15/09/2010

Entry # 42 : Mereka amik tau dan berbuat sesuatu...

baru terjumpa ini : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2010%2F9%2F4%2Fnation%2F20100904155605&sec=nation

mungkin cerita ni da agak basi... tapi terasa cam penting aje untuk dikongsi... sebab... bagi aku... perkara ini penting...

len kali... masa berada di alam maya, dan lain-lain alam, cuba cakap benda yang tak mendatangkan kemarahan orang ramai dan tak menyusahkan diri sendiri...



opsss... peringatan kepada diri sendiri jugak...

13/09/2010

Entry # 41 : Semoga rohnya dirahmati...

Baca surat khabar...

Macam-macam betul sekarang ni.. Tak suka je, bunuh.. Benci je, tikam.. Santau, pukau.. Tension sikit je, langgar... Nyampah aj, silap sikit aje, bagi racun.. Itu laa, ini laa... Ish!! Macam-macam!!! Cam da takde nilai je nyawa manusia ni... Pasal ntah apa-apa perkara pun, semua pun jadi...

Takziah buat keluarga ahli keluarga mereka yang terlibat... Menerima berita kehilangan insan yang dikasihi dengan cara yang begitu tragis dalam waktu-waktu gembira seperti ini memang sesuatu yang sangat tidak patut dan jelasnya bukan sesuatu yang menenangkan!!! Semoga mereka yang berkenaan dan bertanggungjawab akan menerima balasan dan hukuman yang setimpal...

Kepada mereka yang kehilangan insan kesayangan mereka... Semoga tabah dan kuat menghadapi semua dugaan... Allah tidak memberi kita ujian yang Dia tahu kita tidak mampu menanggungnya... Setiap dugaan, ada hikmahnya... Semoga roh mereka yang anda sayangi dirahmati dan ditempatkan dikalangan para syuhada.. Dikalangan mereka yang beriman... Anda yang melaluinya, pasti lebih faham akan perasaan anda.. Orang luar, hanya mampu memberi kata-kata semangat dan mengiringkan doa agar semuanya selamat...


Al-Fatihah...

Entry # 40 : Bekerja di Hari Raya??!!! Owh tidaakkk!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri... :)

Raya tahun ni adalah raya yang tak berapa nak meriah... Tak tau laa apsal... Bukan tak meriah - meriah - tapi tak berapa meriah dan seronok cam tahun-tahun lepas...

Borak ngan kengkawan.. Katanya sebab umur da semakin meningkat.. Semakin tua, semakin kurang semangat nak meriah-meriah sangat... Lebih utamakan perkara-perkara lain aje seperti bermaafan, makan dan berkumpul sekeluarga... Ada betulnya jugak tu...

Tapi aku terfikir, adakah kerana da tak berpeluang mendapat duit raya lagi yang menyebabkan perasaan tidak best ini wujud??!!! Mungkin ada perkaitan.. Nanti aku kaji.. Ekekekekeke... ;p Owh... besar betul kesan duit raya... Hahaha...


Tahun ni takde ketupat.. Lemang pun keras je... Bosan!!!

09/09/2010

Entry # 39 : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua....

Takde pape yang lain untuk diucapkan selain,

'Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H'...

Salam Lebaran kepada semua. Semoga Syawal kali ini membawa lebih erti dan keberkatan buat kita semua dan juga semoga menjadi permulaan kepada tahun-tahun yang lebih baik dan bermakna serta kejayaan buat kita semua. Bagi yang balik ke kampung - selamat pulang dan kembali..

Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai olehNya... Amin...


Ceria di hari raya!!!!! :)

02/09/2010

Entry # 38 : Jangan banyak cakap, nak merungut sana sini.. Itu kerja awak, memang la awak yang kena buat.. Kenapa nak merungut?

kalau aku laa yang kena skrip tu, memang tak tau mana nak letak muka aku ni lagi!!!

tu la... selalu sangat merungut, kan boss da berbunyi... kerja, kan amanah... kau dibayar untuk buat kerja kau tu... buat aje laa, jangan banyak sungut... orang lain pun penat, banyak kerja dan tak larat nak hadap semua, tapi kau, memang da melampau laa.... selama ni boss kau diam, kau buat suka-suka jee.. kan da kena sekali...


jangan laa kau buat aktiviti merungut tu lagi...



biar penat, janji rezeki berkat...