03/06/2010

Entry # 24 : Kelemahan tragik rupanya...

(entry ni tercetus hasil perbualan aku dengan seseorang yang aku tak sangka pemikiran dia cam ada sikit kurang dari apa yang aku tau dia boleh jadi sebenarnya)

Aku betul-betul mintak maaf, sebab setiap kali ada orang yang bercakap dengan aku menggunakan loghat negeri asal masing-masing, menyebabkan aku hanya terpinga-pinga dan seterusnya menyebabkan aku menunjukkan ekspresi muka yang sangat hodoh kerana tak paham amende yang korang tengah cakap tu. Ini adalah kerana aku berasal dari sebuah negeri di Malaysia yang tidak mengamalkan penggunaan loghat dalam komunikasi harian kami sejak dari zaman dahulu kala (aku pon tak pasti ngan statement nih, aku belasah sahaja!! hehehe...) Kami seluruh rakyat 'negeri-yang-tidak-berloghat' ini hanya berkomunikasi menggunakan 'Bahasa Melayu Standard' - Bahasa Melayu yang biasa sahaja. Tetapi percaya laa, demi menjaga hati, airmuka dan perasaan korang, aku berusaha sehabis dan sebaik mungkin untuk cuba memahami kata-kata korang tu. Aku cuba.. Tapi kebanyakan masanya, aku gagal.

Jadi, aku minta maaf andainya kelemahan dan kegagalan aku memahami percakapan korang yang penuh loghat itu merupakan satu kecacatan dan kekurangan yang gila gaban besar dan sungguh teruk masalahnya. Aku tak sangka pulak perkara ini boleh mendatangkan kerugian dan keaiban kepada seluruh komuniti manusia dan masyarakat sekeliling. Tapi aku rasa tak perlu laa sampai kau nak gelak guling-guling keluar airmata bagai sambil mengutuk dan memperlekehkan aku dan seluruh rakyat negeri dan juga 'negeri-yang-tidak-berloghat' ini sendiri.

Tapi aku ada beberapa perkara nak tanya ni. Masa kau tengah kena temuduga kerja dulu, kau bercakap menggunakan bahasa loghat kau itukah? Kau bekerja di negeri aku sekarang kan, iaitu negeri yang tidak berloghat?! Kenapa kau tak berusaha adapt budaya dan bahasa kau sekarang ni agar sesuai dengan keadaan sekeliling? Adakah dengan mengubah pertuturan kau agar sesuai dengan keadaan disekeliling kau sekarang akan menyebabkan kau dibuang negeri? (gila bodoh negeri asal kau ni!!!) Aku tau kau akan cakap, kau kerja kat Wilayah, tapi, kau tau tak Wilayah tu kat mana letak dan asal usulnya?

Anyway... I just wanna say, 'Welcome to Selangor Darul Ehsan. We provide you a very good facilities, surroundings and warm hospitality here. We do hope that you were happy and satisfied with everything during your long presence here.'


Heran!!! Pasal loghat pon nak buat jadi hal...

No comments:

Post a Comment