03/02/2010

Entry #4 : Sahabat… boleh minta tolong?!

Tadi… aku berbual dengan kawan aku.. aku ceritakan betapa sedih dan sayu serta syahdunye hati aku dengan satu daripada beberapa kejadian menyayat hati yang berlaku terhadap aku baru2 nii.. errmmm… bila2 aku rasa down, kekadang memang aku bercerita dengan manusia sorang ni…

Aku tak harap pun untuk kau bagi pandangan, pendapat, cadangan, ulasan, komen atau ape2 aje yang semakna dan semaksud dengannye.. aku sekadar bercerita, hanya dengan niat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang aku alami.. aku tak harap pape pun dari ko..

Beb!! Aku dalam kesedihan yang amat sangat ni…

Tapi… boleh pulak manusia ni, gelakkan aku dan jadikan kisah sedih aku tu sebagai satu bahan lawak jenaka yang mengasyikkan!! Aduhai… Kawan!! Kalau pun kau tak tau nak cakap ape.. takpe… kalau kau tak tau ape nak fikirkan, takpe.. kalau kau betul2 tak tau ape harus kau buat masa aku bercerita tu, pun memang takpe… sebab.. aku pun sekadar bercerita.. aku tau, kau bukan seorang kaunselor atau pakar jiwa atau ahli psikologi atau ustaz mahupun bomoh yang perlu mengambil tindakan sewajarnye bila berhadapan dengan orang2 yang sedang low esteem dirinye…

But seriously, do you think that make a fun out of it is a good things to do????!!!!

Come on, laaa…. I’m soooo damn down now… and I don’t need you or anybody else to add it up!! Seperti biasa, aku hanya meluahkan dan bercerita, ape yang terbuku di benak aku ini sahaja!! takde sebarang maksud lain… kalaupun kau tak tahu sangat2 ape yang kau harus buat… takpe… kau cakap saja awal2, ‘alahai, aku ade kerja nak buat laa…’ atau ‘entah laa’ atau pun ‘tak tau nak cakap pe laa’ atau jugak ‘kalau kau nak sedih2 aku tak mau tau’ atau.. kau terus bangun dan berlalu pergi… atau.. atau.. arrgghhhh!!!!! banyak alasan dowh, kau boleh bagi kat aku!!! lebih baik kau tipu dari kau buat aku jadi bahan lawak jenaka!!!

Dulu2… masa aku sekolah… cikgu aku selalu pesan… kalau ada orang dalam kesusahan, dan kita ada kemampuan untuk tolong… kita tolong… kalau kita tak mampu, kita cakap awal2 kita tak mampu… tidak kira seremeh mana pun masalah itu… kalau kita ada masa, untuk orang lain, luangkan masa itu, kalau takde, tolak la dengan baik.. sebab, kita tidak pernah akan tahu bila kita pulak akan memerlukan bantuan dan masa dari orang lain… itu laa antara bergelen-gelen ilmu yang aku praktikkan dalam hidup aku selama aku hidup atas mukabumi ni, disamping lain2 pelajaran dan pengajaran yang aku dapat dari semua orang di sekeliling aku.. Walaupun aku tahu, aku bukan la seorang superhuman yang dapat menyelesaikan segala perkara yang berlaku atas planet ni, aku sedar aku hanya mampu jadi pendengar semua luahan hati korang sahaja.. tapi.. tak pulak aku jadikan segala perkara yang korang ceritakan tu sebagai ‘lawak hari ini’… Dan aku sihat dan selamat jee, sampai la ke saat ini….

jumpa lagi, kawan!!

No comments:

Post a Comment