26/08/2011

beraya di kutub

kat opis ni. sejuk betul! dah macam kat kutub dah. semua orang yang berkampung dah habis semua balik kampung. tinggal la mereka-mereka yang tak berkampung atau kampung dekat-dekat aje lagi yang ada kat opis ni.

ada sesapa nak ajak aku raya kat kampung dia? eh! tak malu betul aku ni! huhuhu... :D

sebab dah sejuk sangat, cakap pun dah cam ada nampak hembusan nafas. dah macam kat obersi. abih stoking ngan baju sejuk aku pakai.


macam berada di perantauan pulak rasanya. keh! keh! keh!


oh! sebenarnya. aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. semoga raya tahun ni penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. tapi jangan sampai lupa lain-lain perkara dan ibadah yang perlu ditunaikan juga. makan jangan la sampai boleh jadi obes. memandu tu, berhati-hati. duit raya jangan lupa masuk dalam bank sikit. hehehe...

eh lupa. kepada yang takde kampung (cam aku), rilek. raya kat bandar pun meriah juga (pujuk hati sendiri). memang kurang meriah berbanding di kampung, tapi masih meriah. selagi masih berada dan berkumpul bersama family. mesti meriah punya la!


apa-apa pun. selamat hari raya pada semua! semoga kita masih diberi peluang untuk menyambut raya lagi tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.


jap lagi nak pegi merayap. carik baju raya. biasa la. shopping last minit baru la happening! keh! keh! keh!

2 comments:

  1. raya kat kampung pun dah tak berapa meriah sgt. meriah juga, meriah dgn kereta dan jem. sgt tension

    ReplyDelete
  2. haha. mesti la sebab time raya la time yg terbaik semua org nak tayang keta baru kat sedara mara jiran sekampung semua. haha..

    ReplyDelete