16/12/2012

tadi tukar dekoder baru

okeh sekarang rumah aku dah pakai astro beyond.

tetiba aku  rasa cam komplikated nya laa sangat-sangat laa nak guna astro beyond ni.

mana aku nak tengok info pasni?

serius! sapa boleh ajar aku guna astro beyond ni?

adik aku bebel. belajar laa guna, katanya. lambat laun nanti pandailah.

ishh.. aku tau laa kena belajar baru tau guna. tapi. aku cuma nak tengok cerita aje ni, bukan nak buat apa pun. kenapa mesti disukarkan kehidupan mudah aku sebelum ini?? nak tengok cerita aje pun dah macam nak kena buat aktiviti mencabar.

baik aku memang betul-betul pergi buat aktiviti mencabar. hhmmm..

eh. ke aku ni yang terlebih slow? sampai benda-benda mudah camni pun boleh jadi susah sangat?

tapi sebenarnya aku nak benda yang mudah itu kekal mudah seperti biasa.

ahh! alasan untuk aku sedapkan hati sendiri!

okeh sebenarnya hati tak tenang sebab dah dua hari tak dengar suara emak. henpon emak tertinggal. aku telefon ke henpon kakak, dia aje pulak yang bercakap, tak dipassnya telefon kat emak. ishh! marah betul aku!

emak. i miss you laa. itu laa dia point utama yang aku nak cakap sebenarnya.

memang anak mithali betul aku hari ni

okeh!

mak takde kat rumah. ikut kakak pergi ke johor.
sorang-sorang kat rumah.
eh silap. adik aku pun ada kat rumah.

ingat nak merayap ke rumah kakak lagi sorang. sekali dia dan family keluar jalan-jalan.
nak pergi pesta buku, RM takde pulak. setakat pergi tapi melopong termenung aje, tengok orang lain aje yang membeli belah buku-buku tu. aiihhh.. tak seksi langsung perasaannya.
adik pulak keluar.

sorang-sorang kat rumah.
tak tau apa nak buat.

kemudian. secara misterinya. entah macamana. secara tak sedar. tetiba aje aku membuat segala semua kerja rumah yang biasanya dan lazimnya dibuat oleh emak, dan lain-lain surirumah. tetiba aku dah siap kemas rumah, sapu sampah, buang sampah, basuh kain baju, jemur apa semua.

yang paling terkejut. tetiba aku dah siap masak sampai 3 lauk! diulangi. 3 lauk! selalu aku ni nak masak 1 lauk aje pun punya laa payah, sampai membebel-bebel emak kat dapur. paling hebat aku masak air aje. hahaha.

huuii!! terus aku rasa cam aku ni laa perempuan yang paling baik dan rajin serta solehah! apakah?!! hahaha.

kejadian ini membuatkan aku terfikir. adakah maksudnya nak kena selalu kena tinggal sorang-sorang baru aku punya sudut kewanitaan/keperempuanan sejati itu muncul? hoh kalau gitu nanti jawabnya bila aku dah kawin nanti, suami aku kena pegi merayau ke mana-mana dulu laa baru aku punya mood surirumah datang!

harap-harap nanti aku dapat suami yang memahami dan bersabar aje laa dengan diri aku yang satu apa benda pun tak tau ni.

hehehehe.

#entry ini juga boleh difikirkan sebagai entry-mood-menggeletis aku datang. kah! kah! kah!#

12/12/2012

bukanlah obses sangat dengan nombor, cuma teringin

oh! tarikh hari ini 12.12.12.

oleh kerana ianya spesel dan tidak akan ditemui lagi, saya pun nak buat ingatan dan entry yang spesel juga seperti yang di'entry'kan oleh orang lain.

sebenarnya.

tiada apa lagi yang lain yang saya mahu tuliskan, selain daripada 'lailahaillallah muhammadarrasulullah'.

terima kasih Allah kerana memberi peluang saya menghirup udara dan hidup pada hari ini. terima kasih atas kehidupan yang Kau berikan kepadaku ini. :)

saya bersyukur dengan segala aturan dan ketentuanNya dalam merencanakan hidup saya. saya yakin segala yang dituliskannya untuk saya dan anda semua juga adalah yang terbaik dan membahagiakan. :)

11/12/2012

life lesson

sepatutnya.

ia dihantar minggu ini.

sepatutnya.

tetapi penghantaran itu tidak berlaku.

membuat percaturan besar dalam hidup memerlukan kekuatan dalam diri saya. melepaskan yang besar, indah dan menarik untuk sesuatu yang sungguh biasa2 saja, saya berharap agar percaturan kali ini menjadi. dihujung perkara yang biasa-biasa itu, saya berharap, agar timbul sesuatu yang lebih baik, lebih besar dan indah dari yang telah saya lepaskan. okeh sebenarnya saya amat berharap juga agar buah-buah catur yang saya gunakan kali ini mampu memberi sedikit harapan dan cahaya buat saya, dihujungnya nanti.

tetapi. rezeki yang telah tertulis, siapalah saya untuk menghujahkannya, bukan?

insya allah. rezeki. insya allah.

09/05/2012

semua mahukan perubahan dalam hidup, termasuklah saya juga

sebenarnya.. sekarang ini..

sedang dalam usaha untuk memajukan, meningkatkan dan membahagiakan diri.

doakan usaha ini berjaya.

amin..

21/04/2012

seperti yang dijanjikan

sebelum mula tengok gambar, haruslah diingati bahawa, saya :

1. bukanlah seorang jurugambar
2. tiada sebarang niat lain, hanya sekadar berkongsi pengalaman
3. ada beberapa tempat yang aku mungkin tersalah letak nama dan tempatnya, sebab aku memang tak ingat dan terkonpius, gambar yang mana amik kat mana.. serius tak ingat!
4. tak ingat pulak point nih!

ahhh... tengok ajelah!! :)





atas dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, bila kita pergi Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah; kamera, henpon berkamera atau apa-apa aje peralatan yang boleh ambik gambar adalah 'sama sekali tidak dibenarkan untuk dibawa masuk'. amik gambar kat area luar masjid je.. tapi biasa laa, manusia ni, yang tak dibagi tu laa yang makin ligat dibuatnye... termasuklah aku jugak laa tu!! haha... :p



kuala lumpur-abu dhabi-jeddah-mekah-madinah-jeddah-kuala lumpur, 18 Februari-02 Mac 2012 = terbaik dan tak boleh dilupakan!!! insya allah, dengan izinNya, aku akan sampai lagi ke sana.. amin...





terdengar-dengar lagi azan dari masjidil haram... menyentuh hati...

setelah lama mendiamkan diri

hai! hai! hai! bertemu kembali kat blog yang cuma menyesakkan server blogspot nih!

agak lama tak mengarut, bukan takde apa benda untuk diceritakan, ada.. banyak pulak tu.. cuma... banyaknya pendapat, pengalaman, fikiran dan penemuan yang hanya berlegar-legar dalam kepala sendiri, kemudian terlupa, lalu terus hilang.

sebenarnya...

beberapa bulan yang lalu, secara tiba-tiba, saya mengalami beberapa siri kekecewaan.. ohh.. abaikan entry yang di post sebelum entry ini. err... memang berkaitan, tapi dalam peratusan yang kecil saja!

bagi mengubati hati yang kecewa itu, saya telah pergi mengembara jauh bagi menenangkan hati dan jiwa.

alhamdulillah, saya dapat sedikit ketenangan.

errr...

sebab, tak pandai cerita, kita tengok gambar aje. hehehe... :D

ehhh... tapi bukan laa, sekarang... next entry.. sebab dah lama tak update blog, tetiba saya tersedar yang saya telah tertidaktahu pulak camane gayanye nak tampal gambar.. ehehehehe.. :p

20/04/2012

tentang hubungan masa depan

satu masa dahulu, saya pun menyukai dan percaya kepada kesudahan yang gembira dan bahagia selamanya.

kemudian saya sedar, yang itu semua bukanlah yang benar-benar terjadi.






dan saya berhenti.

23/01/2012

bersuka ria bersama keluarga

aku tak paham tajuk tu apsal macam formal sangat entah.

semalam ada hari keluarga. family sebelah aruah abah. meriah. banyak acara.

dan masa hari keluarga ini jugaklah baru aku tersedar yang aku tak ingat nama-nama anak-anak saudara aku. udahnya setahun sekali, nak ingat mendenya weehhh... mana yang selalu jumpa aje laa pun yang ingat. tipu sangat laa kalau tak langsung, kan??

aku dapat johan - carik gula dalam tepung. sebagai balasan atas kejohanan aku tu, hidung aku sakit sebab banyak sangat tepung masuk hidung. lebih baik kalah tapi hidung selamat. haa.. haa.. haa..

buat pertama kalinya jugak, aku makan daging kambing. sedap. tapi pastu aku tak boleh tido dan kepala lain macam. tak tahan panas. kisahnyaaa.. sekali lagi.. haa.. haa.. haa..

dan akhirnya, aku dapat jugak makan pepahat banyak-banyak! cam histeria aku makan. selama ni makan sikit-sikit je, sebab susah nak dapat dan sebab harganya yang mencengkam jiwa.

pepahat a.k.a. siput buluh tu sekeluarga dengan makanan laut yang bercengkerang, tapi bentuk dia panjang.

oleh sebab sambutan dari setiap ahli keluarga amat memberangsangkan dan komitmen yang diberikan sangat tinggi, tahun depan ada rancangan nak buat lagi. tahun depan aku nak join anak-anak sedara masuk pertandingan mewarna pulak. sure aku menang, johan siap! hahaha.

ohh!! ada juga dengar mungkin memang akan dijadikan acara tahunan family.

ada banyak gambar-gambar. termasuklah gambar anak sedara aku takde kepala. kesian. nasib dia baru 3 tahun, tak pandai kompelin. kot tak tentu dia umpat aku. hahahaha..

sudahlah mengenai hari keluarga ni, aku nak tengok tibi pulak.



sebenarnya aku tension ni, kena kerja time2 cuti. hiisshhh!!!! bosan betul!!

21/01/2012

tentang kisah cinta lama

jangan sampai aku mula bercerita.

makan dalam wooo..


hahahaha..

tentang harta kepunyaan seseorang

selalunya. kita ini tidak sedar. adakalanya, kita yang telah mengambil hak orang lain. tapi bila yang hak itu, kembali dan kekal kepunyaan tuannya. kembali diambil oleh tuannya. kita marah macam-macam.

samada sedar diri yang dah ambil hak orang, lalu malu dan mengcover line, atau sedar, tapi buat-buat tak sedar. atau juga memang tak sedar. atau juga sebenarnya sedar, tapi sebab dah terlalu lama, terus jadi tertaksedar. atau sedar, dan kerana terlalu lama maka terus rasa segala-galanya adalah benar. lalu kita marah tuannya. orang itu salah. orang ini tidak betul.

banyaknye sedar.

memang biasa untuk menyalahkan orang lain bila sesuatu kita buat atau dapat tu tetiba jadi lain di akhirnya. sebab memang mudah menyalahkan orang lain bila kita tak boleh menerima hakikat.

jadi berterusanlah kejadian marah-marah, tuduh menuduh dan haram mengharami tentang perkara hak ini yang dah memang sedia tau tuannya yang sebenar sehingga ke sudah.

perkara yang dah sedia tahu kau takkan dapat, apa sangat yang kau boleh harapkan??



aku jugak yang dapat tengok drama berebut secara free.. hahahahaha..

20/01/2012

tentang mewujudkan suasana yang harmoni dan berterus terang

masalahnya, aku peratikan.. dalam keadaan kebanyakan orang yang masih belum boleh menerima konsep 'kejujuran dan berterus terang itu penting', sukar untuk nak laksanakan suasana tu.

boleh, tapi sukar. perlu sepenuh tumpuan dan tenaga dan kesabaran dan keyakinan dan lain-lain sifat yang berimbuhan 'ke....an' lagi.

rasanya mungkin sebab semua orang dah terlalu selesa dengan sifat yang terlalu menjaga hati walaupun buat merana diri.

dimana-mana.. merata-rata.. langkah selamat ialah mengikut keadaan sahaja..



termasuklah aku juga perangai camtu. hahaha...

tadi ada orang bagitau, kena ada terjadi sesuatu baru tau kawan atau bukan

ntah camana, dari satu sudut, aku macam terbersetuju pulak dengan statement dia.

ke salah?

terpulang masing-masing laa, kan??