31/12/2010

Entry # 50 : Entry terakhir tahun ini

masa aku start buat blog ni, aku ada terfikir - sekurang-kurangnya 50 entry dalam tahun ini.

tercapai...

oqeh - kalau sasaran kerja tahunan... sekarang ni, aku da boleh dapat anugerah khidmat cemerlang... hahahaha....

kawan aku tanya, 'kau bila lagi?'... aku diam.. bagi aku, lebih baik single tapi tenang dan bahagia dari berduet dan berkembang tapi huru hara dan penuh kepalsuan, kepura-puraan, kecurangan dan ketidaksetiaan... sungguh meletihkan?!

aku gerak solo, aku okay... haha.. ;p

Entry # 49 : The most defining moments of the year gone by

mula-mula... aku tidak rasa ingin mengucapkan ucapan selamat tahun baru kerana tahun baru hijrah pun aku tak ucap, apatah lagi tahun masihi.. mesti la seimbang, adil dan saksama, ye dok??

ehem.. ehem... aku nak bagitau azam aku - azam aku ialah - aku tiada sebarang azam, dan tidak pernah membuat sebarang azam, kerana aku yakin, ia tidak akan tercapai... hahaha... maka, dengan ini, aku dapat mengelakkan dari berasa kecewa kerana ketidakcapaian aku menggapai azam tersebut... ini juga mengurangkan stress dalam usaha mencapai azam tersebut...

kebanyakan masa pun, aku lihat, banyak orang hanya mengeluh kerana tidak dapat mencapai azam tetapi still, they did'nt do anything about it... kurang-kurang, kau pura-pura laa kau berusaha, kan?! hehe.. ;p

aku hanya mahu ;

1. diberi kesihatan yang lebih baik..
2. berjaya dalam semua yang aku lakukan
3. dan juga nombor-nombor seterusnya = aku fikir kemudian... hahaha... ;p

i just want to let go of the things in the past and lead a blessed and happy life....



adakah perkara-perkara diatas boleh ditafsirkan sebagai azam? .

25/12/2010

Entry # 48 : Apaaaa????!!!! hanya 3 minit???!!!! wuwuwuwuwuuu..

(ini bukan entry karut.. sila jangan salah pahaman, okehhh???)

aku tak tau ini cite betul ke tak... tapi.. hanya 3 minit???!!! waaaa....

biar betul?? sila klik... http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm untuk maklumat lanjut....

owhh... mungkin... aku yang tidak memahami maksud sebenarnya?

mungkin jugak... daya penaakulan aku amat rendah...

tapi.. membuat keputusan hanya dalam tempoh 3 minit?

isk...



hoo yeeaahhhh... mari kita memilih yang terbaik... hee.. hee... hee.. ;p

14/11/2010

Entry # 47 : aku rasakan kejadian itu sungguh menarik…

hari itu, aku pulang lambat… banyak kerja plus, siapkan assignment….

balik, singgah kedai 24jam, sebab da janji nak beli coklat untuk izzat.. kalu tak beli, nanti aku kena umpat dengan si ketot tu… adeehhhh…

da abis kejadian abiskan duit kat kedai, tengah aku berjalan dengan gaya ‘konon-sopan-tak-hengat’ menuju ke kereta, ada satu kejadian yang amat menarik perhatian aku…

aku nampak, ada satu pasangan ni, muda tapi da tak berapa nak muda laa, bergaduh dan merajuk-rajuk… si pompuan, merajuk-rajuk dan lari-lari… si lelaki, penat pusing-pusing kejar nak pujuk… tapi bukan itu yang aku nak highlightkan sebenarnya… yang aku kisahkan sangat ialah - cara merajuk dan pujuk memujuk diorang tu!!!

kalau korang penah tengok cerita zaman dulu-dulu laaa, zaman kaler hitam putih tu, korang mesti perasan, kalau merajuk-rajuk dan pujuk-memujuk ni, mesti kat pokok, kan? lari-lari, nyorok-nyorok sampai tutup-tutup muka laa, sume bagai… haaa!!!!!! camtu laa yang diorang buat!!!

aku ingat ada rakaman cerita ke hape ke, aku pusing-pusing, takde pulak kamera ke, krew ke apa ke.. hampir terjatuh laa aku sebab terlalu beriya-iya berpusing-pusing tu… cheh!!! baru ingat konon-konon nak enterframe sekali.. untung-untung, glemer and femes laaa aku ni nanti… hahaha… ;p

kejadian tersebut betul-betul buat aku rasa terhibur dan tersengih-sengih sendiri.. hilang tension kerja tadi… tak sangka aku, ada gak orang yang boleh teragak nak buat cenggitu zaman sekarang neh… rileeeekkkk je.. kalau aku, da takdenye nak merajuk-rajuk kat pokok ni, heh!!!

serius aku ingat kejadian camtu hanya berlaku dalam filem aje, dan zaman dulu-dulu jee…

err... ada sapa-sapa nak main nyorok-nyorok dengan aku tak???!!! hehehehhe...

23/10/2010

Entry # 46 : apabila ‘orang besar’ tak pandai baca laporan, memo dan surat…

gua bengang btul nih!!! lu punya pasal laa gua terlepas peluang nak makan kuih badak tak berapa gebu dua bijik ngan air neskepe..

len kali, bila lu nak suruh wa ganti lu attend meeting, bleh tak lu tengok dulu, mesyuarat tu memang betul-betul wujud ke tak? da lepas ke belum? tunda ke atau da abis da pun?? ni.. lu main bagi aje kat wa, suruh wa pegi kan? nasib baik wa staff yang baik, wlaaupun da last-last minute, wa amik je la jugak folder, prepare pape patut.. kalu staff lain, sure lu da kena umpat kaw-kaw daa, tau…

tapi wa kecewa lu tau.. kecewa… rupa-rupanya meeting tu takde pon, weeyyhhhh!!!!!! adeehhh… luu..

tengok, kan wa da malu da, tak pasal-pasal kena gelak sebab wa tetibe je datang, nak mesyuarat padahal mesyuarat tu da siap abis bersidang da, da dapat keputusan da pun untuk perkara-perkara berbangkit tu.. sesia je wa standby perut wa, konon-konon dapat la menumpang makan best (aku pun satu hal, meeting, meeting je laaa… sibuk nak makan je kejenye pehal!!! gggrrrrrr!!!!)

pastu.. bila wa cakap kat lu, apa yang semua orang cakap pasal meeting tu (tapi wa baik tau, wa tak cakap kat lu, betapa malunya wa, apa yang orang bahagian berkenaan cakap pasal ketidakpekaan lu dan apa sebenarnya yang terjadi tadi, sebab wa still nak jaga airmuka lu), yang mana sebenarnya meeting tu lu sendiri da attend minggu lepas, lu boleh pulak buat ‘derk’ aje ngan wa? wa tau arr, lu boss wa, tapi aisey, lu buat-buat laa cam lu rasa bersalah. terubat laa sikit sakit hati dan malu serta tebal muka wa nehhh… luu.. bikin wa panaaassss aje laa…



tak pasal-pasal wa ngidam nak air neskepe gelas besar...

Entry # 45 : hek eleyyhhhh…. kerek laa lu, mat…


okay... okay.. mana laa aku nak tau yang kau berada disebelah sana pintu masuk tu.. pintu tu takde tingkap, takde kaca ke atau apa-apa aje laa yang membolehkan aku tengok apa yang ada kat sebelah pintu tu… da pintu tu memang camtu kejadiannya, apa aku nak buat kalau masa aku tolak pintu tu, kau pulak tengah tarik di sebelah sana sekaligus hampir menjadikan kau mangsa pintu. alahai… orang lain pangkat lagi besar dari ngko pernah aku tertolak pintu tu kena kepala dia, rilek jee.. tak pun buat gaya menggelabah macam kau.. kau pulak emo lebih-lebih… apa kau ingat aku pun nak sangat ke ‘bersenda gurau’ ngan kau camtu?? ingat aku hilang akal ke hape??? kau pun satu, gah kata hebat sangat… kata tokey opis, apa lagi, pegi laa tukar pintu tu.. senang arr.. pasni takde la siapa-siapa pun lagi tertolak pintu kena kat ngko lagi… selain tu, perompak dan pencuri pun senang nak masuk, senang nak usha line dulu.. sebab pintu tu da takde ciri-ciri keselamatan lagi da, sebab kalau pintu yang ada ciri-ciri keselamatan tu berbahaya dan takde ciri-ciri keselamatan pulak buat kepala kau tu..

paling aku terpelik tu, takkan laa hanya kerana perkara camni pun kau nak marah-marah? cam tak kena je reaksi kau ni dengan pangkat kau.. kalau staff-staff bawahan bertindakbalas camtu, okay laa, boleh laa diterima.. tapi bila seorang yang berpangkat besar cam kau buat camtu, bukan aku je, orang lain yang menjadi saksi kejadian dan nasi tambah pon turut bersama-sama menjadi heran, kau tau? ehh.. mana kau nak tau, kalau kau tau, tentu kau da jentik kitorang semua, kan???


blah laa... tacing lebih-lebih pulak...

10/10/2010

Entry # 44 : fikirkan tajuk yang sesuai...

(tak pasal-pasal aku pon terikut-ikut ko punya perangai yang agak kebudak-budakan neh!!!)

camni laa... mari aku tolong mudahkan hidup kau.. hidup aku.. hidup kita semua... aku tak paham, apa yang kau susah sangat... tapi takpe laa.. aku bagitau laa, kenapa aku buat blog aku ni... tujuan aku berblog :

1. aku nak isi masa lapang aku.. dari aku buat keje-keje tak berfaedah dan bazir masa, duit, tenaga etc., (yaaa, aku tau aku orang yang membosankan dan tidak pandai berhibur je keje seperti ko) lebih baik aku dok umah baca buku, spend time dengan family aku, surf internet and tulis blog...

2. aku nak cakap apa yang aku fikirkan tentang sekeliling aku dan apa yg jadi dalam pusingan hidup aku... diulangi - hidup aku.. (bukan kau, okay? jadi ko jangan laa tension2 sangat..)

3. aku bukannya berniaga ke berdagang ke berjualan... cuma nak terasa nak menenyeh sesuatu... pendapat aku... itu sahaja.. bukannya aku nak buat untung (seperti kau isytihar kat orang ramai pasal blog ko tu!!!)

4. aku mengaku, blog aku takde arah tujuan.. apa yang ada dalam blog aku, ialah apa yang aku nak cakapkan mengenai apa yang jadi dalam hidup aku, berdasarkan sekeliling aku atau apa yang jadi kat diri sendiri... kalau aku nak fokus tentang sesuatu perkara (contohnya cam blog kau - yang takde cerita lain selain pasal cinta tu!!!), lebih baik sejak awal-awal aku tulis, 'ini blog serius, takde yang tak serius melainkan yang serius-serius belaka!!!'... aku tidak mahu terlalu fokus kepada sesuatu, bagi aku, lebih baik tulis apa yang ada difikiran... kalau nak fokus, baik aku bukak syarikat suratkhabar aku sendiri jee...

5. medium pergaduhan - kalau aku sound ko depan orang ramai, seperti biasa, aku takut ko terdiam tak dapat menjawab untuk membela diri (seperti yang selalu terjadi tu!!!)

6. (dan nombor-nombor seterusnya..) akan difikirkan kemudian... haha... ;p

bila aku tak update tu, maknanya, aku sibuk dan ada banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan.. lagipun, lebih baik bercakap bila ada perkara untuk dicakapkan, kan? dari aku bercakap yang bukan-bukan.. buat jadi nyampah dan marah orang aje... itu bagi aku laaa, orang lain aku tak tau... aku tak paksa orang datang dan baca blog aku.. kepada yang sudi singgah, terima kasih banyak-banyak... membaca tulisan aku... percayalah, saya sangat menghargai kunjungan anda...
kepada yang tak suka tu, takpe laa... korang tak rugi, aku pon tak jejas papepon... sekali lagi - aku pon tak paksa...

aku harap, semua-semua statement diatas menjawab laa, segala semua message ko tu.. tak tau pulak aku, bila aku buat blog kena dapat approval dari ko.. errr... ko ada kaitan ke dengan tuan punya blogger.com nih??? dengan wordpress ada??? tmblr??? facebook??? myspace??? friendster??? errmm... twitter??? millatfacebook??? tagged???? ada??? ada???!! hebat laa, ko!!!


tak faham... apa yang kecoh sangat ko neh???!!!! hairan aku!!!

15/09/2010

Entry # 42 : Mereka amik tau dan berbuat sesuatu...

baru terjumpa ini : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2010%2F9%2F4%2Fnation%2F20100904155605&sec=nation

mungkin cerita ni da agak basi... tapi terasa cam penting aje untuk dikongsi... sebab... bagi aku... perkara ini penting...

len kali... masa berada di alam maya, dan lain-lain alam, cuba cakap benda yang tak mendatangkan kemarahan orang ramai dan tak menyusahkan diri sendiri...



opsss... peringatan kepada diri sendiri jugak...

13/09/2010

Entry # 41 : Semoga rohnya dirahmati...

Baca surat khabar...

Macam-macam betul sekarang ni.. Tak suka je, bunuh.. Benci je, tikam.. Santau, pukau.. Tension sikit je, langgar... Nyampah aj, silap sikit aje, bagi racun.. Itu laa, ini laa... Ish!! Macam-macam!!! Cam da takde nilai je nyawa manusia ni... Pasal ntah apa-apa perkara pun, semua pun jadi...

Takziah buat keluarga ahli keluarga mereka yang terlibat... Menerima berita kehilangan insan yang dikasihi dengan cara yang begitu tragis dalam waktu-waktu gembira seperti ini memang sesuatu yang sangat tidak patut dan jelasnya bukan sesuatu yang menenangkan!!! Semoga mereka yang berkenaan dan bertanggungjawab akan menerima balasan dan hukuman yang setimpal...

Kepada mereka yang kehilangan insan kesayangan mereka... Semoga tabah dan kuat menghadapi semua dugaan... Allah tidak memberi kita ujian yang Dia tahu kita tidak mampu menanggungnya... Setiap dugaan, ada hikmahnya... Semoga roh mereka yang anda sayangi dirahmati dan ditempatkan dikalangan para syuhada.. Dikalangan mereka yang beriman... Anda yang melaluinya, pasti lebih faham akan perasaan anda.. Orang luar, hanya mampu memberi kata-kata semangat dan mengiringkan doa agar semuanya selamat...


Al-Fatihah...

Entry # 40 : Bekerja di Hari Raya??!!! Owh tidaakkk!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri... :)

Raya tahun ni adalah raya yang tak berapa nak meriah... Tak tau laa apsal... Bukan tak meriah - meriah - tapi tak berapa meriah dan seronok cam tahun-tahun lepas...

Borak ngan kengkawan.. Katanya sebab umur da semakin meningkat.. Semakin tua, semakin kurang semangat nak meriah-meriah sangat... Lebih utamakan perkara-perkara lain aje seperti bermaafan, makan dan berkumpul sekeluarga... Ada betulnya jugak tu...

Tapi aku terfikir, adakah kerana da tak berpeluang mendapat duit raya lagi yang menyebabkan perasaan tidak best ini wujud??!!! Mungkin ada perkaitan.. Nanti aku kaji.. Ekekekekeke... ;p Owh... besar betul kesan duit raya... Hahaha...


Tahun ni takde ketupat.. Lemang pun keras je... Bosan!!!

09/09/2010

Entry # 39 : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua....

Takde pape yang lain untuk diucapkan selain,

'Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H'...

Salam Lebaran kepada semua. Semoga Syawal kali ini membawa lebih erti dan keberkatan buat kita semua dan juga semoga menjadi permulaan kepada tahun-tahun yang lebih baik dan bermakna serta kejayaan buat kita semua. Bagi yang balik ke kampung - selamat pulang dan kembali..

Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai olehNya... Amin...


Ceria di hari raya!!!!! :)

02/09/2010

Entry # 38 : Jangan banyak cakap, nak merungut sana sini.. Itu kerja awak, memang la awak yang kena buat.. Kenapa nak merungut?

kalau aku laa yang kena skrip tu, memang tak tau mana nak letak muka aku ni lagi!!!

tu la... selalu sangat merungut, kan boss da berbunyi... kerja, kan amanah... kau dibayar untuk buat kerja kau tu... buat aje laa, jangan banyak sungut... orang lain pun penat, banyak kerja dan tak larat nak hadap semua, tapi kau, memang da melampau laa.... selama ni boss kau diam, kau buat suka-suka jee.. kan da kena sekali...


jangan laa kau buat aktiviti merungut tu lagi...



biar penat, janji rezeki berkat...

24/08/2010

Entry # 37 : Aku pun nak jadi pelakon laa camni...


kesian betul aku tengok keadaan kau sekarang ni...

tak payah sampai begitu susah payah laa... planet bumi ini bulat jee... mana-mana pun kau pergi, kau menyorok dan kau menyamar, lama-lama, orang lain akan tau jugak... aku pun akan tau jugak... tak perlu laa kau susahkan diri sendiri sampai begitu sekali, okay?

kelakar betul laa, bila sampai kena menyamar-nyamar nih.... kenapa pun kena sampai menyamar? takut terkantoi dengan sapa? hahaha... saya biarkan anda sendiri menjawab persoalan tersebut dengan berhemah dan jayanya...



mari kita lihat nanti, siapa yang terkena... haha... :)

19/08/2010

Entry # 36 : Selepas marah, mari kita berlagu jiwa untuk ketenangan diri....

kata si charice dan iyaz ;

"earthquakes can't shake us
cyclones can't break us
hurricanes can't take away our love"

iye ke???!!!!!!! tetiba aku tertanya-tanya...

malam-malam ni, teringat-ingat dan terbayang-bayang pulak... cerianya ketika itu... cam semua-semuanya aku yang punya... gelak sahaja... sana sini tersengih-sengih, cam kerang busuk... hahaha..

ahhhh... aku mahu tidur..... aku mahu ditemani mimpi yang indah... tak kisah laa mengenai apa pun... janji yang indah-indah... besok mahu pegi sambung membeli dan membelah lagi!!! biarkan beli dan belah sampai pengsan.... hahaha...


dem!!! ini akibat melayan perasaan yang ntah pape lagi la nih!!!

Entry # 35 : Ha'ah... Aku ada masalah dengan orang yang ada masalah dengan aku.. Ada masalah ke?



Kenapa kau pulak yang lebih-lebih ni?

18/08/2010

Entry # 34 : Aku cuba untuk mencari keredhaan di bulan mulia ini, tapi.....

aku rasa, dalam sesetengah keadaan, perlu jugak untuk berasa marah dalam bulan yang mulia ni...

semalam, bila aku marah, kau kata aku ni memalukan kau aje, depan orang-orang opis dan orang-orang dari state… jadi nya, hari ini aku tak mau marah kau depan-depan orang ramai lagi, meh aku marah kau secara online pulak… fahami laa, yang aku pun telah cuba sedaya upaya untuk tak marah kau lagi hari ni, tapi aku betul-betul tak mampu, sebab kau ni pun, boleh tahan bodoh jugak, kan?

kau da tau yang kau da hilangkan lesen aku, yg kau boleh pegi buat tak tau aje tu apahal?! kan lagi bagus kalau kau pegi carik… dari kau cuma duduk bergosip je kat opis tu… da la da tak mintak maaf, tak pulak berlakon konon2 rasa bersalah… kurang-kurang, kalau kau buat-buat susah hati - boleh jugak laa hati aku yang tak redha dan sangat sakit ni berpura-pura maafkan kau… kalau tak jumpa sangat pun, pegi la buat police report.. da kau yang hilangkan, masa tengah dalam simpanan dan jagaan kau, takkan aku pulak yang nak pegi? bengap tahap ke berapa kau ni?

da la lesen aku tu entah da ada kat sapa-sapa entah sekarang ni… ada num ic dan alamat rumah aku tu, kat lesen tu…kau ingat main-main ke?

jangan sampai apa yang aku da fikirkan dan tersimpan rapi dalam minda aku ni aku terjemahkan dalam bentuk tindakan pulak, kau jugak yang susah nanti... biasa nya, aku cakap, aku buat... lebih baik kau berdoa dan berharap agar ia kekal jadi sesuatu yang aku berangan nak buat aje, bukan aku nak buat betul-betul...

lagi satu, kau jangan la pulak nak samakan aku dengan orang lain… orang lain tak kisah ic n lesen diorang hilang, diorang punya pasal laa… aku amik kisah, amik pedulik reta benda aku hilang!!!! kau memang la rilek je, da tak kena kat kau… cuba kalau kena kat kau, aku nak tengok pulak camana menggelabah dan menggelupur hidup kau tu…


cuba ada rasa tanggungjawab sikit dalam diri, okay?

26/06/2010

Entry # 33 : Rujuk Entry # 25......

(adalah penting untuk membaca entry ini bersama-sama dengan entry dinyatakan)

Sebenarnya...
Macam tak berapa reti nak interprate rasa sekarang ni..
Tapi... Dalam banyak-banyak hari peperiksaan....
Hari ini laa hari peperiksaan yang paling besh!!!
Hua!! Hua!! Hua!!

Aku tetiba rasa sangat bersemangat exam tadi....
Kalau laa setiap kali paper, setiap kali exam, setiap semester camni, fuuuhhh!!!
Lulus cemerlang aku nih!!!
Lain-lain course?! Takde hal... Yang penting, ingatan satu sama lain tu...
Saling mendoakan yang terbaik demi masa depan masing-masing...
Saling cuba me'rilek'kan hati masing-masing yang serabut kerana exam...
Itu semua semangat tu, semangat... Itu yang penting, kan?!
Wahahaha... Suka!! Suka!! Suka!!

Terus hilang kejap sakit kepala dan juling sebab asyik ngadap buku dan assignment beberapa hari ini... Hehehe... :p Aku ni pun, satu hal jugak... Baru berborak dan sapa menyapa aje tu, da teruja lebih-lebih pulak.... Tapi kan, nasib aku tak terkantoi kerana keterujaan aku itu tadi... Baik punya cover tadi... Whhoooaaaaa!!!!!!

Tapi... Tak laa terlalu nak fikirkan hal ni... Tak mau ditimpa perasaan, sudah laa... Cedera parah lak nanti...
Cumanya... Harap aku, yang besh-besh itu akan berterusan lagi ke lain-lain hari, masa, paper, semester... Hahahahaha... :p Eh.. Tapi, kira okay apa, kejadian camni... Semangat tambahan demi masa depan yang cemerlang, gemilang, segala-gala yang 'lang' lagi laa...

Alasan!!! Cheh!!!



Harap-harap, best laa result exam semester nih.... Amin... :)

23/06/2010

Entry # 32 : Sayur?! Errr.. Boleh laa...

(ini entry orang yang tertekan kerana assignment)

Aku..., tak berapa suka makan sayur.... Tapi, boleh laa... Makan laa jugak daripada aku tak makan langsung... Tak mau la aku biarkan diri aku sendiri kelaparan... Disamping aku tak mau rasa membazir dan mengkayakan tokey kedai makan free2 aje, sebab aku da beli makanan berkenaan (aku tak beli sayur semata, tapi makanan lain yang didatangkan bersekali dengan sayur), tapi aku tak makan...

Tapi!!!!

Agak-agak laa, makcik... Kalu iye pun makcik nak bagi saya makan cili api, jangan laa letak yang saiz ibu jari manusia... Da laa makcik da masak cili tu sekali ngan sayur, warna pon sama, saya bedal aje laa, da nama pon lapar... Memang laa saya suka makan pedas, tapi kalu da camtu, ilang akal saya jadi nya nanti...

Kejadian lapar dan pedas ini membuatkan saya tidak dapat fokus terhadap assignment saya.... Owh, terpaksa laa tak mau buat lagi sedikit assignment yang da plan untuk hari ini.... Kena tenangkan diri dahulu... Hahahahaha.... Alasan!!!! :p



Sekarang da lapar balik... Jom pegi makan lagi.... ;p

22/06/2010

Entry # 31 : What goes around, comes around....

(Makluman : ini bukan entry balas dendam... tetapi lebih kepada rasa Terima Kasih)

Benar laa, kata orang, semua yang kita buat zaman sekarang ni, akan dibayar secara tunai dan dengan kadar yang segera... Cash n Carry, gitu!!!!

Percaya laa, setiap satu perbuatan kita ni, ada kesannye...

Lain kali, berpada-pada dengan tindakan sendiri... Silap tindakan, buruk padahnya....

Apapun, aku tetap simpati sebenarnye atas apa yang dah terjadi... Walaupun secara ikhlasnya, tak laa simpati sangat.... Kejam ke? Sekurang-kurangnya, aku tidak hipokrit...

Dan aku tidak menyusahkan orang lain disekeliling aku...

Tika ini, terngiang-ngiang nasyid 'Selimut Putih' dan lagu 'What Goes Around, Comes Around' di telinga aku nih...



Terbayang-bayang wajah orang lain yang pernah turut terkena...

21/06/2010

Entry # 30 : Hari ini, saya sangat emo... Terima kasih kepada anda...

(Ini bukannya satu entry sebagai tanda penghargaan...)

Selama ni, perkara yang membuatkan saya menangis, hanyalah apabila saya terkenangkan keluarga saya, aruah abah terutamanya...

Tapi hari ini, saya menangis kerana anda...

Terima kasih...


Kata orang, hidup ini umpama roda... Ingat-ingatlah selagi boleh...



Semoga dipermudahkan hidup kita semua...

18/06/2010

Entry # 29 : Aku ingatkan menarik daa...

Pelik pulak aku tengok blog ni...
Saje laa, konon-kononnya...
Tukar-tukar design blog nih...
Tension punya hal...
Alih-alih, dah cam hampas pulak jadinya...
Penat aku betulkan gambar lalang kesayangan aku nan sehelai tu ke tengah, ke tepi jugak dia nak pegi...
Haiiihhhhh!!!!!!!!!
Degil betul... Takpe.. Takpe.. Sekali lagi, aku akan memangsakan adik aku...
Hehehehe...
Best betul jadi kakak ni, ada aje orang untuk disusahkan...


Hah, pegi carik adik untuk korang sendiri... hehehe.. :p

17/06/2010

Entry # 28 : Shooting stars...


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now





So airplanes
Sorry i'm late
I'm on my way
So don't close that gate
If i don't make that
Then i switch my flight
And i'll be right back at it
By the end of the night

Entry # 27 : Jahat betul orang jahat...

(Entry ini tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjatuhkan orang. Kalau aku ada niat camtu, aku tulis terus nama orang yang berkenaan. Hanya luahan perasaan yang telah lama aku pendam. Tajuk memang difikirkan begitu supaya lebih dramatik)

Kalau kau tidak mahu membantu dan menyokong aku untuk membantu orang yang susah, derita dan tidak berkemampuan, tidak mengapa...

Kalau kau tidak mahu melihat aku mendapat walau sedikit kebaikan, keuntungan atau apa-apa sahaja yang memberi faedah kepada aku dan orang lain, tidak mengapa...

Kalau kau hanya tahu dan mahu menghina aku dan melekeh serta memperkecilkan aku, tidak kira apa pun yang aku buat, tidak mengapa...

Kalau kau mahu aku jadi sangat teruk, tidak berkemampuan atau apa-apa sahaja yang mendatangkan kerugian dan kesusahan kepada aku, tidak mengapa...

Kalau kau mahu aku menjadi seorang yang tiada arah tujuan dan gagal menggunakan sepenuhnya akal fikiran yang dikurniakan olehNya - seperti kau, tidak mengapa...

Sebab aku tau, memang lumrah hidup manusia, tidak mahu orang lain mempunyai walau hanya sedikit kelebihan berbanding diri mereka sendiri... Tidak mengapa...

Dan lumrah manusia juga, tidak mahu ambil tahu apa yang terjadi sebenarnya, maka, keputusan terbaik adalah menghilangkan semangat orang lain supaya orang lain jadi sama teruk...

Apapun, tetap, aku rasa, adalah kurang sopan untuk kau membising, heboh dan kecoh serta meracun orang lain yang tidak berperangai seperti kau untuk turut sama menjadi dan berperangai seperti kau... Orang lain masih ada akal fikiran dan tahu untuk berfikir dan memilih mana yang baik atau buruk untuk diri sendiri... Tak perlulah kau bersusah payah untuk melobi mereka supaya jadi bodoh macam kau... Aku rasa, mungkin kau tidak sedar, dengan perangai kau yang seperti itu, hanya menunjukkan lagi kebodohan kau
(lalu membuatkan aku hanya gelak setelah tahu sejauhmana tahap mentaliti kau) dan menyekat rezeki serta peluang orang yang dah sah-sah susah untuk mendapat sedikit pendapatan bagi menyara keluarganya...

Owh, lupa... Kalau kau sedar, tentu laa kau takkan buat begitu, kan... Jadi aku senang beranggapan yang kau sebenarnya ada sedikit tekanan di jiwa dan minda kau... Mula-mula, aku nak rasa simpati, betul, aku tak tipu, memang aku rasa simpati, tapi, bila aku fikir-fikir balik betul-betul, aku rasa rugi pula simpati kat kau, jadi lebih baik, aku hanya senyum... Lebih baik aku biarkan kau hanyut dengan dunia kau tu... Sebab, manusia spesies kau ni, hanya kelompok korang sahaja yang bagus...

Aku tidak memaksa orang untuk mengikuti, menturuti dan mendengar kata-kata aku, aku hanya berkongsi apa yang aku tau, yang mana bagi aku, dapat membantu kamu-kamu semua... Itu sahaja... Tidak pernah aku mewajibkan apa-apa ke atas kamu semua... Harus diingat, kamu-kamu juga yang sering bertanya, kepada aku - 'bagaimana dan apa yang harus dibuat?' Bukan aku yang tiba-tiba sibuk-sibuk bagitau kat korang semua...

Yang mahu membantu, terima kasih aku ucapkan... Yang tidak mahu, tetap - semoga korang beroleh ketenangan...

Doa aku, semoga kehidupan kita semua diberkati olehNya...


Jangan carik aku lagi bila kau susah...

10/06/2010

Entry # 26 : Mari membayar bill telefon..


(Kejadian berlaku di sebuah kedai tepon di pekan 'K')

Aku tak paham dengan keadaan dan orang-orang sekeliling aku sekarang ni.. Ada je yang buat aku jadi konpius... Paling baru, arini, petang tadi, malam pon jugak sebenarnye... Tapi sebenarnye, boleh dikategorikan sebagai lawak kejam jugak laa, terhadap minda aku yang tengah sangat-sangat-sangat serabut nih... Tadi.. On the way balik umah, pas abis keje, singgah kat kedai tepon, nak bayar bill tepon dan belikan topup tepon mak.. Dengan senyum sengih, jalan ala-ala kucing berjalan gittuu, aku masuk laa kat kedai tepon ni... Niat suci, tak fikir pon nak buat lawak ke hape...


Kakak Kedai : Iye cik?!

Aku : Eeemmm... Nak... Nak beli topup 60 ngan bayar bill...
(Kakak Kedai bagi ticket topup)

Kakak Kedai : bill nye dik?!

Aku : Owwhh.. eh. ha'ah.. Nah (bagi sambil menggaru2 kepala yang tak gatal sebagai langkah2 cover line sebab cakap nak bayar bill, tapi tak bagi bill...)

Kakak Kedai : Eh... Ni bill bila ni, cik?! Apsal banyak ni je?!

Aku : Ntah laa, kak.. Bulan lepas kalau tak silap.. Baru je sampai tu, bill tu..

Kakak Kedai : Patposen je bill ni... Kenapa eaa, jadi camni?!

Aku : Aaaa???!!!! (sekali lagi menggaru kepala yang tak gatal sebab konpius. Bukan ke Kakak Kedai ni yang keje kat syarikat tepon ni, patut nye, die laa yang lagi tau, apsal tanye kat aku yang da sah-sah memang tak tau nih?! Hhhmmmm.... ) Tak pasti laa, kak... Akak boleh tolong check kn ke?!

Kakak Kedai : Kejap.. Kejap... (Pause beberapa minit sambil mengerutkan muka sebelum kemudiannya kembali memeningkan aku) Dik, bill adik ni memang patposen je laa...

Aku : Owh.. yeke, kak?! Takpe laa, kak... Saya bayar je laa...

Kakak Kedai : Patposen nak bayar sekarang ke?! Tak mau tunggu dulu, bila da jadi banyak sikit?!

Aku : Eerrrkkk!!!!!! Haaaahhh??!! (sambil tetap menghulurkan duit singgit buat bayar bill tepon!!!) Terima kasih kak... (sambil amik duit baki)

Aku berjalan keluar dengan sedikit kekonpiusan - apa yang berlaku tadi?! Aku punya laa baik dan murah hati nak bagi duit, boleh pulak diorang yang offer aku supaya berhutang!! Diorang yang offer!!! Huuiiissshhh... Kalau la boleh beli umah cara camtu, best laa jugak... Hhhmmm... Berjalan keluar dari kedai tepon dan meneruskan perjalanan ke kereta sambil terfikir2, pasni ape pulak laa nak jadi... Huhuhuhuhuuu...


Siapa tau apsal bill tepon aku murah je???!!!! Hehehe.. :p

05/06/2010

Entry #25 : Suka!! Suka!! Suka!!

(serius gila aku sangat happy!!! hahahaha...)

Terima kasih... Kerana menegur tadi...
Terima kasih... Kerana mengenali...
Terima kasih... Kerana menghadiahkan senyuman itu tadi...
Terima kasih... Kerana menyedari kewujudan saya...

Walaupun kita dijarakkan dengan masa dan keadaan, tapi, ingatan itu yang saya hargai.. InsyaAllah, kita berjumpa lagi....

Nasib baik aku rajin dan sangat teruja serta berkobar-kobar nak pegi program khidmat masyarakat tu tadi... Kot tak, aku akan menyesal sambil menyumpah seranah diri sendiri sepanjang tempoh aku belajar... Huhuhuhuuu.. :p


Sukanya hati aku tadi... Whoaa!!

03/06/2010

Entry # 24 : Kelemahan tragik rupanya...

(entry ni tercetus hasil perbualan aku dengan seseorang yang aku tak sangka pemikiran dia cam ada sikit kurang dari apa yang aku tau dia boleh jadi sebenarnya)

Aku betul-betul mintak maaf, sebab setiap kali ada orang yang bercakap dengan aku menggunakan loghat negeri asal masing-masing, menyebabkan aku hanya terpinga-pinga dan seterusnya menyebabkan aku menunjukkan ekspresi muka yang sangat hodoh kerana tak paham amende yang korang tengah cakap tu. Ini adalah kerana aku berasal dari sebuah negeri di Malaysia yang tidak mengamalkan penggunaan loghat dalam komunikasi harian kami sejak dari zaman dahulu kala (aku pon tak pasti ngan statement nih, aku belasah sahaja!! hehehe...) Kami seluruh rakyat 'negeri-yang-tidak-berloghat' ini hanya berkomunikasi menggunakan 'Bahasa Melayu Standard' - Bahasa Melayu yang biasa sahaja. Tetapi percaya laa, demi menjaga hati, airmuka dan perasaan korang, aku berusaha sehabis dan sebaik mungkin untuk cuba memahami kata-kata korang tu. Aku cuba.. Tapi kebanyakan masanya, aku gagal.

Jadi, aku minta maaf andainya kelemahan dan kegagalan aku memahami percakapan korang yang penuh loghat itu merupakan satu kecacatan dan kekurangan yang gila gaban besar dan sungguh teruk masalahnya. Aku tak sangka pulak perkara ini boleh mendatangkan kerugian dan keaiban kepada seluruh komuniti manusia dan masyarakat sekeliling. Tapi aku rasa tak perlu laa sampai kau nak gelak guling-guling keluar airmata bagai sambil mengutuk dan memperlekehkan aku dan seluruh rakyat negeri dan juga 'negeri-yang-tidak-berloghat' ini sendiri.

Tapi aku ada beberapa perkara nak tanya ni. Masa kau tengah kena temuduga kerja dulu, kau bercakap menggunakan bahasa loghat kau itukah? Kau bekerja di negeri aku sekarang kan, iaitu negeri yang tidak berloghat?! Kenapa kau tak berusaha adapt budaya dan bahasa kau sekarang ni agar sesuai dengan keadaan sekeliling? Adakah dengan mengubah pertuturan kau agar sesuai dengan keadaan disekeliling kau sekarang akan menyebabkan kau dibuang negeri? (gila bodoh negeri asal kau ni!!!) Aku tau kau akan cakap, kau kerja kat Wilayah, tapi, kau tau tak Wilayah tu kat mana letak dan asal usulnya?

Anyway... I just wanna say, 'Welcome to Selangor Darul Ehsan. We provide you a very good facilities, surroundings and warm hospitality here. We do hope that you were happy and satisfied with everything during your long presence here.'


Heran!!! Pasal loghat pon nak buat jadi hal...

02/06/2010

Entry # 23 : Memang aku yang salah...

Ish!!!

Aku memang tak pandai. Dan aku takkan buang masa buat-buat pandai, berlagak pandai atau memandai-mandai tentang perkara-perkara yang memang aku tak tau dan takde idea langsung pasal perkara tu... Kalu aku nak buat-buat pandai pun, sekurang-kurangnya, ialah perkara yang aku ada sikit-sikit pengetahuan atau idea, supaya tidak laa nampak sangat bengap nya aku ni... Dan bila ada orang tegur/betulkan/bagitau/jelaskan perkara yang sebenarnya, aku terima, sebab aku memang tak tau dan aku tak mau terus menerus tak tau. Aku rasa aku okay jee..

Tapi... Tak mau terima dan marah balik bila orang betulkan?!

Biar betul?! Perlu ke buat sampai camtu?! Cam pelik je?! Ke memang aku yang salah selama ni?! Ntah laa... Memang aku yang salah konsep kot selama ni...


Tolong tegur bila aku salah,okay?

01/06/2010

Entry # 22 : Tak jadi hal pun...

Buat baik aje..
Fikir yang baik aje...
Biasa la tu, bila ada orang tak puas hati..
We cant pleased everybody, right?!

Life is beautiful...
It is full of surprises...
Just held ur head up high...
And later, u'll know how meaningful ur life is...

Akhir nya nanti, kita jugak yang kena bertanggungjawab terhadap diri dan tindakan kita sendiri, kan?! Tak payah susah payah... Tak semua orang suka kita, kita pon belum tentu suka semua orang, kan?! Jangan tipu, bukan boleh buat jadi bahagia pon.. Buat jadi mental je ada laa...


Apa-apa aje laa, labu....

29/05/2010

Entry # 21: Semuanya di tangan Tuhan...

(kebelakangan ni, banyak sangat yang email tanya pasal hati dan perasaan. Sampai bagi efek kat aku jugak... Perkara ini menyebabkan aku jadi konpius dengan diri sendiri!!!)

Aku tak pasti... Apakah yang menyebabkan banyak sangat orang yang mengemail dan mem'PM' aku, bertanyakan mengenai aktiviti berkaitan dengan hati dan perasaan. Broken heart, shattered dreams.. Patah hati, jiwa raga.. Cinta tak kesampaian... Cinta terhalang.. Rintangan dalam cinta laa, itu laa, ini laa... Sampai ada yang nak bunuh2 diri dan terjun bangunan sana sini (camane korang boleh berani nak terjun bangunan? Kan tinggi.. Korang tak gayat ke?! Aku, g umah kawan aku kat tingkat 11, Presint 9 tu, cuma berdiri kat grill balkoni, pandang ke bawah dari celah-celah grill pon da seriau takut jatuh, inikan pulak lagi nak jalan sampai ke hujung dan terjun.. Gila!!! Itu pon da pucat cam mayat muka aku!!! Rilek je kawan aku umpatkan aku... Ish!!! Terjun?! Hebat korang nih, heh!!!) Yang bertanya camana nak kuatkan hati dan perasaan yang kecewa.. Camane nak bagitau rasa cinta dan suka korang kat pihak satu lagi laa.. Ahh!!! Banyak dan macam2 macam lagi laa... Sampai jammed pulak otak aku ni dok fikir!!! Dan majoritinya, dari orang-orang yang aku tak kenal langsung... Camane ini semua boleh terjadi?! Ada kaitan dengan komen dan kata-kata aku kat fesbuk ke semua nih terjadi?! Aku hilang dalam realiti kejap... ... ... ... ... ... ...

Aku ni, bukannya seorang pendeta yang pandai berbicara, bukan seorang yang tinggi ilmu pengetahuan, bukan seorang yang ada kemahiran atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya untuk menasihati atau berkata yang baik-baik dan indah-indah buat jadi pedoman. Aku ni biasa-biasa aje... Bukan la aku tak mau tolong korang, tak kira aku kenal ke tak dengan korang, tapi dari aku tersalah cakap seterusnya membuatkan korang rasa nak lempang aku sebab aku salah cakap, dan menyebabkan korang amik keputusan yang silap berdasarkan kata-kata aku, lalu ingin memukul aku, aku rasa baik aku diam aje... Cuma, kalau ada pape yang aku mampu dan boleh tolong-aku tolong. Kalau tak pun, aku akan cuba memberi jawapan yang hampir serta agak-agak logik pada rasional aku untuk membantu dan menceriakan hidup korang.. Sekali lagi, kata-kata aku adalah dari pengalaman, pemerhatian dan logik akal aku, dimana logik aku tak semestinya sama dengan logik semua orang lain. Faham?! Jangan korang dengar dan ikut bulat2 kata2 aku nih... Yang elok, jadi pedoman, yang buruk, aku la memang buruk.. Kesian aku!!!

Okay.. meh sini aku nak cakap, bagi menjawab segala permasalahan jiwa korang yang kacau dan hati yang rapuh, tandus dan kekeringan cinta dari orang yang korang sangat sayang dan suka... Aku cakap secara general aje laa, sebab majoritinya pon pasal perkara yang sama je.. Ehem!! Ehem!! Mana suara seksi aku nih... Ehem!!

Bagi yang cinta tak kesampaian atau tak berbalas. Nasihat aku, kalau orang dah tak sudi, tak baik kita dok nak memaksa dia terima kita. Cubalah hormati keputusan di sebelah satu lagi. Tentu ada apa-apa kekurangan pada diri kita di mata dia. Belajarlah terima hakikat kegagalan. Bila kau terima, kau akan sedar betapa best dan indahnya hidup kau tu. Kau akan menjadi lebih kuat dan terlalu banyak yang kau boleh capai bila kau terima diri kau yang sebenar. Silap-silap, bila kau da jadi seorang yang sangat hebat dan berjaya, dia tau pulak kau da jadi sangat best dan superb, tetiba dia datang merayu2 agar kau terima dia balik!!! Hahahaha... Time tu, ko ludah la dia balik!! (Hoi!! Jangan buat camni!! Tak baik, berdosa.. Agama Islam tak bagi umat dia merendah-rendah dan menghina sesama manusia... Paham?! Tapi kalau kau rasa nak pegi melancong kat neraka, kau buat laa.. aku tak campo!!)

Kalau dua tangan dah bertepuk, maka berbunyilah. Tak perlu buat kerja-kerja gila dan hilang akal pon (ie. bunuh diri, bomoh, upah pukul, sepai menyepai, balas dendam, langgar mati, etc.), Kalau tepuk sebelah tangan, memang la tak berbunyi. Jadi, pastikan, pihak yang satu lagi tu memang nak bertepuk tangan dengan korang. Kalau tak, tak yah laa buang masa, carik je la lain. Ada betulnya kata orang2 tua dulu2, kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum. Mane kau tau, memang jodoh kau dengan orang lain yang lebih baik dan marvellous dari orang yang korang nak sangat nih?! Jangan terbuai sangat dengan perasaan, kau jugak yang merana nanti. Da tau tak mungkin dapat, jadi, mahu tunggu apa lagi? Move on!! Jangan seksa diri sendiri.. Kesian kat diri sendiri, okay?! Dalam hidup ni, kadang-kadang, kita kena utamakan diri sendiri dari lain-lain perkara. Betulkan aku, kalau aku salah, tapi, rasanya, kita yang kena jaga diri kita sendiri, kan, sebelum nak fikir dan jaga orang lain?

Bagi yang da suka sangat kat seseorang. Kalau hati da betul2 berkenan sangat, luahkan sejujur-jujurnya. Jangan sesekali berlaku tak adil kepada hati dan diri sendiri. Memendam rasa dalam hati tapi mulut terkunci. Bagitau kat pihak sana tu. Beranilah amik risiko. Selebihnya, biarlah pihak sana tu yang buat keputusan. Ada rezeki dan jodoh kau, maka ada laa... Kalau tak, tak laa.. Sekali lagi aku kata, mahu tunggu apa lagi? Move on!! Teruskan hidup kau.. Jangan seksa diri sendiri.. Kesian kan laa diri sendiri, okay?!

Bagi yang cinta dan hati yang sedang berbunga riang, tapi kadang-kadang dilanda badai dan tsunami. Jaga cinta dan hati sesama korang baik-baik. Sebab, tak semua orang hidup dia beruntung, bertuah dan dapat peluang macam korang. Baru nampak sekejap (kiranya, apa tu, kata orang-'Love at first sight?!), terus kekal, selamat dan berjaya hidup bersama sampai ke akhir hayat. Bergaduh, bercakar, merajuk, salah faham ke ape ke, bawak2 laa berbincang baik2.. Jangan nak main letup2 tinggi suara sana sini. Malu laa, kau nak bagitau semua orang tau kau tengah gaduh ke hape?! Settle baik2.. Kalau rasa cam da takde jalan penyelesaian, atau tak jumpa jalan penyelesaian, carilah pihak yang boleh membantu. Selamatkan selagi boleh. Kalau da tak boleh jugak, pandai-pandai la buat keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing. Berani terima risikonya. Jangan menyesal kemudian hari sudah laa.

Bagi yang cinta dan hati penuh dengan penipuan, syak wasangka dan keraguan. Kau rasa, kau sanggup ke nak teruskan perasaan dengan orang yang camni?! Jangan tipu diri sendiri. Sampai bila kau mampu bertahan. Sekadar rasa sayang dan suka je, tak cukup. Memang tak salah kau nak setia, tapi pihak satu lagi tu hargai ke? Kalau dia hargai, dia takkan buat camtu la kat kau. Biar berpada-pada sayang seseorang, jangan sampai korbankan hati dan diri sendiri. Berlaku adil pada hidup sendiri. Baru tengah bercinta dan berkawan, da nampak perangai dia camane. Okay, kau akan kata, lama2 nanti dia berubah laa. Okay, alhamdulillah, syukur, itu kalau dia berubah. Kalau tak, malah makin teruk, camane?! Jangan salahkan orang lain, itu kau sendiri yang pilih. Kan?

Bagi yang masih belum jumpa dan dapat cinta (cam aku laa.. Hahaha... :p). Sabar.. Tak perlu gopoh. Kan agama pon ada cakap, setiap manusia itu, Allah da sediakan dia pasangan setiap umat masing2.. Ada jodoh untuk kau, tinggal lagi, cepat atau lambat, itu sahaja. Jangan la kau terlalu nak menstress kan diri kau dengan perkara ni. Ada sebabnya jodoh kau lambat. Allah nak bagi kau jodoh yang hebat dan superb serta amazing ke, mane kau tau. Orang cakap kau andartu? Tak laku? Memilih? Persetankan!!! Kau suruh diorang compare life diorang ngan life kau, sape lagi beruntung sebenarnye?! Hahaha.. Sure yang da kawen dan ngutuk kau tak laku tu nangis guling2 nanti. Baru sedar betapa banyaknye yang dia tertinggal berbanding dengan kau. Tapi jangan la sampai kau tak mau kawin pulak!! Tak ikut tuntutan agama tu. Kita kan kena meramaikan umat Allah dimukabumi ni. Apa la kau ni. Itu pon tak tau. Leceh!!!

Bagi yang cinta atas dasar kesian, bersalah, tak sampai hati, etc. Sudah2 laa berpura2. Berterus terang dan jujur lebih baik. Jangan terus2 menipu semua pihak. Kalau dapat bertahan dan berkekalan dengan aman bahagia dan berbaloi, alhamdulillah, teruskan dan jaga baik-baik. Bukan ape.. Biasanya yang camni, mesti akan ada pihak yang terluka, malah boleh jadi lebih parah lagi. tak salah melepaskan dia demi kebahagiaan masing2. Jangan pentingkan diri sendiri, okay? Mula2, memang la kau akan rasa okay, takde ape. Tapi lambat laun, bila kau dah tak tahan dan tak sanggup lagi?! Camane?! Tentu lebih teruk, kan, melukakan hati sesama kita hanya kerana perasaan yang kau tersalah nilai sejak awal?! Sedangkan kau tau kau boleh elakkan sebenar nya.
------------------------------------------
Ada satu ayat dalam Al-Quran-Surah Al-An'am, ayat 125 (kalau tak silap aku laa, aku pun tak berapa ingat, bukannya tinggi ilmu agama sangat pun), "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkannya". Qada' dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Jangan la kita persoalkan apasal laa life kita ni tak indah cam life orang lain. Silap2 boleh jadi fasik woo (ke munafik?!). Wallahualam.
------------------------------------------
Sebagai rumusannya, jangan la terlalu memikirkan perkara-perkara yang membebankan sedangkan ada perkara-perkara lain yang lebih penting dan lebih memerlukan perhatian kau. Soal hati dan perasaan ni, subjektif. Kau kena fikir baik2, betul2. Jangan tersilap langkah. Orang luar (cam aku ni laa) hanya mampu berkata, kau sendiri yang tanggung. Tak salah nak fikir, tapi jangan la sampai terlalu obses sangat sampai buat kau jadi stress dan tak boleh buat benda lain. Tak ke rugi hidup kau kalau jadi camtu?

Aku percaya, hidup kita ni sebenarnya akan lebih indah, meriah dan bermakna kalau kita bertepuk dua belah tangan.

Sudah tu. Jangan tanya aku banyak sangat. Aku tak tau nak jawab apa.