27/09/2011

rasanya, kehidupan kita telah ditentukan jalannya

beginilah. mari kita mudahkan kehidupan kita semua.

saya sedang menjalani kehidupan saya seindah, setenang, sebaik dan sehebat mungkin; mengikut apa yang telah direncanakan olehNya untuk saya.

tidak perlulah anda yang entah siapa-siapa menentukan atau memberitahu apakah yang perlu saya lakukan dengan kehidupan saya ini.

saya akui kehidupan saya tidak sebaik dan tidak semeriah anda yang hebat, tetapi, saya syukur dan berterima kasih atas segala yang ada dan berlaku dalam kehidupan saya.

saya tidak mendapat segala yang terbaik dalam hidup saya, tetapi saya berusaha menjadikan segala yang saya ada supaya menjadi sesuatu yang terbaik, biar tidak pada orang, tetapi pada diri saya sendiri.

ah! teringat juga saya. manusia memang suka memperkatakan tentang kekurangan dan kelemahan manusia lain, sebagai menyembunyikan kelemahan mereka sendiri. mengetahui kelemahan dan kekurangan orang lain dan berkata-kata mengenainya memang mampu menjadikan diri mereka sangat superior, dan orang yang diperkatakan dan diperlekehkan, tahap inferiority mereka pula menjadi superior.

tak apa. teruskanlah berkata-kata. kerana hidup saya setakat ini, alhamdulillah, berani dan yakin saya katakan bahawa, senang saya bukan kerana anda, dan susah saya juga bukan mengganggu anda. keluarga saya banyak membantu saya. dan Pencipta saya menentukan yang terbaik dalam hidup saya.

wallahualam.



tetapi sangat herannya saya. kenapa anda begitu berminat dengan kehidupan saya?

No comments:

Post a Comment