09/05/2010

Entry # 17 : Akibat terlalu melayan perasaan....


Malam.... semakin larut... Masa... semakin berlalu pergi... Hari... silih berganti...
Sekarang... sudah pukul 11 malam....
Masih belum tidur...
Terlalu memikirkan....
Segala yang dibuat serba tak kena... Ntah mengapa?!
Satu isu yang tidak akan habis?!
Habis... bagaimana?!

Saya letakkan semula buku sekolah ditepi... Dengan pandangan yang kosong dan tidak bererti buat masa ini. Tiada semangat mahu melayan buku-buku dan nota-nota yang terbentang didepan mata. Sepatutnya, saya menyiapkan tugasan yang masih berlambak-lambak tidak dibuat (bukan saya tak buat, buat, cuma semakin lama, semakin bertambah... atau adakah memang saya seorang yang pemalas dan sedang cuba meng'cover' line agar tidak dicop yang bukan-bukan? haha... :p). Sepertinya saya ingin meluahkan sesuatu. Tapi entah apa yang hendak diluahkan. Saya memandang ke siling. Kosong. Kabur. Sunyi. Tiada apa yang menjelaskan keadaan saya ketika ini.

Cuba untuk tidur, tetapi begitu sukar melelapkan mata. Sekali lagi, entah mengapa? Rasanya, mungkin saya tahu apa yang membuat saya berperasaan begini. Cuma, sengaja tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan tersebut (lelaplah mata. tidurlah. takkan masih mahu Faizal Tahir mendendangkan lagu 'Selamat Malam' lagi kot, baru nak tidur?! Faizal Tahir pon tahu penat dan mahu tidur).

Atau, adakah saya yang terlalu melayan perasaan?! Perasaan yang bukan-bukan?! Owhh... Saya benar-benar berharap agar saya segera kembali ke dunia nyata. Saya masih ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Buku pun masih belum habis dibaca, padahal peperiksaan semakin mendekati. Aduh...

Yaaaa..... Saya yakin, benar-benar yakin, dengan kadar ketepatan sebanyak 90% kadar keyakinan, yang saya terlalu melayan perasaan dan berfikir sesuatu yang tidak pasti. Saya terlalu memikirkan harapan-harapan indah yang selalu saya mimpikan. Seakan mendengar suara yang menyokong saya mencari, mendapatkan dan menjadikan mimpi indah itu satu kenyataan.. Wah!! Wah!! Wah!! Apakah perasaannya ini?! Halusinasi, delusi, tolonglah pergi jauh dari diri ini. Awas.. Jangan sampai ditimpa perasaan. Segeralah kembali ke alam nyata..


Saya takde sakit schizophrenia...

No comments:

Post a Comment