eh. sebenarnya aku nak cakap pasal hal yang satu ni je - bila kau nak buat jahat yang sangat membencikan dan terlalu melampau, janganlah kau nak salahkan orang lain pulak atas kejahatan yang telah kau lakukan. dan kau nak memarahi pulak orang yang mengambil tindakan ke atas kau. kau nak marah orang yang bagi tatatertib kat kau tu sebagai takde perasaan kesian kat kau. abih, yang kau buat hal sampai mereka pulak kena buatkan tatatertib untuk kau, kau tak fikir kesian pulak? ingat seronok nak bagi tatatertib kat orang?

pastu nak ugut-ugut pulak. siap nak santau la, ilmu hitam la apa semua bagai. ish. berenti jadi penjahat la. tak sesuai betul cita-cita kau nak jadi penjahat tapi asyik salahkan orang ramai pulak atas kejahatan kau. tak berkaliber langsung kau ni. takde ciri-ciri penjahat sejati. aku cadangkan kau pegi main konda-kondi aje la. bila kalah, boleh pukul sebab tak puas hati.

dah la aku ni pun boleh tahan setan jugak perangainya, terus aku rasa serba salah buat entry ni. memang menyusahkan betul!

29/07/2011

semalam di kedai mamak

kejadian 1 :

gadis : bang. sini ada orang duduk tak?
lelaki itu : takde.
gadis : saya amik kerusi ni, boleh?
lelaki itu : kejap lagi kawan saya nak datang. tak boleh lah.
gadis : takpe lah bang. terima kasih.

tak sampai 2 minit kemudian.

awek cun : bang, kerusi ni ada orang duduk tak? saya amik, yea... (sambil terus tarik kerusi)
lelaki itu : takde. amik lah.

gadis terpandang lelaki itu. tetiba..

lelaki itu : takkan nak bagi awek seksi cantik carik kerusi susah2.
gadis : owhhh....

boleh pulak cenggitu, yea.. hakikat adakalanya memang kejam untuk diterima. haaiiiissshhhhhh!

kejadian 2 :

tipah : kenapa? peniti ke?
aku : peniti?
tipah : ha'ah laa.. dapat peniti ke?
lebai : mana pulak. penalti laa.
tipah : haa. yang tu laa. tersilap la (sambil gaya kak kiah)
aku : owhhh....

ina dan kedek takde perasaan. diorang terus menerus fokus tepat kat tibi. segala yang berlaku umpama sapaan angin je. sambil menyuap rakus french fries ke dalam mulut.

26/07/2011

hi. how are you? memang bedebah!

aku insaf.

oleh sebab aku dah terkena, maka aku tak mahu orang lain terkena. susah aku kena format laptop je keje. nah! kepada mereka yang lain-lain, agar tidak terkena dan kalau dah terkena, buatlah apa yang ada dalam link-link aku attach ni. sesama la kita menyampai-nyampaikan khidmat bakti demi facebook, twitter yang selamat dan cemerlang serta tidak menjahanamkan laptop sendiri atau pc opis.

sekian terima kasih!

http://hazissac.blogspot.com/2011/07/apakah-virus-hi-how-are-you-dan-cara.html

http://www.myglobalnetworks.com/index.php/2011/07/20/virus-hi-how-are-you-serang-facebook/


atin! menjawab persoalan kau, aku letak link tu memang camtu sebab aku tak tau tukar! sekian. hahaha.

16/07/2011

kasut tumit memang cantik. tapi...

hari ni satu lagi perkara yang aku baru tau.

bila kau perlu untuk membuat aktiviti berdiri atau berjalan yang lebih dari satu jam -

adalah sangat tidak sesuai memakai kasut tumit tinggi.

dia punya sakit dan seksa nak tahan.. perrgghhh!!!! memang tak tertahan dan tak tertanggung!

dah macam king kong dah gaya jalannya. huduh betui!!

eh... ke aku sorang je yang jadi camni?!!!

hahaha.

ketinggalan betul aku ni. kan dah menderita. hahahaha.

kalau laa dapat urut.. peehhhhhhh... memang sedap arr....



maaaakkkkkkkk.... tolong urut... hehehehehe... :D

petang itu.. mengajar terlalu banyak perkara

pernah kau rasa, cam, tetiba kau tak berdaya sangat.

tak kira apa kau buat, kau memang tak mampu nak buat apa-apa pun.

terus rasa yang macam 'terus tak tau nak fikir apa' dan 'terus tak tau apa nak buat'.

kau cuba, tapi sangat nyata yang memang dah tak boleh sangat.

kau rasa nak nangis, kau terlalu sebak, terlalu takut dan terlalu dah tak mampu nak fikir.

semua orang pun terus-terusan tetiba mengatakan kau yang memang salah dan bodoh dan bangang sedangkan kau sedang berusaha, tapi usaha baru separuh berjalan, tiba-tiba dituduh tak berguna?

kau tiba-tiba rasa cam ada sesuatu yang sangat menusuk jauh ke dalam jantung kau, sampai kau tertunduk-tunduk menahan perasaan tu?

kau bersendirian di kalangan orang ramai yang faham tapi buat-buat tak faham dan menidakkan kesulitan kau pada masa tu. seolah kau sengaja mencipta kesulitan itu.







dan. yang paling sesak, baru kau sedar, orang sekeliling kau yang kata diri mereka 'akan bantu', sebenarnya hanya cakap sahaja.

03/07/2011

bagi kawan-kawan aku, aku mungkin boleh menang raja lawak...

kejadian 1:

diorg 1 : cite best... ko tak yah risau... sure berbaloi.. ko tak caya, tengok..
aku : green lantern ke? aku nak tengok tu. kl gangster ke.
diorg 3 : cite melayu.. mengada ko nak lantern lantern..
aku : kl gangster??? nak!! nak!! nak!!
diorg 3 : ye laa... ish!! tak paham2 dia ni...
aku : hehehe... :p

diorg 2 beli tiket..

diorg 2 : nah.. pegang sendiri.. (sambil hulur tiket)
diorg 1 n 3 sengih sengih...
aku : tgk tiket... haaaahhh???!!! 'sekali lagi. 6. L10'

diorg 1 - 3 : dah jom cepat.. nak tengok 'kl gangster' hahahaha...
aku : tak guna punya kawan.. kurang-kurang bagi laa rasuk!!!

diorg 1, 2 dan 3 sangat seronok gelak sebab berjaya perdayakan aku untuk kali yang entah ke berapa... hhmmm... dem!!!


kejadian 2 :

aku : mana diorang dapat botol air transformers besar tu??
diorg 1 : tuu... ko tak nampak bertampal besar atas tu... (sambil muncung hala ke kaunter makan minum)
aku : nak... rm7 jee... nak.. murah tu besar siap popcorn ngan air.. banyak tu.. berbaloi woi..
diorg 2 : bape rm ko kata? (ngan muka kurang nak percaya n tertanya-tanya...)
aku : rm7... tu tulis..
diorg 2 : rm7?? ko tengok ke tak ni? (sambil muka tak sanggup nak teruskan...)
diorg 1 : ha'ah ye la.. betul laa.. 7.. ha'ah 7.. sambil sengih.. (apsal dia cam heran je??)
diorg 1 dan 3 tetibe gelak.. aku tetiba rasa tak sedap hati... ada la tu...

sampai turn kat kaunter..

aku : kak... nak botol air ni kak..
kakak kaunter : okay...

kakak kaunter siap2kan botol air...
diorg 1 tahan gelak.. diorg 2 tahan gelak sambil tunduk.. diorg 3 pusing ngadap lain... dem!!! abis aku kena lagi ni!!

kakak kaunter : nah dik...
aku konpiden gila hulur rm10... kakak kaunter menunggu... aku pun tunggu kakak kaunter pulak... setelah beberapa saat tunggu menunggu...

kakak kaunter : dik.. rm16.90, dik...
aku : haahhh??? ohh... yeke?? jap ye kak... (sambil hulur lagi sekeping rm10 ngan sambil muka cover line!!! dem!! ini rupanya... nyesal aku tak pakai spek... hampas!! tulis rapat2 lak tu, mana aku nak nampak!!!)

diorg 3 : ko memang best laa hari ni... hahha...
aku : tak guna laa korang... kasitau laa... malu aku!!!
diorg 1 : hahaha... dah selalu kitorg jee, kali ni ko laa pulak... hahaha...
diorg 2 : len kali, kalu da rabun, pakai laa spek... boleh pulak nak cover2.. haha...

diorg 1, 2 dan 3 gelak cam setan sambil jalan masuk...

takpe... tunggu aku dapat ilmu memperdayakan orang tahap 10... aku bagi balik kat korang!! muahahaha... :p



nasib baik cerita yang boleh layan gak... 3 bintang dari aku... ohoooiii.. hooiii....

rancangan hari ini

hari ni ingat nak pegi jalan-jalan.. saja je... amik mood sebelum mula kerja balik besok.. dah cuti lama, dah naik seronok, nak kerja balik, liat laa..

tapi tak jadi pegi jalan... malas.. hari pun cam nak hujan.. lagi laa buat jadi alasan kepada kemalasan...

jawabnya.. jalan-jalan dalam bilik, berlingkar atas tilam empuk jee...

silap-silap bukan setakat dapat pegi jalan, siap dapat berlayar ke alam mimpi!! haha... naik kapal lagi... haha..



sebenarnya aku dah jammed sesangat, tak tau nak buat apa... hahaha...

02/07/2011

perkara pertama selepas abis sekolah?!!

mak kata...


'dah habis ni, nak buat apa?'


aku jawab...


'biasa laa... cam biasa... takde apa... carik keje lagi menjamin masa depan..'


mak kata lagi....


'sekarang carik 'abang' aje laa... buat yang tu laa pulak'


aku kata lagi...


'..................................' - tak mampu kata apa lagi...




terkejut aku!!! haisshhhhh....

hari itu tiba jua...

alhamdulillah...

hari ni last exam.. last yang paling last.. takde yang lain yang last melainkan yang last yang ni jua...

alhamdulillah.. setelah berhempas pulas empat tahun... banyak yang terlepas dan dilepaskan... yang terpaksa dilupakan dan melupakan.. yang ketinggalan dan segala-gala yang lain lagi.. terasa berbaloi dengan kedatangan dan habisnya hari ni..

rasa cam pelik pulak, bila dah habis ni... apa nak buat pasni, bila da takde kelas ni? dah macam heran pulak..

hahaha...

semoga berjaya kepada kawan-kawan sekelas yang lain.. terima kasih untuk empat tahun yang penuh warna ni... memberi saya peluang untuk mengenali dan berkawan dengan kamu semua... semoga kita berjaya meraih dan mencapai segala impian dan hajat kita selama ini...

tiba-tiba hati rasa syahdu...



empat tahun yang penuh cerita... sweet!!! sour!!!

16/06/2011

bertolak ansur tidak menyebabkan kesusahan...

aku ini.... rasanya... pengorbanan dah cukup besar... aku tahu... kehidupan kamu sangat senang dan mudah... apa sahaja kamu mahu... sentiasa kamu dapat... sentiasa ada sahaja yang menuruti dan mengabulkan kata-kata kamu... mungkin, oleh kerana itu, maka, kamu sukar memahami kesusahan dan kepayahan orang lain... kesukaran adalah satu yang pelik buat kamu... tidak apa... aku tidak marah... asalkan kamu bahagia dan senang hidup kamu...

tapi....

tahu ke.. betapa aku kena bersengkang mata semata-mata menyiapkan segala yang kamu mahu? bersusah payah membuat yang terbaik untuk kamu, sedang aku sendiri pun tak terurus dan tidak ada masa untuk diri sendiri?? dan banyak juga lagi perkara lain yang perlu aku uruskan, selain dari kamu??

kamu...

aku cuma minta sedikit sahaja masa... dari banyak dan berjam-jam masa kamu itu, aku mahu hanya sedikit sahaja... itu pun aku minta kerana aku mahu menunaikan hendak kamu.... sentiasa saja ada alasan kamu... tahu kamu, semuanya telah ada sahaja... sedikit sahaja masa... ahhh... sukar betul untuk kamu tunaikan...

aku memahami akan kesibukan kamu.. tapi.. aku pun sibuk... tapi, oleh kerana mahu menyenangkan kamu, mengenangkan kamu... aku sanggup, aku bertahan dan aku berusaha memberikan yang terbaik dan termampu oleh aku, pada kamu, malah, terlebih-lebih pula...

ahh.. kamu.... cuba kamu fikirkan orang lain pula.. bukan hanya kamu... tidak semua orang mampu mengikut mahu kamu... hidup ini, perlu tolak ansur dan bertimbangrasa, tahu? bukan hanya mengikut kehendak... aku pun banyak yang aku mahu, tapi, aku sabar dan biarkan dahulu andai tidak ada daya aku ini... kamu...



tacing lebih-lebih pulak aku malam-malam ni... haaiiissshhhhh!!!!

02/06/2011

hati memang fragile

bila difikir-fikirkan semula..

you can amend the broken heart.. yes.. it won't be the same.. but.. at least... it look better..
and feel good, a bit...

siapa yang sangka dan mahu hatinya jadi mengerekot, bengkok, pecah hancur berderai semua, iye dak?

perkara yang dah nak jadi, dia akan jadi juga... cuma penerimaan dan bagaimana mahu hadapi.. itu sahaja... mungkin.. lain orang, lain fikirnya, bukan?

kata orang... banyak orang terlepas perkara yang terbaik buat diri sendiri sebab sukar nak lepaskan perkara-perkara yang patutnya dah lama dilepaskan... terlalu mahu melihat dan memikirkan yang lepas, sehingga lupa dan tak nampak yang didepan...

kadang-kadang.. memang perlu juga lihat semula ke belakang, tapi, tak perlu ingat sangat laa benda-benda dah lepas... sekadar sebagai peringatan cukup.. pandang ke hadapan saja sudah... stop wasting ur own life... cewah!!



jalan terus, dik.. ingat to go straight and no belok-belok, orait??!!!!

hari ini cuaca mendung

lawak yang memang lawak...
memang aku terima... dah kalau memang lawak, gelak laa... kalau aku tak gelak, kang orang kata aku terencat lak... aku sendiri pun pelik ngan diri sendiri nanti...

lawak bangang...
tengok laa, kalau boleh terima, aku terima, kalau tak, aku buat tak tau je...

lawak orang baru belajar buat lawak...
aku terima, disamping beri kata-kata panduan dan semangat agar pada masa hadapan lawak-lawak beliau akan lebih berjaya dan menarik..

lawak yang memalukan..
ni memang aku bajet nak pukul jee...

ish.. apa kau fikir, orang lain takde perasaan ke... kesian budak tu tadi.. sampai terdiam dia... pasal baju belang pun nak kecoh... sampai orang-orang keliling pun dok pandang dia semacam je tadi... simpati aku tengok dia... sabar ye dik, akak tengok adik cun jee tadi..



tapi aku rasa, mungkin itu adalah percubaan mamat tu nak ngorat adik tadi tu kot... ehehehe..

18/05/2011

rasa tak tau nak cakap apa


mula-mula.

aku ingat aku akan okay dengan satu perkara ini.. tapi hari ni aku sedar, yang aku tak okay dengannya.

baiklah.

sekarang,
tengah kumpul duit... nak beli beskal 10 biji nak buat nak pegi keje... pegi shopping.. pegi jenjalan dan lain2 aktiviti yg memerlukan pengangkutan... boleh jugak laa tercapai hajat nak kuruskan kaki nanti.. :p


aku tiada niat lain berkata tentang perkara ini. cuma, kadang-kadang, sesuatu yang merunsingkan, perlu dicakapkan agar tidak menyesakkan perasaan, bukan? hhmmmm...


nasib baik beskal tak perlu guna minyak... berpotensi untuk merangkak ke tempat kerja... hhmmm...




selamat bekerja kepada semua pekerja...

20/04/2011

horey!!!

terasa kembali best...

enter..

enter..

enter...

hahaha.... blog da sihat balik... thanks to member sekolah - puan suhaiza (Aishoppe Kitchen yang banyak resepi tu, dia punya blog laa tu!!!) kerana tolong merepair blog murahan aku nih..

su.. upah singgit da dihantar - secara online tu!! ahaiiii.... :p

semoga pasni aku tak rasa nak je baling-baling keyboard bila tak leh enter lagi... hehehe... :p


cam laa rajin sangat nak update.. hihihihihi...

takde tajuk

ini
adalah
sebuah
testing
sebab
didi
cakap
dia
tak
boleh
tekan
enter.
aku
buat
boleh
je.
komputer
dia
yang
bengong
kot
kan
didi
sengal.....

keh keh keh

12/04/2011

ada benda yang tak betul ni..

tetibe... aku terperasan... ada benda yang tak betul kat blog nih... da terperasan lama, tapi baru kali ini teringat nak cakap... kenapa aku da tak bleh enter kat blog nih??? tolong!! tolong!! sudah nya semua jadi satu line aje... cheh!!!! kena buka nota balik nih!! ahaiii....

setia menunggu.. ahaksss!!!

08.10 pm.. masih di opis... bukan la rajin sangat pun... hujan... tak nampak nak memandu pulang.. hahaha....

31/03/2011

jangan sampai terbabas

hah!!! tuu diaaaa!!!! tengah sedap punya dok umpat, kaw-kaw punya kutuk... sekali, dia ada kat belakang daa!!! bila masa pulak laa mat nih ada kat belakang!!! cilakak!!! teruskan umpatan sambil buat-buat cam takde apa... tapi hati sangat tak keruan.... dem!!! pes time kantoi taim ngumpat!!! camana boleh kantoi lak nih!!! tu laa... ngumpat lagi... terpaksa padan mukakan diri sendiri termasuk laa terpaksa gelakkan diri sendiri.. papepun, tabik ngan rakan umpat yang steady jee... gila laa, cam memang takde apa jadi pulak.. aku kena belajar ngan dia.. hahaha.. cam dah takde benda lain boleh belajar... oh! kena upah pengawal pasni kalau nak umpat... ciss...

24/03/2011

tanya ikhlas ni..

kenapa aircond ni dibuat terlampau sejuk sehingga boleh menyebabkan manusia menggigil-gigil? tak bolehkah dibuat sekadar menghilangkan panas dan menyebabkan jadi sedap-sedap keadaan aje? maksud aku, sejuk yang okay laa, yang tak perlu asyik nak diubah suhunya supaya sesuai, sebab, tukar mana pun, tetap terlalu sejuk jugak?

aku betul-betul mahu tahu... ya, soalan aku memang remeh dan menunjukkan betapa tidak pandainya aku, tapi tetap, aku betul-betul mahu tahu..

abang-abang maintenance opis aku pun masih tak tau jawab sehingga sekarang... adeh laa... atau.. mungkin tahu jawapan tapi malas nak jawab? ya, aku rasa mungkin kerana itu... huhuu...

betul-betul malu saya jadinya!!!


eh.. fokus project paper totally hilang dah ni!!! hahahaha.... :D

perkara yang kembali ingat

aku dah ingat.. antara benda yang aku nak sangat bebelkan tapi terlupa kerana perasan bizi dan terlampau fokus... tapi lebih kepada percakapan berbentuk pertanyaan..

kenapa bila kita marah orang yang meng'hakmilik'kan harta kita sebagai harta mereka secara suka-suka hati mereka, menyebabkan kita kembali dimarahi dan diperli serta disindir oleh orang berkenaan dan kumpulan mereka?

lepas tu.. cam teruk sangat.. berlarutan sampai berhari-hari dia punya sindir... cam tak boleh berhenti langsung... cam teruk dan berbahaya sangat aku tegur kau... padahal aku cuma cakap, 'weh, tu kan buku aku, dalam bag.. kenapa kau buka bag aku', aje pun...

sungguh mengkonpiuskan...

jujurnya bagi aku, kelakuan tersebut sangat tidak cool... sudah kau yang main ambil je rete benda aku, siap conteng, lipat-lipat, tak minta izin apa semua, aku tegur, kau marah aku balik?! wei... aku cakap baik-baik je, bukannya aku maki hamun ke apa ke.. hairan aku dengan kau ni...

susah ke kalau mau cakap, mau pinjam... cakap je, bukan aku suruh kau buat surat permohonan membuat pinjaman ke apa ke pun... melebih-lebih betul laa...

takpe laa... aku maafkan kau... jangan kau buat kat orang lain lak.. berpeluang kau kena maki balik dengan tanpa was-was...

hmmm... sudah laa... baik aku kembali menyambung kelakuan perasan bizi dan terlampau fokus aku ni... ada gak pekdahnya... layan kau punya pe'el, apa pun tak boleh!!!

sangat tidak cool... ish...


(dan ya, kawan berkenaan membaca blog murahan aku nih...)

tak tau pasai apa...

sedang sesak nafas...

seakan sangat sesak dan terlampau berdebar...

sedang fokus.. fokus.. fokus..

membuat sesuatu... tapi fokus itu akhirnya hilang.. kalah di tangan facebook....

dear lecturer.. napa bagi tajuk payah sangat??

kan indah kalau boleh buat tajuk yang telah dicadang.. bahan dah banyak.. tak sampai 24 jam da siap, terus hantar... saya dah siap-siap bahan untuk kesemua tajuk cadangan.. tapi, dr bagi tajuk lain, tu yang saya jammed sungguh sungguh tu... cuba bagi teruskan dengan tajuk cadangan, kompom bedesup saya buat!!! (cheh.. sedang beralasan!!!)

aku mahu tukar tajuk... tapi semua kata tak boleh.. sebab apa tak boleh?? ntah!!! tak tau... abis, kenapa korang kata tak boleh?? sebab lecturer nak jugak tajuk dia laa, kot.. iye ke?? takkan tak boleh bincang?? ...... sunyi... huhuhuu... apa kejadahnye laa... suka memainkan hati dan perasaan aku, tau... kecewa.. huhuhuu...

sebenarnya... ada banyak perkara lain yang aku nak bebelkan.. tapi oleh kerana perasan bizi dan terlalu fokus, maka aku terlupa apa benda kejadahnya yang aku nak bebelkan... aku mengalami kehilangan ingatan... dem!!! project paper telah mula membahayakan diri aku... perlu buat sesuatu...

tapi.... aku.. aku... hhmmmm... (oqeh... kompom sedang mahu beralasan lagi!!!)

apa benda aku nak cakap pun aku da tak paham sendiri da..


'the malay changing minds' - ada sesapa boleh tolong aku?? serius wei!!!

21/02/2011

lidah manusia berbeza-beza, sama seperti cap jari...

(tajuk sumpah takde kena mengena dengan entry!!)

aku faham kau susah... kau susah... aku susah.. dia susah... kita semua pun susah...

apa kata.. oleh kerana kita semua berada dalam kesusahan, kita sama-sama la tolong menolong, agar kesusahan itu tidak berlarutan...

mengelak dan melarikan diri aku rasa bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan bila kau dah menyusahkan orang lain.. aiihhh... dah kau yang suka-suka susahkan orang lain, boleh pulak kau nak main lepas tangan begitu je??

aku pun mahu buat begitu... semua orang pun mahu buat begitu.. tapi.. adakah itu menyelesaikan masalah? aku rasa, buat lagi susah aje kot... kan??


sekarang aku paham laa, kenapa sesetengah orang suka bertindak ganas... duh!!!

01/02/2011

kita adakalanya tertanya-tanya siri 2

(amaran : entri ini mungkin tidak membawa sebarang makna kepada sesiapa kecuali aku)

aku tertanya-tanya...

berada di persekitaran yang materialistik, kawanlistik, dunialistik rupalistik dan segala-gala 'listik' lagi (termasuk lipstick??!!) adakalanya memenatkan!!!

kenapa... bila kita sering bercakap atau memandang atau mem'prefer'kan atau apa-apa sahaja laa berkaitan dengan orang-orang yang 'kacak-hensem-cantik-jelita-etc.', kita sering dikatakan seorang yang memilih dan terlalu bercitarasa tinggi??

aku heran...

aku rasa, bila kita asyik bercakap tentang betapa indah dan cantik serta menarik lagi menawan sesuatu perkara atau seseorang manusia (terutamanya yang berlawanan jantina), adalah perkara normal. biasa laa... semua pun sukakan yang menarik dan indah-indah itu, bukan? tak semestinya orang yang begitu akan mengutamakan rupa paras dan wajah dalam membuat pilihan teman hidup...

aku rasa, kesukaan dan keminatan melihat dan bercakap mengenai yang menarik dan indah dan hensem dan cantik itu bukanlah kayu ukuran dalam memilih pasangan... bagi aku, apa yang penting, adalah personaliti, sifat, karakter, pendirian, pegangan, rasional seseorang - senang cerita - peribadi dia... kalau kebetulan dapat yang kacak dan jelita - aku rasa itu adalah bonus dan sesuatu yang patut disyukuri dan dihargai...

tapi orang sekeliling aku sekarang ni.. sikit-sikit rupa... sampaikan, tadi, bila aku dok defend kawan aku yang kebetulan pulak berlainan jantina - terus aku dicop rupalistik!!! wadehel??? ehh... bukan hensem pon umat ni, korang tak jumpa pun lagi, camane korang bleh kata aku defend dia sebab dia berwajah menarik??? ish!!! tak adil laaa...

aku defend dia sebab dia sorang kawan yang boleh diharap dan rajin membantu kawan-kawan dia walaupun dia bukanlah seorang yang sangat hebat dan berkebolehan.. tapi, semangat dan kesungguhan dia tu yang aku hormat...

aku suka je tengok dan bercakap dengan orang hensem dan kacak, tapi, chenta hatiku tidak pun hensem - biasa-biasa jee... tapi aku senang ber'teman yang mesra'kan dia (jangan fikir lain, haaa.. ;p), takde apa masalah pun.. (err... tapi aku tak tau laa kot-kot lepas-lepas ni aku pun jadi rupalistik ke? harap-harap aku dijauhkan laa dari perkara tu... huhuhu...) tidak pulak aku memberontak atau menyesal kerana tidak mendapat jejaka yang kacak... tapi aku tak tau laa, kot dia nyesal ke tak sebab bertemankan aku yang tidak lawa (tapi lawak) ini??!!



oohhhh... entri ini juga sesuai diaplikasikan (huh???) kepada topik - duit dan orang kaya...

kita adakalanya tertanya-tanya siri 1

aku tertanya-tanya...

kenapa... asalkan perbualan ada perkataan 'seksi' je, mesti orang ingat kita cakap benda tak senonoh... padahal... aku tengah cakap kereta.. atau. keputusan exam yang best. atau. betapa sedapnya perasaan melihat dan memakan makanan yang best itu?? atau.. atau.. hmm...

tapi.. tapi.. korang terus jump to conclusion - aku kecewa... dengar la dulu apa yang aku tengah seksikan tu!!!

aku tak kira.. aku nak jugak dapatkan kereta yang seksi itu...

aku akan mula mengumpul duit mulai sekarang..

seposen... doposen... patposen... nam.. semilan... singgit!!!

haa.. da cukup.. jom g minum dulu... ngee.. hehehehehehe...



323i year 2010... kena pulak kaler perak... pergghhh!!!! serius seksi!!!!!

27/01/2011

kita tidak sempurna...

bagi aku...

1. hormat
2. kepercayaan
3. jujur
4. ikhlas

perkara-perkara ini adalah sesuatu yang kau perlu usaha untuk dapatkan dari orang di sekeliling kau... bukannya kau raih dengan cara paksaan, mencipta kontroversi dan spekulasi serta lain-lain cara agar kemudiannya orang memberikan keempat-empat perkara itu kepada kau... kau nak makan pun banyak step yang kau perlu ikuti, kan??

dan... untuk mendapatkan keempat-empat perkara tersebut juga, sebetul dan sebaiknya kau perlulah terlebih dahulu memberikan keempat-empat perkara itu kepada orang di sekeliling sebelum mereka kembali membalas dan memberikannya kepada kau pula... kau tolong orang pun, kau harapkan agar orang membalas balik bantuan yang kau bagi itu, kan???

sapa setuju ngan aku, sila angkat tangan (walaupun sah-sah aku tak tau dan tak nampak!!!)

sapa tak setuju, pergi baca suratkhabar je laa (walaupun cam takde kaitan je suratkhabar ngan cerita nih????)

ada sebarang bantahan?? hmmm.. aku tak kisah, kot!!! haha.. ;p



keduniaan sungguh kau ini... ish!! ish!! ish!!!

25/01/2011

kita memang mahu marah...

aku mahu marah....

kau mahu marah...

dia mahu marah...

semua mahu marah...

ya.. betul.. kita semua mahu marah... bila diri dianiaya.. bila keadaan memerlukan kita untuk berasa marah... atau apa-apa sahaja keadaan yang memerlukan kita untuk berasa marah, walaupun kita bukanlah pemarah... memang perbuatan marah dan memarahi adalah aktiviti yang bukanlah terlalu best dan hebat untuk dilakukan tetapi kadangkala, memang perlu marah...

tapi...

sila pastikan kau berada di pihak yang betul sebelum suka-suka mahu marah...

sila pastikan kau marah pada orang atau perkara yang memang patut dimarahi...

sila pastikan kau ada sokongan yang kau boleh bergantung dengannya sekiranya kemarahan kau memerlukan kau berdebat pula...

kejadian memarahi orang lain sesuka hati tanpa usul periksa dan tanpa hala tuju berkemungkinan menyebabkan kau akan kembali dimarahi, samada dengan secara sopan atau secara tidak sopan, secara langsung dihadapan orang ramai atau secara sembunyi-sembunyi.... jangan sehingga kau pula yang kembali mendapat susah dan berasa menyesal tak sudah...


kau tentu berasa menyesal kerana marah tanpa persediaan dan tak tentu hala, tadi, kan???

21/01/2011

kita semua mahukan sesuatu

bagi aku, bila kau mahu sesuatu, memang patut kau berusaha dan berusaha dan berusaha dan berusaha sehabis dan sekuat dan segagah dan setabah mungkin dalam usaha mendapatkan apa yang kau hajat dan inginkan sangat-sangat tu...

tapi kau harus ingat, tidak semua perkara akan berlaku mengikut apa yang kau mahu.. kau harus terima, tidak semua yang kita mahu kita akan dapat.. kadang-kadang, adalah lebih baik membiarkan sesuatu itu pergi kerana mungkin memang telah takdirnya untuk kau tidak mendapat perkara tersebut...

kehilangan sesuatu yang kau terlampau mahukan dan harapkan, adakalanya, akan berganti dengan sesuatu yang lain yang lebih baik dan menguntungkan serta menenangkan hati, jiwa dan raga. berpadananlah dengan kata-kata yang selalu aku dengari, iaitu - yang Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk hamba-hambaNya...


bertenang... terlalu memaksa pun tidak ada gunanya, bukan...??