31/12/2010

Entry # 50 : Entry terakhir tahun ini

masa aku start buat blog ni, aku ada terfikir - sekurang-kurangnya 50 entry dalam tahun ini.

tercapai...

oqeh - kalau sasaran kerja tahunan... sekarang ni, aku da boleh dapat anugerah khidmat cemerlang... hahahaha....

kawan aku tanya, 'kau bila lagi?'... aku diam.. bagi aku, lebih baik single tapi tenang dan bahagia dari berduet dan berkembang tapi huru hara dan penuh kepalsuan, kepura-puraan, kecurangan dan ketidaksetiaan... sungguh meletihkan?!

aku gerak solo, aku okay... haha.. ;p

Entry # 49 : The most defining moments of the year gone by

mula-mula... aku tidak rasa ingin mengucapkan ucapan selamat tahun baru kerana tahun baru hijrah pun aku tak ucap, apatah lagi tahun masihi.. mesti la seimbang, adil dan saksama, ye dok??

ehem.. ehem... aku nak bagitau azam aku - azam aku ialah - aku tiada sebarang azam, dan tidak pernah membuat sebarang azam, kerana aku yakin, ia tidak akan tercapai... hahaha... maka, dengan ini, aku dapat mengelakkan dari berasa kecewa kerana ketidakcapaian aku menggapai azam tersebut... ini juga mengurangkan stress dalam usaha mencapai azam tersebut...

kebanyakan masa pun, aku lihat, banyak orang hanya mengeluh kerana tidak dapat mencapai azam tetapi still, they did'nt do anything about it... kurang-kurang, kau pura-pura laa kau berusaha, kan?! hehe.. ;p

aku hanya mahu ;

1. diberi kesihatan yang lebih baik..
2. berjaya dalam semua yang aku lakukan
3. dan juga nombor-nombor seterusnya = aku fikir kemudian... hahaha... ;p

i just want to let go of the things in the past and lead a blessed and happy life....



adakah perkara-perkara diatas boleh ditafsirkan sebagai azam? .

25/12/2010

Entry # 48 : Apaaaa????!!!! hanya 3 minit???!!!! wuwuwuwuwuuu..

(ini bukan entry karut.. sila jangan salah pahaman, okehhh???)

aku tak tau ini cite betul ke tak... tapi.. hanya 3 minit???!!! waaaa....

biar betul?? sila klik... http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm untuk maklumat lanjut....

owhh... mungkin... aku yang tidak memahami maksud sebenarnya?

mungkin jugak... daya penaakulan aku amat rendah...

tapi.. membuat keputusan hanya dalam tempoh 3 minit?

isk...



hoo yeeaahhhh... mari kita memilih yang terbaik... hee.. hee... hee.. ;p