02/07/2013

smartphone, candy crush dan pengaruhnya kepada saya

aku rasa. pada ketika ini, semua orang, seluruh dunia ni da tau kot pasal game candy crush saga nih. semua orang pun mesti da ada smartphone. antara orang yang paling terbaru terpengaruh dengan smartphone setelah tidak tahan dibahan setiap hari oleh kengkawan adalah aku sendiri. melayang sport rim impian aku. beli smartphone punya pasal. adeeiii.

bila da bersmartphone. aku akhirnya gagal dalam mempertahankan diri aku. terbabit jugak akhirnya sama itu game candy crush. terima kasih laa kengkawan. suka buat aku jadi hilang pegangan diri. aku rasa sungguh murah. huhuhuhuuiiiiii!!!!

setelah sebulan bergelumang dengan noda candy crush. sekarang aku da kat level 161. peehhh!! tak penah selama hayat, aku setekun begini.

persoalan aku sekarang ni ialah. siapa yang terer candy crush ni? siapa boleh tolong mainkan level 161 aku ni? benci pulak rasanya. dah 6 hari sangkut kat level tu, tak lepas-lepas lagi. ada penunggu ke hape kat level ni???

aku memang laa suka makan coklat, tapi coklat yang menyusahkan aku tak suka. gggrrrrrr!!!!!!

eh dah lunch hour. candy crush, jom!!!

amboi macam dah lamanya tak menaip di alam maya.

haaa..
ini baru betul dikatakan jangan bercakap kalau takde benda yang nak dicakap. pandai aku mempraktikkan ayat berkenaan itu.

kikiki.

ada benda yang nak dicakap. tapi. rasa macam. malasnya laa sangat nak log in log out online offline internet ni. sejak-sejak dah bertukar aras ni. hilang pulak motivasi diri.

kikiki.

ayat nak kencang aje. kikiki.

minggu ni kena semak aset nak dibawa pindah pejabat baru nanti sama waran perjawatan. jawatan-jawatan yang dah lulus, diisi, dibuang, kosong apa semua bagai. permohonan bertukar aku jugak yang senyap sunyi aje cerita nya. perit betul menanti. penantian itu satu penyeksaan, tau. nak sangat tukar ni bukan apa, saja nak carik angin baru.

kikiki..

harap-harap cuaca makin elok. tak larat weehhhh sedut asap jerebu hari-hari. rasa dah tergamak sangat dah nak jumpa doktor mintak tong gas oksigen tu. face mask pulak pun dah jadi hot stuff. pantang letak kat rak, konpem jadi rebutan. silap-silap boleh buat jadi punca berbunuhan. adeeiiiii...

bahagianya aku arini. berperbincangan sambil berblog. sapa suruh buat perbincangan kat bilik mesyuarat yang ada internet access. laju pulak tu. kencaaangggg!!!

hahahahaha...