27/09/2011

niat yang betul, elok juga diteruskan

akhirnya..

hari yang ditunggu-tunggu dah tiba dan dah lepas.

bukanlah hari apa sangat pun. hari konvokesyen/graduasi sahaja.

tak sangka. dapat jugak masuk 'U', walaupun dah lewat begini. lewat tak lewat sangat, lewat jugak la, sebab kawan-kawan sebaya yang lain konvo second degree, aku baru first degree. ah! janji dapat jugak belajar dan habis belajar. peduli hapa aku! ha ha ha.sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang boleh aku banggakan dengan diri aku sendiri. kan?

bila dah dapat degree nih, kena laa aku belajar mengawal kemarahan dan ketidakpuasan yang ada dalam diri. dah tak boleh nak jujur dan berterus terang sangat. ni pun tadi, belum pape, dah dengar orang kata sesia aku belajar kalau masih nak marah.

dah kalau memang salah, memanglah kena marah, takkan aku nak bagi hadiah pulak kot! eh! termarah pulak!

mungkin kalau ikut pendapat mereka, aku rasa, pasni kalau aku kena lempang tak pasal-pasal tanpa sebab pun, aku perlu diam dan biarkan sahaja serta tersenyum. aku rasa laa. tak boleh menjawab atau melawan, nanti dikatakan tidak berguna.

eh. melalut pulak. sebenarnya. apa yang aku nak katakan ialah, kalau ada niat dan perancangan yang baik untuk diri dan masa depan sendiri, dan kalau mampu dibuat - go for it, babeh! kalau berjaya, alhamdulillah, kita yang untung dan ganjarannya adalah manis untuk kita. kalau gagal sekalipun, tiada apa yang perlu dikesalkan, kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan berusaha membuat yang terbaik dalam hidup kita.

sebab, di akhir hari, kita akan merenung dan berfikir, apa yang kita dah capai dan buat dengan hidup kita sehingga setakat ini. kalaupun bukan kepada orang ramai, tetapi kepada diri sendiri dan tentulah kita mahu puaskan hati kita juga, bukan? mungkin perkara ini tidak teraplikasi kepada orang lain, tetapi, bagi aku, itulah yang aku lalui dan fikirkan.

rezeki, untung rugi nasib masing-masing siapalah yang tahu. janji teruskan langkah kepada yang telah difikir dan dirasakan lebih baik untuk diri sendiri. kita acuan dan hasil kesungguhan kita sendiri, bukan? tetapi, fikir dan buat keputusan yang tepat mengikut kemampuan sendiri sebelum ambil keputusan tersebut. membuta tuli pun bahaya jugak. silap langkah, memang sah-sah buat rugi diri jugak tu. risau pulak ada yang mati pegi bunuh diri sebab tension! ha ha ha...

aku nak ucapkan selamat berkonvo kepada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang akan berkonvo jugak beberapa minggu lagi dari sekarang, dan selamat berjaya dan selamat belajar pada lain-lain yang tengah belajar lagi. sesama kita banggakan diri kita sendiri.



okeh! sekarang nak konsentret. nak isi borang carik keje lain, yang lebih 'in', kata orang.

keh! keh! keh!

3 comments:

  1. apa kena mengena marah dengan degree

    ReplyDelete
  2. kaitan dan kena mengena ialah. sy belajar psikologi. jd, kebanyakan org di ofis fikir, kalau ngaji psikologi, anda mestilah seorg yg sgt sabar dan tidak kisah dan tidak cakap banyak dan tidak sesuai mengurus dan mentadbir. tidak boleh marah2 dan tidak bercampur dgn masyarakat sgt.

    mengikut pendapat kasar mereka laa... hhmmmm...

    ReplyDelete
  3. selamat mendapat kerja yang lebih 'in'.. ^^,

    ReplyDelete