(Entry ini tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjatuhkan orang. Kalau aku ada niat camtu, aku tulis terus nama orang yang berkenaan. Hanya luahan perasaan yang telah lama aku pendam. Tajuk memang difikirkan begitu supaya lebih dramatik)
Kalau kau tidak mahu membantu dan menyokong aku untuk membantu orang yang susah, derita dan tidak berkemampuan, tidak mengapa...
Kalau kau tidak mahu melihat aku mendapat walau sedikit kebaikan, keuntungan atau apa-apa sahaja yang memberi faedah kepada aku dan orang lain, tidak mengapa...
Kalau kau hanya tahu dan mahu menghina aku dan melekeh serta memperkecilkan aku, tidak kira apa pun yang aku buat, tidak mengapa...
Kalau kau mahu aku jadi sangat teruk, tidak berkemampuan atau apa-apa sahaja yang mendatangkan kerugian dan kesusahan kepada aku, tidak mengapa...
Kalau kau mahu aku menjadi seorang yang tiada arah tujuan dan gagal menggunakan sepenuhnya akal fikiran yang dikurniakan olehNya - seperti kau, tidak mengapa...
Sebab aku tau, memang lumrah hidup manusia, tidak mahu orang lain mempunyai walau hanya sedikit kelebihan berbanding diri mereka sendiri... Tidak mengapa...
Dan lumrah manusia juga, tidak mahu ambil tahu apa yang terjadi sebenarnya, maka, keputusan terbaik adalah menghilangkan semangat orang lain supaya orang lain jadi sama teruk...
Apapun, tetap, aku rasa, adalah kurang sopan untuk kau membising, heboh dan kecoh serta meracun orang lain yang tidak berperangai seperti kau untuk turut sama menjadi dan berperangai seperti kau... Orang lain masih ada akal fikiran dan tahu untuk berfikir dan memilih mana yang baik atau buruk untuk diri sendiri... Tak perlulah kau bersusah payah untuk melobi mereka supaya jadi bodoh macam kau... Aku rasa, mungkin kau tidak sedar, dengan perangai kau yang seperti itu, hanya menunjukkan lagi kebodohan kau (lalu membuatkan aku hanya gelak setelah tahu sejauhmana tahap mentaliti kau) dan menyekat rezeki serta peluang orang yang dah sah-sah susah untuk mendapat sedikit pendapatan bagi menyara keluarganya...
Owh, lupa... Kalau kau sedar, tentu laa kau takkan buat begitu, kan... Jadi aku senang beranggapan yang kau sebenarnya ada sedikit tekanan di jiwa dan minda kau... Mula-mula, aku nak rasa simpati, betul, aku tak tipu, memang aku rasa simpati, tapi, bila aku fikir-fikir balik betul-betul, aku rasa rugi pula simpati kat kau, jadi lebih baik, aku hanya senyum... Lebih baik aku biarkan kau hanyut dengan dunia kau tu... Sebab, manusia spesies kau ni, hanya kelompok korang sahaja yang bagus...
Aku tidak memaksa orang untuk mengikuti, menturuti dan mendengar kata-kata aku, aku hanya berkongsi apa yang aku tau, yang mana bagi aku, dapat membantu kamu-kamu semua... Itu sahaja... Tidak pernah aku mewajibkan apa-apa ke atas kamu semua... Harus diingat, kamu-kamu juga yang sering bertanya, kepada aku - 'bagaimana dan apa yang harus dibuat?' Bukan aku yang tiba-tiba sibuk-sibuk bagitau kat korang semua...
Yang mahu membantu, terima kasih aku ucapkan... Yang tidak mahu, tetap - semoga korang beroleh ketenangan...
Doa aku, semoga kehidupan kita semua diberkati olehNya...
Jangan carik aku lagi bila kau susah...
No comments:
Post a Comment