18/11/2011

antara lelaki dan perempuan

betul atau tidak.

lelaki. bila nampak makwe atau isteri atau tunang kawan dia adalah baik, cantik, bijak, sopan, lemah lembut, tertib, pandai masak, pandai ambil hati, etc.... diorang berharap agar dapat makwe atau isteri atau tunang cam kawan diorang dapat tu.

perempuan. bila dia nampak pakwe atau suami atau tunang kawan dia adalah baik, kacak, bijak, hormat, membantu, pandai ambil hati, penyayang, bertanggungjawab etc.. diorang terus nak lelaki berkenaan!

kawan aku tanya pasal perkara ni. aku diam. tak tahu. takde pengalaman. setakat ni, aku belum pernah memerhatikan mana-mana pakwe atau suami atau tunang orang.

tunang dia, berjaya diambil oleh seorang perempuan yang pandai menggoda. katanya. aku tidak tahu detail kisah rampasan itu. takut mahu ambil tahu.

apa yang boleh aku katakan hanyalah. jodoh kau masih belum sampai la tu.

jujurnya, setakat ini.



aku hanya fokuskan perhatian aku pada makanan, dengan penuh perasaan.



oh! baju-baju yang cantik juga dapat perhatian rakus aku.

hahahaha...



come to mama.. yuummmyyyyyyyy...

2 comments:

  1. aku pulak fokus pada buku-buku dan komik..hehe

    ReplyDelete
  2. ahhh... komik.. lama btul dah tak baca komik. rindu alam perwira! hahaha... :p

    ReplyDelete