10/10/2010

Entry # 44 : fikirkan tajuk yang sesuai...

(tak pasal-pasal aku pon terikut-ikut ko punya perangai yang agak kebudak-budakan neh!!!)

camni laa... mari aku tolong mudahkan hidup kau.. hidup aku.. hidup kita semua... aku tak paham, apa yang kau susah sangat... tapi takpe laa.. aku bagitau laa, kenapa aku buat blog aku ni... tujuan aku berblog :

1. aku nak isi masa lapang aku.. dari aku buat keje-keje tak berfaedah dan bazir masa, duit, tenaga etc., (yaaa, aku tau aku orang yang membosankan dan tidak pandai berhibur je keje seperti ko) lebih baik aku dok umah baca buku, spend time dengan family aku, surf internet and tulis blog...

2. aku nak cakap apa yang aku fikirkan tentang sekeliling aku dan apa yg jadi dalam pusingan hidup aku... diulangi - hidup aku.. (bukan kau, okay? jadi ko jangan laa tension2 sangat..)

3. aku bukannya berniaga ke berdagang ke berjualan... cuma nak terasa nak menenyeh sesuatu... pendapat aku... itu sahaja.. bukannya aku nak buat untung (seperti kau isytihar kat orang ramai pasal blog ko tu!!!)

4. aku mengaku, blog aku takde arah tujuan.. apa yang ada dalam blog aku, ialah apa yang aku nak cakapkan mengenai apa yang jadi dalam hidup aku, berdasarkan sekeliling aku atau apa yang jadi kat diri sendiri... kalau aku nak fokus tentang sesuatu perkara (contohnya cam blog kau - yang takde cerita lain selain pasal cinta tu!!!), lebih baik sejak awal-awal aku tulis, 'ini blog serius, takde yang tak serius melainkan yang serius-serius belaka!!!'... aku tidak mahu terlalu fokus kepada sesuatu, bagi aku, lebih baik tulis apa yang ada difikiran... kalau nak fokus, baik aku bukak syarikat suratkhabar aku sendiri jee...

5. medium pergaduhan - kalau aku sound ko depan orang ramai, seperti biasa, aku takut ko terdiam tak dapat menjawab untuk membela diri (seperti yang selalu terjadi tu!!!)

6. (dan nombor-nombor seterusnya..) akan difikirkan kemudian... haha... ;p

bila aku tak update tu, maknanya, aku sibuk dan ada banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan.. lagipun, lebih baik bercakap bila ada perkara untuk dicakapkan, kan? dari aku bercakap yang bukan-bukan.. buat jadi nyampah dan marah orang aje... itu bagi aku laaa, orang lain aku tak tau... aku tak paksa orang datang dan baca blog aku.. kepada yang sudi singgah, terima kasih banyak-banyak... membaca tulisan aku... percayalah, saya sangat menghargai kunjungan anda...
kepada yang tak suka tu, takpe laa... korang tak rugi, aku pon tak jejas papepon... sekali lagi - aku pon tak paksa...

aku harap, semua-semua statement diatas menjawab laa, segala semua message ko tu.. tak tau pulak aku, bila aku buat blog kena dapat approval dari ko.. errr... ko ada kaitan ke dengan tuan punya blogger.com nih??? dengan wordpress ada??? tmblr??? facebook??? myspace??? friendster??? errmm... twitter??? millatfacebook??? tagged???? ada??? ada???!! hebat laa, ko!!!


tak faham... apa yang kecoh sangat ko neh???!!!! hairan aku!!!

No comments:

Post a Comment