27/04/2010

Entry # 15 : Saya berharap agar saya mampu memberitahu anda betapa .....


Saya mengingati anda...
Saya menghargai anda...
Saya menghormati anda...
Saya sentiasa ada bersama anda...

Walaupun keadaan begitu berbeza...
Tidak mengapa... Anda masih bermakna...
Kalau dapat saya putarkan masa...
Ada satu yang ingin saya perbetulkan...
Saya akan cuba selamatkan anda dari semua ini...

Apabila anda sedar satu hari nanti...
Saya tiada disisi...
Sebenarnya...
Lihat jauh ke dalam hati...
Saya sentiasa ada disana, di hati anda...
Menemani anda.. Setiap hari.. Setiap masa..


I just wish that I can tell you...

22/04/2010

Entry # 14 : Sahabat!! Tahniah!!!!


Hari ni... Dapat berita best yang tak berapa best...
Ingat sahabat saya yang saya cerita kan hari tu..
Yaaa... yang baru sambut hepi besday tu...
Pagi tadi... Dia message...
Dia da dapat baby girl!!!!
Hehehe...
Saya tumpang happy... Dapat anak sedara girl lagi...
Banyak betul anak sedara perempuan tahun ni..
Itu berita best...

Berita tak best...
Saya semakin tua....

Huuwwaaaaa....


Welcome, baby Aleeya....

16/04/2010

Entry # 13 : Bayangkan yang baik-baik sahaja..


Kata orang... Kalau tengah marah, atau rasa yang tidak best sahaja dalam diri... Bayangkan yang baik-baik sahaja... Bayangkan perkara yang indah-indah dan menenangkan hati..

Ya, setelah saya semakin meningkat usia, saya berbuat begitu sekiranya saya sedang dalam keadaan yang sangat marah dan tidak best serta terlalu tertekan... Dahulu, saya dilihat dan dikatakan terlalu 'outspoken', asalkan saya tidak puas hati, saya dengan jujur dan kereknya akan meluahkan ketidakpuasan hati saya.. Tidak mengira siapa - kawan, lawan mahupun pegawai saya.. Ops, tetapi saya masih sedar diri dan ingat yang mereka juga manusia dengan hati dan perasaan, serta mampu menggugat masa depan kerja saya.. Tidaklah saya menceluparkan diri sesuka hati saya.. Ada yang kata, saya terlalu celupar dan berterus terang serta tiada insurans (Dulu saya kerja syarikat insurans. Tidak pernah saya tahu wujud sebarang plan insurans berkaitan dengan kemarahan.. Atau, adakah baru kini plan tersebut wujud dan saya perlu memohonnya?! Nanti saya tanya kawan saya, ya?!) Padahal, saya menjadi begitu kerana saya tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada diri saya.. Kerana, jika saya menyimpan dan membiarkan sahaja apa yang berlaku kepada saya sehingga membuat saya tertekan, sudah tentu ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada saya pada masa hadapan, bukan? Umpama gunung berapi, makin disimpan, makin besar dan teruk kemusnahan yang dibawanya... Malah, saya juga berpotensi besar untuk kelihatan tua mendahului umur saya yang tidaklah terlalu tua ini... (Perasannya saya!!!)

Jadi, daripada saya bakal membuat kemusnahan yang lebih besar, sehingga menyusahkan diri sendiri dan diri orang-orang lain disekeliling saya, maka, adalah lebih baik saya berterus terang dan meluahkan segala yang perlu diluahkan... Kurang serabut, kurang kemarahan, kurang tekanan malah meningkatkan produktiviti, kualiti, efektif, efisyen, televisyen, dan sebagainya... Hahaha... Apa pulak laa kaitannya dengan televisyen?!

Saya mungkin kena pegi berjumpa dengan pakar kaunseling bagi mengatasi masalah ini.. Atau menghadiri kelas 'anger management'.. Tapi.. Perlukah?! Saya hanya berlaku jujur dan tidak berpura-pura serta menegakkan apa yang saya yakini betul... Saya terima jika ianya memang kesilapan dan kelemahan saya.. Tetapi, jika bukan saya yang silap, takkan saya perlu biarkan sahaja diri saya ditindas?! Bukankah orang dulu-dulu telah berpesan, 'berani kerana benar, takut kerana salah'.. Sabar?! Saya boleh bersabar tetapi jangan melampau-lampau menganiayai saya... Biarkan sahaja?! Ohh.. Saya tidak sebaik itu.. Saya terima setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya, tetapi saya sukar untuk berdiam diri... Kerana dengan berdiam diri, saya semakin sering dibuli... Sungguh tak bagus keadaan itu... Perasaan yang amat membencikan!!!

Well.. Semakin difikir, semakin mental saya jadinya.. Saya pun dah semakin diinjak usia... Biarkanlah mereka.. Saya tetap begini jugak.. Bukan ada bawak sebarang perbezaan pun.. Ohh, saya kedengaran terlalu lemah!!! Hahaha... Seolah-olah bukan saya yang bercakap... Haha... Saya cuba kelihatan seperti pasrah disini.. Redha... Tapi, mampukah saya?!! Entah laa.... Biar masa menentukan untung rugi nasib saya.... Berdiam diri tidak bererti saya mengalah dan tidak berani menegakkan yang benar... Tapi buat masa ini, saya cuma bayangkan yang baik-baik sahaja...

Nak pergi kepulauan Carribbean!!!

15/04/2010

Entry # 12 : Saya rasa sangat serabut


Hari ini, saya rasa sangat serabut...
Terlalu serabut...
Sangat banyak yang menyebabkan minda saya seakan tidak dapat berfungsi...
Ya.. Saya tahu yang saya memang bukannya seorang yang mempunyai minda yang sangat hebat...
Tapi, minda saya masih berfungsi dengan rasional dan baik walaupun tidaklah cemerlang...
Tetapi hari ini saya sangat serabut...

Serasa seakan sesak nafas...
Saya juga rasa keliru...
Tertekan... Malah tadi saya hampir terjatuh kerana terlalu serabut...
Saya makan coklat, kerana kata orang, coklat boleh menghilangkan kegelisahan dan kesedihan malah menjadikan kita gembira semula...
Namun saya gagal menemukan kesahihan pernyataan tersebut kerana saya masih tetap serabut...
Atau, adakah pernyataan tersebut adalah benar, tetapi hanya saya sahaja yang gagal menyerap kebenaran pernyataan tersebut?!
Ini menambahkan lagi serabut dan gelisah dihati saya...

Serabutnya saya!!!!!

09/04/2010

Entry # 11 : Selamat hari lahir, sahabat.....


Hari ini hari lahir sahabat aku… Ohh, kawan ini sangat baik dengan aku… Sebelum dia bertukar, memang dia laa antara kawan-kawan (kawan-kawan?! cam lawak je.. bape banyak sangat la kawan aku.. heh!!) tempat aku meluahkan segala ketidakpuasan hati aku terhadap kejadian-kejadian menjengkelkan yang berlaku kat aku… Sekarang, aku message ringkas-ringkas sahaja dengan dia.. Tidak bercerita panjang lagi... Ohh, yaa… Dia telah aku isytiharkan sebagai ‘Pemerhati’ aku.. Aku senang berkawan dengan dia, sangat senang berbual dengannya dan sangat prihatin dia itu.. Dia sangat alert kalau aku ada tekanan dalam diri… Dia akan tenung, lalu sengih seraya menggelakkan aku dengan meriah dahulu sebelum menyedarkan aku..

Banyak dan bergelen-gelen kata-kata dia cakap dan pesan kat aku.. Kalau aku kumpul dan bukukan, boleh jadi buku teks sekolah dah… Kata-kata yang sangat biasa sahaja sebenarnya… Tapi bila kata-kata itu datang dari orang yang betul-betul ikhlas menjadi seorang kawan, ia menjadi sangat bermakna.. Seronok dengar kata-kata dia, sangat sesuai dengan orang yang berjiwa syahdu seperti aku (walaupun sebenarnya aku tidak ambil pusing sangat pun kata-kata dia dan terus berbuat sukahati aku!! ngee… hehehehe… :p Dan yaa, dia pun tahu tentang perkara ini..) Teringat aku kat lawak-lawak dia.. Haha… Boleh pulak dia tetiba jadi hantu…

Semoga dia berjaya di tempat kerja baru dan semoga dia semakin murah rezeki, sihat dan selamat serta berbahagia dengan keluarga.. Mana-mana kata-kata nasihat dia yang amat menarik hati aku, dan selagi ianya masih rasional dan bagus untuk aku aplikasikan dalam kehidupan aku, insya allah, aku praktikkan.. Hahaha.. iye-iye aje!!! Ops!!! Serius!! Serius aku akan amalkan!!!

(Ohh, yaa… Pagi tadi, dia reply message aku…. Katanya, aku laa kawan yang pertama sekali wish Happy Birthday kat die… Ada jugak yang ingat dia lagi.. Waahhh!!!! Sangat terharu aku!!! Dan aku yakin dia tak tipu aku.. Aku tau laa…)


Terima kasih dan selamat hari lahir, sahabat..

Entry # 10 : Cermin mata, volume radio yang rendah dan daya penaakulan yang tinggi serta kepentingan ketiga-tiganya semasa memandu…

(Hari ini aku kembali membebel, setelah sekian lama berdiam kerana perasan bizi sehingga tiada masa untuk lain-lain hal… Ohh, yaa, dan ketika entry ini ditulis, hati aku masih berdebar-debar dan tangan aku separa menggigil serta mind aku masih konpius!!!)

Mari aku ceritakan kepentingan 3 perkara diatas yang perlu untuk kau amik tau, kalau pun tidak berguna pada kau, mungkin berguna buat orang lain.. Dan pastinya, semua ini adalah berdasarkan kepada logik aku sahaja. Seperti biasa!!

Baiklah murid-murid, kita mulakan kelas hari ini..
Ehem!! Ehem!!

Cermin mata : supaya dapat membantu mata kau yang tak berapa nak sempurna dan asyik terkebil-kebil itu dapat berfungsi dengan baik walaupun tidak mencapai tahap cemerlang. Sekurang-kurangnya, kau akan nampak dengan 90% kadar ketepatan, apakah kenderaan yang berada di kiri, kanan, depan dan belakang kau dan supaya kau nampak lampu yang dinyalakan oleh kereta lain terutamanya lampu lip-lap dari kereta Pasukan Penangkap Orang (selepas ini, dikenali sebagai ‘PPO’). Kau itu sudah laa tak nampak, berlagak pulak macam terer sangat drive dan mencilok sana sini dengan tak bagi signal nye… Tragedi datang tidak berbayang (berbayang? ke, berbunyi?), okay?! Tapi ini tidak laa bermakna dengan memakai cermin mata, kau akan selamat dari sebarang tragedi menyayat hati… Da kalau takdir kau untuk tragedi, kat mana-mana pun kau akan mengalami tragedi itu..

Volume radio yang rendah : supaya pendengaran kau yang kurang peka dengan bunyi-bunyian disekeliling itu menjadi sedikit peka dengan bunyi yang keluar dari alat pembesar suara yang telah disetkan ke tahap tertinggi oleh kereta lain terutamanya dari kereta PPO. Harus diingat, kau itu sudah laa seorang yang lambat menangkap sebarang bunyi, dengar pulak lagu kuat-kuat terutamanya lagu menarik hati dan catchy dari penyanyi bawah umur yang mungkin kelihatan comel sampai kau pun tergerak hati untuk mendera diri sendiri dengan sama-sama ‘menyumbangkan’ lagu tersebut, dimana hanya kau seorang sahaja yang dengar ‘sumbangan’ tersebut!!! (Ohhh!! Tolong la ada perasaan belas kasihan dengan diri sendiri, ya?!)

Daya penaakulan yang tinggi : supaya apabila ada sebarang tanda-tanda atau amaran BAHAYA yang kau sedari wujud, kau akan terus memproses maklumat tersebut dengan kadar yang segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya bersesuaian dengan amaran dan arahan yang diberikan. Keadaan ini juga akan menyelamatkan diri kau dari di‘hon’ dengan drastiknya dan juga bertubi-tubi atau pun, dijerit ‘hoi!!! ke tepi’ dari kereta lain yang nak cepat dan penat bagi tanda amaran terutamanya dari kereta PPO tapi kau buat ‘deeekkk’ aje. Bila kau nampak amaran tersebut, sepatutnya kau bertindak, bukannya sekadar bermonolog dalaman, ‘Oh, ada kereta PPO nak lalu’ tapi kau teruskan saja memandu tanpa berbuat apa-apa pun dengan amaran diberikan..

Baiklah murid-murid, adakah anda faham dengan penjelasan ringkas ini?!

Murid-murid… Perkara-perkara diatas adalah antara perkara asas yang perlu diikuti, terutamanya jika anda menderitai penyakit ‘mudah terpisah dari dunia nyata’ atau bahasa modennya ‘khayal’, semasa memandu, serta jika anda bekerja di Jabatan biru… Ini kerana, jika anda melakukan kesalahan bengap yang tidak masuk akal dengan pengabaian 3 perkara mudah diatas semasa dijalanraya, dan diketahui pula anda bekerja di bahagian biru Jabatan biru, maka anda akan mendapat kutukan yang hebat dari pemandu-pemandu lain serta rakan-rakan anda... (Sila tanggalkan pelekat Jabatan biru dari cermin hadapan kereta anda selepas ini!!!). Kecuaian anda juga boleh dilihat sebagai tindakan yang amat memalukan Jabatan dan bahagian biru.. Jabatan biru dan kakitangan berbaju biru amat cemerlang dijalanraya, maka anda haruslah menjaga nama baik dan reputasi serta imej Jabatan biru.. Walaupun tiada sebarang syarat, peraturan, akta atau kaedah yang menyatakan anda haruslah menjadi seorang pemandu yang bagus, hebat, berhemah dan superb untuk bekerja di Jabatan biru, cukup sekadar mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf, sekurang-kurangnya anda boleh menjadi contoh kepada pemandu-pemandu yang lain…

Sekiranya murid-murid tidak mengikuti perkara asas diatas, murid-murid akan mengalami malu yang amat sangat kerana dengan secara tiba-tiba akan berada ditengah-tengah kumpulan kereta PPO yang sedang membawa orang-orang berbahaya dan ada dikalangan anggota-anggota PPO itu akan tersenyum dengan senyuman yang sangat manis memandang anda, dan bila semua kereta PPO itu telah melepasi anda, barulah anda sedari yang hanya anda sahaja yang berada ditengah-tengah jalan dan pemandu-pemandu lain pula akan tersenyum pada anda seolah-olah ingin berkata, “Cik, tak sedar ke kete polis tu da bagi lampu siap ‘neenong’ ‘neenong’ nak lalu?!” dan melambai-lambai manja seraya menggelakkan anda dengan kejam.. Kejadian ini mungkin agak remeh bagi anda tapi bagi sesetangah orang, ia boleh mendatangkan malu, debaran di hati dan menggigil satu badan yang amat sangat sehingga terasa seolah-olah ingin lari dan menyorok dari penglihatan umum, disamping tidak dapat menerima hakikat betapa tidak bagusnya anda semasa berada dijalanraya!!!

Sekian, terima kasih!!!!

05/04/2010

Entry # 9 : Aku panas hati...


Hari ni...
Saya betul-betul marah...
Panas hati..
Sakit hati..
Kesian hati saya..
Banyak benar masalah dia....
Sabar ya, hati..

Saya marah...
tapi...
Saya tak dapat nak express kemarahan saya..
Selama ni memang saya tak penah marah pon...
Hehe.. tipu je tak penah marah..
Penah laa marah, tapi bila perlu marah jee...
Hilang akal ke ape, tetiba saya nak marah-marah tak tentu pasal..

Selalunya, saya lepas geram je..
Saya lepas geram supaya saya tak tension atau tertekan je..
Tapi... agak-agak laa....
Jangan sampai terlalu selalu sangat..

Ingat saya takde kerja lain ke...
Asyik kene fikir pasal orang lain...
Jaga hati perasaan orang lain...
Sampai mental-mental dah..

Keadaan seperti ini ingin membuat saya menjadi seperti saya yang dulu...
Kembali tiada perasaan...
Kembali tidak mempedulikan..
Kembali tidak menghiraukan...
Segala-gala disekeliling saya..
Semuanya hanya pasal diri saya...

Ops.. Saya sedar saya kini berada dalam persekitaran manusia-manusia yang claim diri dewasa dan matang serta pandai berfikir...
Just go with the flow..
Mahu berubah kembali, takut dituduh tidak hidup bermasyarakat..
Kejam pentingkan diri sendiri...

Saya tidak ingat, entah berapa kali saya telah berkata mengenai perkara ini..
Ahh.. biarlah... Serasa malas ingin fikir lagi...
Fikir-fikir sangat pun, saya tetap begini...
Saya ikut sahaja laa apa yang berlaku...
Berdoa dan berharap...
Semuanya akan okay...


Jom siapkan tugasan yang banyak tu...