23/10/2010

Entry # 46 : apabila ‘orang besar’ tak pandai baca laporan, memo dan surat…

gua bengang btul nih!!! lu punya pasal laa gua terlepas peluang nak makan kuih badak tak berapa gebu dua bijik ngan air neskepe..

len kali, bila lu nak suruh wa ganti lu attend meeting, bleh tak lu tengok dulu, mesyuarat tu memang betul-betul wujud ke tak? da lepas ke belum? tunda ke atau da abis da pun?? ni.. lu main bagi aje kat wa, suruh wa pegi kan? nasib baik wa staff yang baik, wlaaupun da last-last minute, wa amik je la jugak folder, prepare pape patut.. kalu staff lain, sure lu da kena umpat kaw-kaw daa, tau…

tapi wa kecewa lu tau.. kecewa… rupa-rupanya meeting tu takde pon, weeyyhhhh!!!!!! adeehhh… luu..

tengok, kan wa da malu da, tak pasal-pasal kena gelak sebab wa tetibe je datang, nak mesyuarat padahal mesyuarat tu da siap abis bersidang da, da dapat keputusan da pun untuk perkara-perkara berbangkit tu.. sesia je wa standby perut wa, konon-konon dapat la menumpang makan best (aku pun satu hal, meeting, meeting je laaa… sibuk nak makan je kejenye pehal!!! gggrrrrrr!!!!)

pastu.. bila wa cakap kat lu, apa yang semua orang cakap pasal meeting tu (tapi wa baik tau, wa tak cakap kat lu, betapa malunya wa, apa yang orang bahagian berkenaan cakap pasal ketidakpekaan lu dan apa sebenarnya yang terjadi tadi, sebab wa still nak jaga airmuka lu), yang mana sebenarnya meeting tu lu sendiri da attend minggu lepas, lu boleh pulak buat ‘derk’ aje ngan wa? wa tau arr, lu boss wa, tapi aisey, lu buat-buat laa cam lu rasa bersalah. terubat laa sikit sakit hati dan malu serta tebal muka wa nehhh… luu.. bikin wa panaaassss aje laa…



tak pasal-pasal wa ngidam nak air neskepe gelas besar...

Entry # 45 : hek eleyyhhhh…. kerek laa lu, mat…


okay... okay.. mana laa aku nak tau yang kau berada disebelah sana pintu masuk tu.. pintu tu takde tingkap, takde kaca ke atau apa-apa aje laa yang membolehkan aku tengok apa yang ada kat sebelah pintu tu… da pintu tu memang camtu kejadiannya, apa aku nak buat kalau masa aku tolak pintu tu, kau pulak tengah tarik di sebelah sana sekaligus hampir menjadikan kau mangsa pintu. alahai… orang lain pangkat lagi besar dari ngko pernah aku tertolak pintu tu kena kepala dia, rilek jee.. tak pun buat gaya menggelabah macam kau.. kau pulak emo lebih-lebih… apa kau ingat aku pun nak sangat ke ‘bersenda gurau’ ngan kau camtu?? ingat aku hilang akal ke hape??? kau pun satu, gah kata hebat sangat… kata tokey opis, apa lagi, pegi laa tukar pintu tu.. senang arr.. pasni takde la siapa-siapa pun lagi tertolak pintu kena kat ngko lagi… selain tu, perompak dan pencuri pun senang nak masuk, senang nak usha line dulu.. sebab pintu tu da takde ciri-ciri keselamatan lagi da, sebab kalau pintu yang ada ciri-ciri keselamatan tu berbahaya dan takde ciri-ciri keselamatan pulak buat kepala kau tu..

paling aku terpelik tu, takkan laa hanya kerana perkara camni pun kau nak marah-marah? cam tak kena je reaksi kau ni dengan pangkat kau.. kalau staff-staff bawahan bertindakbalas camtu, okay laa, boleh laa diterima.. tapi bila seorang yang berpangkat besar cam kau buat camtu, bukan aku je, orang lain yang menjadi saksi kejadian dan nasi tambah pon turut bersama-sama menjadi heran, kau tau? ehh.. mana kau nak tau, kalau kau tau, tentu kau da jentik kitorang semua, kan???


blah laa... tacing lebih-lebih pulak...

10/10/2010

Entry # 44 : fikirkan tajuk yang sesuai...

(tak pasal-pasal aku pon terikut-ikut ko punya perangai yang agak kebudak-budakan neh!!!)

camni laa... mari aku tolong mudahkan hidup kau.. hidup aku.. hidup kita semua... aku tak paham, apa yang kau susah sangat... tapi takpe laa.. aku bagitau laa, kenapa aku buat blog aku ni... tujuan aku berblog :

1. aku nak isi masa lapang aku.. dari aku buat keje-keje tak berfaedah dan bazir masa, duit, tenaga etc., (yaaa, aku tau aku orang yang membosankan dan tidak pandai berhibur je keje seperti ko) lebih baik aku dok umah baca buku, spend time dengan family aku, surf internet and tulis blog...

2. aku nak cakap apa yang aku fikirkan tentang sekeliling aku dan apa yg jadi dalam pusingan hidup aku... diulangi - hidup aku.. (bukan kau, okay? jadi ko jangan laa tension2 sangat..)

3. aku bukannya berniaga ke berdagang ke berjualan... cuma nak terasa nak menenyeh sesuatu... pendapat aku... itu sahaja.. bukannya aku nak buat untung (seperti kau isytihar kat orang ramai pasal blog ko tu!!!)

4. aku mengaku, blog aku takde arah tujuan.. apa yang ada dalam blog aku, ialah apa yang aku nak cakapkan mengenai apa yang jadi dalam hidup aku, berdasarkan sekeliling aku atau apa yang jadi kat diri sendiri... kalau aku nak fokus tentang sesuatu perkara (contohnya cam blog kau - yang takde cerita lain selain pasal cinta tu!!!), lebih baik sejak awal-awal aku tulis, 'ini blog serius, takde yang tak serius melainkan yang serius-serius belaka!!!'... aku tidak mahu terlalu fokus kepada sesuatu, bagi aku, lebih baik tulis apa yang ada difikiran... kalau nak fokus, baik aku bukak syarikat suratkhabar aku sendiri jee...

5. medium pergaduhan - kalau aku sound ko depan orang ramai, seperti biasa, aku takut ko terdiam tak dapat menjawab untuk membela diri (seperti yang selalu terjadi tu!!!)

6. (dan nombor-nombor seterusnya..) akan difikirkan kemudian... haha... ;p

bila aku tak update tu, maknanya, aku sibuk dan ada banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan.. lagipun, lebih baik bercakap bila ada perkara untuk dicakapkan, kan? dari aku bercakap yang bukan-bukan.. buat jadi nyampah dan marah orang aje... itu bagi aku laaa, orang lain aku tak tau... aku tak paksa orang datang dan baca blog aku.. kepada yang sudi singgah, terima kasih banyak-banyak... membaca tulisan aku... percayalah, saya sangat menghargai kunjungan anda...
kepada yang tak suka tu, takpe laa... korang tak rugi, aku pon tak jejas papepon... sekali lagi - aku pon tak paksa...

aku harap, semua-semua statement diatas menjawab laa, segala semua message ko tu.. tak tau pulak aku, bila aku buat blog kena dapat approval dari ko.. errr... ko ada kaitan ke dengan tuan punya blogger.com nih??? dengan wordpress ada??? tmblr??? facebook??? myspace??? friendster??? errmm... twitter??? millatfacebook??? tagged???? ada??? ada???!! hebat laa, ko!!!


tak faham... apa yang kecoh sangat ko neh???!!!! hairan aku!!!